Cara yang saya buat itu amat berkesan dan mengubah kedudukan saya dalam keupayaan baca surat khabar The Star.
Samada anda suka atau tidak suka, Bahasa Inggeris amat penting sekarang. Untuk mempelajari ilmu sains, matematik, ekonomi, sains sosial dan macam-macam lagi lebih mendalam jika kita tahu Bahasa Inggeris.
"Jangan lepaskan peluang belajar Bahasa Inggeris sendiri dengan mudah, Klik kat sini untuk belajar B Inggeris"Jika anda nak mudah dapat kerja setelah habis belajar, anda juga perlu kuasai Bahasa Inggeris. Mereka yang kuasai Bahasa Inggeris jauh lebih mudah untuk mendapat tempat dalam pasaran pekerjaan.
Jangan pandang remeh untuk belajar Bahasa Inggeris
Ada orang yang hanya ada sijil SPM tetapi fasih menguasai Bahasa Inggeris samada pertuturan maupun penulisan, dia akan menjadi rebutan di kalangan majikan. Berbanding orang yang ada Ijazah, tapi terlalu lemah penguasaan Bahasa Inggeris, amat sukar mendapat kerja.Kebiasaannya saya lihat orang berbangsa India yang pencapaian akedemik mereka tidak berapa baik, tetapi penguasaan Bahasa Inggeris mereka adalah hebat, lebih jauh maju ke depan berbanding orang Melayu yang belajar tinggi tapi malu-malu menggunakan Bahasa Inggeris, sebab dia tak berapa tahu.
Kita sering lihat kejadian di mana pekerja berbangsa Cina yang masuk sama hari dengan pekerja berbangsa Melayu. Mereka mula di dalam satu jabatan dan kilang yang sama dengan jawatan yang juga sama. Selang tidak berapa lama, kawan Cina meninggalkan rakan pekerja Melayunya dari segi jawatan.
Kita lalu gembar-gemburkan isu perkauman berlaku dalam urusan kenaikan pangkat. Kita tuduh pihak pengurusan kilang pilih bulu untuk kenaikan pangkat. Kita katakan kalau seseorang itu bermata sepek, berkulit kuning langsat, dia akan mudah naik. kalau berkulit sawo matang, alamat berjanggut untuk naik pangkat.
Belajar Bahasa Inggeris membantu kehidupan dan ekonomi anda
Namun begitu, ada banyak juga kejadian yang saya lihat, bukan sebab bangsa. Orang Cina yang bermata sepek dan putih melapak itu naik pangkat bukan sebab rupa paras mereka. Sebaliknya mereka kuasai kerja dan kuasai Bahasa Inggeris dengan baik.Menguasai bahasa Inggeris dengan baik membantu semua urusan pekerjaan kita. Apatah lagi dunia perniagaan sekarang sudah tidak mempunyai sebarang sempadan. Dunia perniagaan online membuka semua pintu perhubungan perniagaan di seluruh dunia. Dan dunia menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi.
Tony Fernandez suruh belajar Bahasa Inggeris
Ada sekali saya mendengar temuramah di BFM Radio 89.90 bersama Tony Fernandez. Siapa tak kenal orang kuat di dalam jenama Air Asia itu. namanya tersohor sejak dia berjaya membina perniagaan dan jenama Air Asia di seluruh dunia.Tony Fernandez menjadi usahawan yang beroperasi di seluruh dunia. maknanya dia merupakan usahawan antarabangsa dan terlibat dalam banyak urusan pengambilan pekerja di seluruh dunia. Jadi Bahasa apa agaknya dia gunakan ketika merekrur para pekerjanya?
Anda tentu dapat agak bahawa Tony Fernandez terpaksa menjadikan keupayaan menguasai Bahasa Inggeris sebagai pra-syarat sebelum mengambil seseorang itu bekerja dengannya. Kerana syarikatnya terpaksa berurusan dengan semua bangsa di dunia. Dan mereka semua gunakan Bahasa Inggeris.
Teknik lagi mudah belajar Bahasa Inggeris
Oklah! tak perlu saya bebelkan tentang kepentingan Bahasa Inggeris lagi. Anda perlu mengakui kepentingannya untuk dunia sekarang jika mahu maju ke depan. Anda perlu belajar bahasa inggeris.Baru-baru ini saya membaca sebuah buku baru berbahasa inggeris daripada kedai buku MPH. Ketika membaca itu, saya sedang duduk berhadapan komputer riba di rumah. Tiba-tiba ada satu perkataan yang sering saya lihat diulang-ulang dalam buku tersebut yang saya tak tahu maknanya secara pasti.
Untuk mengetahui makna perkataan itu, saya dengan secara spontan terus menekan google translate. Lalu terus menaip perkataan itu pada carian dan 'pop', terpampang keluar maknanya dalam Bahasa Malaysia.
Tidak berpuas hati dengan terjemahan di dalam Bahasa Malaysia, saya tukar pula terjemahan ke dalam Bahasa Indonesia. Biasanya Bahasa Indonesia lebih meluas penghuraiannya terhadap sesuatu perkataan. Bahasa Indonesia nampaknya lebih kaya perbendaharaan katanya berbanding Bahasa Malaysia.
Mudahnya belajar bahasa inggeris sekarang
Baru saya perasa betapa mudahnya nak belajar perkataan baru bahasa inggeris sekarang. betapa mudahnya belajar bahasa inggeris sekarang. Bukan saja makna dapat diketahui, malah anda juga boleh tekan button suara atau sebutan pada google translate itu, dan komputer akan menyebut perkataan itu untuk anda dengari.Waduh!!!, siap makna sekali dengan cara macam mana nak sebut. Itu sudah lebih!!! sebab apa masa saya dulu tak ada kemudahan macam tu...? dan paling penting sekali, kenapa saya berikan petua susah pada artikel sebelum ini untuk belajar bahasa inggeris.
Sekarang ini kalau nak tahu makna setiap perkataan inggeris anda boleh guna google translate, nak tahu sebutan juga boleh guna google translate. Anda akan dapat tahu banyak makna perkataan Bahasa Inggeris dengan mudah.
Anda hanya perlu tambah belajat grammar sahaja untuk mantapkan penguasaan bahasa inggeris anda. Cara paling mudah untuk kuasai grammar bahasa inggeris boleh didapati Klik kat sini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !