Ini sambungan dari cerita kembara ke Bukit Fraser ketika cuti sekolah yang lalu. Anda boleh baca beberapa artikel berkenaan kembara ke Fraser Hill sebelum ini di bawah:
- Penginapan Murah Di Bukit Fraser
- Bercuti Ke Bukit Fraser Setelah Batal Ke Taman Negara
- Bagaimana JKR Menguruskan Rumah Rehat JKR Raub Di Bukit Fraser
Sebenarnya tak ada apa-apa yang menarik sangat di atas Bukit Fraser itu. Cuma suasananya yang agak sejuk sahaja menjadi satu daya tarikan buat orang ke sana. Kawasannya juga tidak seluas seperti di Cameron Highland.
Antara aktiviti menarik ke Bukit Fraser ini adalah aktiviti riadah dengan merentas hutan yang ada di situ. Waktu saya pergi kebetulan adalah musim hujan. Ketika saya berbual dengan salah seorang pekerja hotel di situ, dia nasihatkan jangan redah hutan kerana waktu musim hujan tak sesuai untuk aktiviti itu. Berbahaya, katanya. Jadi saya batalkan hasrat nak redah hutan.
Namun ketika berjalan-jalan waktu pagi bersenam sambil menyedut udara nyaman, timbul juga keinginan nak masuk hutan dan meredah perjalanan bersama keluarga. Anak-anak bukannya fikir pasal keadaan yang bahaya, mereka hanya seronok melalui pengalaman baru.
Lalu kami masuk juga akhirnya ke dalam salah satu denai yang ada di situ. Nasib baik baru sekerat perjalanan, dah ada yang kena pacat. Apalagi semuanya tukar fikiran. Masing-masing dah mula takut dan kami masuk sekerat jalan sahaja dan keluar semula.
Walaupun tidak jauh meredah hutan tersebut, namun letih juga rasanya. Bila dah puas berjala kaki, dan perut dah mula lapar, barulah adalah selera nak sarapan. Apalagi kami singgah di restoran bersebelahan Masjid di Bukit Fraser tersebut dan makan sampai kenyang.
Saya paparkan sedikit gambar yang sempat dirakamkan waktu pagi itu untuk tatapan semua.
Wah, bestnya dapat meredah bukit fraser tambah pula cuaca sejuk. memang best..
ReplyDelete