Apakah jenis perniagaan yang sedang anda jalankan? apa jenis perniagaan yang ada dalam perancangan anda untuk dijalankan?
Apakah jenis perniagaan anda ada pasaran dan mampu pergi jauh jika digilap dan diusahakan dengan bersungguh-sungguh?
Atau sebenarnya perniagaan atau idea perniagaan anda tidak ada harapan untuk membantu anda tambah pendapatan dengan lumayan?
Persolan di atas membawa kepada pertanyaan, " bagaimana nak tahu samada jenis perniagaan yang dijalankan sekarang ada pasaran atau tidak?"
"Belajar menilai potensi perniagaan anda samada bagus atau tidak dengan baca panduannya di sini."
Tiga jenis perniagaan yang usahawan hadapi
Dari segi pasaran, biasanya hanya ada tiga jenis perniagaan sahaja yang dijalankan oleh para usahawan. Atau jika perniagaan itu masih dalam bentuk idea sahaja, ia hanya masuk dalam salah satu daripada 3 jenis perniagaan berikut:- Jenis perniagaan yang tak mampu sara taukeh. Ada perniagaan yang dijalankan oleh usahawan sebenarnya tidak ada nilai pasaran yang mampu menjana peuntungan yang cukup. Keuntungan yang ada tak mampu menyara hutang, tak mampu sara gaji dan tak mampu nak bayar sewa.
- Jenis perniagaan yang berupaya sara kehidupan taukeh. Ini perniagaan yang lebih baik daripada jenis di atas. Perniagaan ini mampu menjana cukup duit untuk membayar segala bil-bil yang ada. Ia juga mampu membatar gaji para pekerja, sewa kedai dan hutang-hutang dan ada lebihan sedikit untuk taukeh punya gaji.
- Jenis perniagaan yang berdaya saing dan boleh pergi lebih jauh. Ini perniagaan yang diidamkan oleh semua orang. Ini perniagaan yag sepatutnya dilakukan oleh semua usahawan Islam macam kita. Jenis perniagaan ini amat baik pasarannya dan mampu menjana keuntungan yang baik setelah ditolak semua kos menjalankan perniagaan tersebut. Bukan saja mampu bayar jagi taukeh setimpalnya, malah masih ada lebihan lagi untuk keuntungan perniagaan itu sendiri.
Perniagaan anda masuk dalam jenis perniagaan mana?
Cuba renungkan semula samada jenis perniagaan yang ada dalam kepala anda, atau mungkin yang sedang anda jalankan masuk dalam kumpulan yang mana satu?
Apakah ianya masuk dalam kumpulan pertama?, ini tentu meletihkan dan anda pasti akan merungut dan menyesal kerana memmilih perniagaan tersebut.
Anda pasti nak cari perniagaan lain dan risau pula kalau-kalau idea perniagaan baru bakal berakhir dengan masalah yang sama.
Bengkel perniagaan menilai potensi jenis perniagaan anda
Semua persoalan yang diutarakan di atas boleh dijawab jika anda sertai "bengkel menilai potensi perniagaan anda" yang dianjurkan oleh Hidup Ringkas Biz Coaching.
Dalam bengkel tersebut anda akan didedahkan dengan:
- Apa erti perniagaan - Jika anda faham makna perniagaan, jenis perniagaan yang masuk dalam kumpulan pertama itu sebenarnya bukanlah perniagaan. Baik tak payah berniaga dalam keadaan begitu.
- Perkongsian pengalaman usahawan - Usahawan akan didedahkan dengan pengalaman jatuh bangun usahawan lain. Jika anda rasa dah teruk, barangkali anda belum tahu ada lagi yang lebih teruk.
- Belajar mengira potensi pasaran perniagaan anda - Perniagaan anda boleh dinilai dengan menggunakan 10 kriteria mudah dan menyeluruh. Dari kiraan tersebut anda dapat tahu samada perniagaan itu boleh diteruskan atau anda hanya syok sendiri.
Semoga banyak yang dapat dimanfaat daripada program ni..hehe..terbaik...
ReplyDeleteInsyaallah!
Delete