Namun zaman berubah dan cara pemikiran manusia juga berubah. Perubahan berlaku termasuklah terhadap umat Islam di seluruh dunia.
Kini banyak pendapat Ibnu Taymiyah telah dijadikan sebagai rujukan ilmiah dan akhirnya, beliau yang ditolak pada zamanya telah bangkit kembali menjadi turutan dan sanjungan ramai cendikiawan agama.
Ulama Pro Ibnu Taymiyah vs Anti Ibnu Taymiyah
Maka berlakulah pertembungan dua aliran yang ketara, satu golongan yang menjadikan beliau sebagai sumber rujukan utama dan dipanggil sebagai Sheikul Islam, manakala satu golongan lagi yang masih tidak jemu-jemu menentang segala pendapat yang dikaitkan dengan Ibnu Taymiyah.Golongan yang masih kuat menolak Ibnu Taymiyah sekarang ini mendapat tentangan yang cukup hebat daripada pendokong dan penyokong Ibnu Taymiyah terutamanya di negara kita apabila ramai tokoh-tokoh agama yang mendalami pengajian Ilmu Islam telah naik ke atas menjadi para ilmuan yang dihormati dan terlibat aktif dalam memberikan pendapat kepada khalayak ramai.
Ulama yang Anti Ibnu Taymiyah yang makin menyepi
Mungkin mereka yang sealiran dengan golongan yang menolak dan mengkafirkan Ibnu Taymiyah sebenarnya ramai di negara kita kerana mereka yang mengikuti aliran agama keluaran pondok-pondok masih ramai, tetapi mereka kebanyakannya tidak meneruskan atau mendalami ilmu ke peringkat lebih tinggi.Ada ramai juga golongan ini, menamatkan pengajian di Pondok dan berakhir dengan menjadi orang atau lebai kampung yang jauh ketinggalan dalam penggunaan media komunikasi maklumat bagi menyebarkan fahaman serta perjuangan mereka.
Yang bukan ulama pening kepala
Yang menjadi mangsa sekarang adalah golongan yang seperti saya yang tak tahu apa-apa secara mendalam kedudukan serta pangkal pokok perbezaan yang berlaku. Memang susah nak ikuti satu pertelingkahan yang sudah lama terjadi dan tidak pernah padam dari dulu sampai sekarang.Dan lebih malang lagi masuk campur dan menjadi burung kakak tua yang mengulang segala ayat-ayat tuannya tanpa memahami apa yang diperkatakan.
Jika mahu dicari kebenaran, rujukan demi rujukan perlu dilakukan dengan mendalam terutamanya dalam pembuktian serta maksud yang telah ditulis atau dituturi oleh Ibnu Taymiyah. Berbagai andaian boleh dikorek dan ditafsirkan yang akhirnya kerja pertengkaran ini tidak akan pernah habis.
Entah sampai bila perkara ini akan berterusan hanya Allah saja yang Maha Mengetahui!. Saya petik himpunan para ulama yang menolak dan menghukum sesat Ibnu Taymiyah daripada sini untuk tatapan para pembaca. Sumbernya adalah di sini.
Jika anda ada masa, boleh semak satu persatu semua ulama dan maklumat yang diberikan di bawah. Perlu di ketahui bahawa dizaman moden ini apa saja boleh ditulis dan disebarkan orang. Lihat saja kes salji Indonesia. Itupun boleh ditipu dengan video dan kemudiannya disebarkan orang. Inikan pula membuat senarai nama dan menyebarkan dengan apa saja dakwaan.
Apa yang penting adalah kefahaman kita terhadap isu pokok yang diperbalahkan dan kita perlu jelas dengan pendirian kita mana yang diterima dan mana yang ditolak. Kerana jika kita mati, tidak diterima alasan bahawa saya mengikut si ulama A atau ulama B sebagai pegangan akidah saya, semua orang akan berlepas diri dan tinggallah kita bertanggung jawab terhadap kepercayaan kita. Wallahu'alam sumber gambar
PARA ULAMA’, AHLI FIQH DAN PARA QADHI YANG MEMBANTAH IBNU TAIMIYAH
Berikut adalah nama-nama para ulama yang semasa dengan Ibnu Taimiyah (W 728 H) dan berdebat dengannya atau yang hidup setelahnya dan membantah serta menyerang pendapat-pendapatnya.Mereka adalah para ulamak dari empat mazhab; Syafi’e, Hanafi, Maliki dan Hanbali:
- Al-Qadhi al-Mufassir Badr ad-din Muhammad ibn Ibrahim ibn Jama’ah asy-Syafi’i (W 733 H).
- Al-Qadhi Muhammad ibn al Hariri al Anshari al Hanafi.
- Al-Qadhi Muhammad ibn Abu Bakar al Maliki.
- Al-Qadhi Ahmad ibn ‘Umar al Maqdisi al Hanbali. Dengan fatwa empat Qadhi (hakim) dari empat madzhab di atas, Ibnu Taimiyah dipenjara pada tahun 762 H. Peristiwa ini dihuraikan dalam ‘Uyun at-Tawarikh karya Ibnu Syakir al-Kutubi, Najm al Muhtadi wa Rajm al-Mu’tadi karya Ibn al-Mu’allim al-Qurasyi.
- Syiekh Shalih ibn Abdillah al Batha-ihi, pimpinan para ulama di Munaybi’ ar-Rifa’i, kemudian menetap di Damaskus dan wafat tahun 707 H. Beliau adalah salah seorang yang menolak pendapat Ibnu Taimiyyah dan membantahnya seperti dijelaskan oleh Ahmad al-Witri dalam karyanya : Raudhah an- Nazhirin wa Khulashah Manaqib ash-Shalihin. Al-Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalani juga menuturkan biografi Syekh Shalih ini dalam ad-Durar al-Kaminah.
- Syiekh Kamal ad-Din Muhammad ibn Abu al Hasan Ali as-Siraj ar-Rifa’i al Qurasyi dalam : Tuffah al-Arwah wa Fattah al-Arbah. Beliau ini semasa dengan Ibnu Taimiyah.
- Qadhi al-Qudhah (Hakim Agung) di Mesir; Ahmad ibn Ibrahim as-Surrruji al-Hanafi (W 710 H) dalam : I’tiraadlat ‘Ala Ibn Taimiyah fi ‘Ilm al-Kalam.
- Qadhi al-Qudhah (Hakim Agung) mazhab Maliki di Mesir; Ali ibn Makhluf (W 718 H). Beliau berkata: "Ibnu Taimiyah mempunyai keyakinan Tajsim. Dalam mazhab kami, orang yang meyakini I’tiqod ini telah kafir dan wajib dibunuh”.
- Al-Faqih al-Mutakallim Syeikh Taj al-Din Ahmad Ibn ‘ato’illah al-Iskandary al-Syaziliy (W 709H). Beliau adalah ulamak sufi semasa dengan ibn Taimiyah.
- Asy-Syiekh al Faqih Ali ibn Ya’qub al-Bakri (W 724 H). Ketika Ibnu Taimiyah datang ke Mesir beliau mendatanginya dan bangun membantah serta mengingkari pendapat-pendapatnya.
- Al Faqih Syams ad-Din Muhammad ibn ‘Adlan asy-Syafi’i (W 749 H). Beliau mengatakan: "Ibnu Taimiyah berkata; Allah berada di atas ‘Arsy dengan keberadaan di atas yang secara hakiki, dan Allah berbicara (berfirman) dengan huruf dan suara".
- Al-Hafizh al Mujtahid Taqiyy ad-Din as-Subki (W 756 H) dalam beberapa karyanya:: Al I’tibar Bi Baqa al Jannah Wa an-Nar , Ad-Durrah al Mudhiyyah Fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah, Syifa as-Saqam fi Ziyarah Khairi al Anam, An-Nazhar al Muhaqqaq fi al Halif Bi ath-Thalaq al Mu’allaq, Naqd al Ijtima’ Wa al Iftiraq fi Masa-il al Ayman wa ath-Thalaq, at-Tahqiq fi Mas-alah at Ta’liq, Raf' asy-Syiqaq ‘An Mas-alah ath-Thalaq.
- Al-Muhaddith al-Mufassir al-Ushuli al-Faqih Muhammad ibn ‘Umar ibn Makki, yang lebih dikenal dengan Ibn al-Murahhil asy-Syafi’i (W716 H) beliau membantah dan menyerang Ibnu Taimiyah.
- Al-Hafizh Abu Sa’id Shalah ad-Din al ‘Ala-i (W. 761 H). Beliau mencela Ibnu Taimiyah seperti dijelaskan dalam: Dzakha-ir al Qashr fi Tarajim Nubala al ‘Ashr, hlm .32-33, sebuah karya Ibnu Thulun dan Ahadits Ziyarah Qabr an-Nabi Salla Allahu ‘alayhi wa Sallam.
- Qadhi al-Qudhah (Hakim Agung) di al-Madinah al Munawwarah; Abu Abdillah Muhammad ibn Musallam ibn Malik ash-Shalihi al Hanbali (W 762 H).
- Syiekh Ahmad ibn Yahya al Kullabi al Halabi yang lebih dikenal dengan Ibn Jahbal (W 733 H). Beliau semasa dengan Ibnu Taimiyah dan menulis sebuah risalah untuk membantahnya, berjudul : Risalah fi Nafyi al-Jihah, iaitu menafikan Jihah (arah) bagi Allah.
- Al Qadhi Kamal ad-Din ibn az-Zumallakani (W 727 H). Beliau berdebat dengan Ibnu Taimiyah dan menyerangnya dengan menulis dua risalah, risalah pertama berkaitan dengan bantahan tentang masalah talak dan risalah kedua berkenaan masalah menziarahi makam Rasulullah.
- Al Qadhi Kamal Shafiyy ad-Din al Hindi (W 715 H), beliau berdebat dan membantah Ibnu Taimiyah.
- Al Faqih al Muhaddith ‘Ali ibn Muhammad al Bajiyy asy-Syafi’i (W 714 H). Beliau telah berdebat dengan Ibnu Taimiyah dalam empat belas majlis dan berhasil mengalahkannya.
- Al Mu-arrikh al Faqih al Mutakallim al Fakhr Ibn al Mu’allim al Qurasyi (W 725 H) dalam karyanya :Najm al Muhtadi wa Rajm al Mu’tadi.
- Al Faqih Muhammad ibn ‘Ali ibn ‘Ali al Mazini ad-Dahhan ad-Dimasyqi (W 721 H) dalam dua risalahnya: Risalah fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah fi Masalah ath-Thalaq dan Risalah fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah fi Masalah az-Ziyarah.
- Al Faqih Abu al Qasim Ahmad ibn Muhammad asy-Syirazi (W 733 H) dalam karyanya :Risalah fi ar-Radd ‘Ala ibn Taimiyah.
- Al Faqih al Muhaddith Jalal ad-Din Muhammad al Qazwini asy-Syafi’i (W 739 H)
- Surat keputusan rasmi kerajaan (Warta Kerajaan) yang dikeluarkan oleh Sultan Ibnu Qalawun (W 741 H) untuk memenjarakannya.
- Al Hafiz adz-Dzahabi (W 748 H)-mantan murid ibn Taymiyah. Dia adalah semasa dengan Ibnu Taimiyah dan membantahnya dalam dua risalahnya :Bayan Zaghal al ‘Ilm wa ath-Thalab dan An-Nashihah adz-Dzahabiyyah.
- Al-Mufassir Abu Hayyan al-Andalusi (W 745 H) dalam tafsirnya: An-Nahr al Maadd Min al Bahr al Muhith.
- Syiekh ‘Afif ad-Din Abdullah ibn As’ad al Yafi’i al Yamani al Makki (W 768 H).
- Al-Faqih ar-Rahhalah Ibnu Baththuthah (W 779 H) dalam karyanya : Rihlah Ibn Baththuthah.
- Al Faqih Taj ad-Din as-Subki (W 771 H) dalam karyanya : Thabaqat asy-Syafi’iyyah al Kubra.
- Al Muarrikh Ibnu Syakir al Kutubi (W 764 H); Beliau merupakan murid Ibnu Taimiyah namun menentang Ibn Taimiyah dalam karyanya: ‘Uyun at-Tawarikh.
- Syiekh ‘Umar ibn Abu al Yaman al-Lakhami al Fakihi al Maliki (W 734 H) dalam : at-Tuhfah al Mukhtarah Fi ar-Radd ‘Ala Munkir az-Ziyarah.
- Al Qadhi Muhammad as-Sa’di al Mishri al Akhna-i (W 750 H) dalam al Maqalah al Mardhiyyah fi ar-Radd ‘Ala Man Yunkir az-Ziyarah al-Muhammadiyyah. Buku ini dicetak dalam satu rangkaian dengan Al-Barahin as-Sathi’ah karya Muhaddith Al ’Azami.
- Syiekh Isa az-Zawawi al Maliki (W 743 H) dalam : Risalah fi Mas-alah ath-Thalaq.
- Syiekh Ahmad ibn Uthman at-Turkamani al-Juzajani al Hanafi (W 744 H) dalam al Abhath al Jaliyyah fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah.
- Al Hafizh Abd ar-Rahman ibn Ahmad, yang terkenal dengan Ibnu Rajab al-Hanbali (W 795 H) dalam: Bayan Musykil al Ahadits al Waridah fi Anna ath-Thalaq ats-Tsalats Wahidah.
- Al Hafizh Ibnu Hajar al ‘Asqalani (W 852 H) dalam beberapa karyanya: Ad-Durar al Kaminah fi A’yan al Mi-ah ats-Tsaminah, Lisan al Mizan, Fath al Bari Syarh Shahih al Bukhari, Al Isyarah Bi Thuruq Hadits az-Ziyarah.
- Al Hafizh Waliyy ad-Din al ‘Iraqi (W 826 H) dalam :al Ajwibah al Mardhiyyah fi ar-Radd ‘Ala al As-ilah al Makkiyyah.
- Al Faqih al Mu-arrikh Ibn Qadli Syuhbah asy-Syafi’i (W 851 H) dalam :Tarikh Ibn Qadli Syuhbah.
- Al Faqih Abu Bakr al Hushni (W 829 H) dalam Karyanya : Daf’u Syubah Man Syabbaha Wa Tamarrada Wa Nasaba Dzalika Ila al Imam Ahmad.
- Pimpinan para ulamak seluruh Afrika , Abu Abdillah ibn ‘Arafah at-Tunisi al-Maliki (W 803 H).
- Al ‘Allamah ‘Ala ad-Din al Bukhari al Hanafi (W 841 H). Beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyah dan orang yang menyebut ibn Taimiyah sebagai Syiekhul al Islam (ertinya orang yang menyebutnya dengan menamakan Syiekh al Islam, sementara ia tahu perkataan dan maqaalaat-pendapat-pendapat- kufurnya). Hal ini dituturkan oleh Al Hafizh as-Sakhawi ( anak murid Ibn Hajar al-Asqolany)dalam Adl-Dlau Al Lami'.
- Syiekh Muhammad ibn Ahmad Hamid ad-Din al Farghani ad-Dimasyqi al Hanafi (W 867 H) dalam risalahnya : Ar-Radd ‘Ala Ibnu Taimiyah fi al I’tiqad.Tanbih al-Muhim (Peringatan Penting) : Maka tidak sepatutnya orang tertipu dengan kitab yang bernama Mafahim ai yajibu an tusohah kerana syaz ia daripada kitab-kitab ulamak-ulamak yang lain.
- Syiekh Ahmad Zurruq al Fasi al Maliki (W 899 H) dalam : Syarh Hizb al Bahr.
- Al Hafizh as-Sakhawi (W 902 H) dalam : Al I’lan Bi at-Taubikh liman Dzamma at-Tarikh.
- Ahmad ibn Muhammad yang terkenal dengan Ibnu Abd as-Salam al Mishri (W 931 H) dalam :al Qaul an-Nashir fi Raddi Khabath 'Ali ibn Nashir.
- Al ‘Alim Ahmad ibn Muhammad al Khawarizmi ad-Dimasyqi yang dikenal dengan Ibnu Qira (W 968 H), beliau mencela Ibnu Taimiyah.
- Al-Qadhi al Bayyadhi al Hanafi (W 1098 H) dalam : Isyarat al Maram Min ‘Ibarat al Imam.
- Syiekh Ahmad ibn Muhammad al Witri (W 980 H) dalam : Raudhah an-Nazhirin Wa Khulashah Manaqib ash-Shalihin.
- Syiekh Ibnu Hajar al Haytami (W 974 H) dalam karya-karyanya; : al Fatawi al Haditsiyyah, Al Jawhar al Munazhzham fi Ziyarah al Qabr al Mu’azhzham, Hasyiyah al Idhah fi Manasik al Hajj
- Syiekh Jalal ad-Din ad-Dawwani (W 928 H) dalam : Syarh al ‘Adhudiyyah.
- Syiekh 'Abd an-Nafi’ ibn Muhammad ibn ‘Ali ibn ‘Arraq ad-Dimasyqi (W 962 H) seperti dijelaskan dalam : Dzakha-ir al Qashr fi Tarajim Nubala al ‘Ashr, hlm. 32-33, buah karya Ibnu Thulun.
- Al Qadhi Abu Abdullah al Muqri dalam : Nazm al-La-ali fi Suluk al Amali.
- Mulla ‘Ali al Qari al Hanafi (W 1014 H) dalam :
- Syarh asy-Syifa li al Qadli ‘Iyadh.
- Syiekh Abd ar-Ra-uf al Munawi asy -Syafi’i (W 1031 H) dalam :
- Syarh asy-Syama-il li at- Tirmidzi.
- Al Muhaddith Muhammad ibn ‘Ali ibn ‘Illan ash-Shiddiqi al Makki (W 1057 H) dalam risalahnya :al Mubrid al Mubki fi ar-Radd 'ala ash-Sharim al Munki.
- Syiekh Ahmad al Khafaji al Mishri al Hanafi (W 1069 H) dalam Syarh asy-Syifa li al Qadli ‘Iyadh.
- Al Muarrikh Ahmad Abu al ‘Abbas al Muqri (W 1041 H) dalam :Azhar ar-Riyadh.
- Syiekh Ahmad az-Zurqani al Maliki (W 1122 H) dalam : Syarh al Mawahib al-Ladunniyyah. Syiekh Abd al Ghani an-Nabulsi (W 1143 H) mencela Ibn Taimiyah dalam banyak karya-karyanya.
- Al Faqih ash-Shufi Muhammad Mahdi ibn ‘Ali ash Shayyadi yang terkenal dengan ar-Rawwas (W 1287 H).Beliau juga antara yang mencela ibn Taimiyah.
- As-Sayyid Muhammad Abu al Huda ash-Shayyadi (W 1328 H) dalam :Qiladah al Jawahir.
- Al Mufti Musthafa ibn Ahmad asy-Syaththi al Hanbali ad-Dimasyqi (W 1349 H) dalam karyanya : an-Nuqul asy-Syar’iyyah.
- Mahmud Khaththab as-Subki (W 1352 H) dalam :
- Ad-Din al Khalish atau Irsyad al Khalq Ila ad-Din al-Haqq.
- Mufti Madinah asy-Syiekh Al Muhaddits Muhammad al Khadhir asy-Syinqithi (W 1353 H) dalam karyanya: Luzum ath-Thalaq ats-Tsalas Daf’uhu Bi Ma La Yastathi’ al ‘Alim Daf’ahu.
- Syiekh al-Muhaddith Salamah al ‘Azami Asy-Syafi’i (W 1376 H) dalam : al Barahin as-Sathi’ah fi Radd Ba’dl al Bida’ asy-Sya-i’ah dan beberapa maqaalaah dalam surat khabar Al Muslim di Mesir.
- Mufti Mesir Syiekh Muhammad Bakhit al Muthi’i (W 1354 H) dalam karyanya : Tathhir al Fuad Min Danas aI I’tiqad.
- Wakil Syiekh al Islam pada masa Daulah Khilafiyah Uthmaniyyah (Dinasti Bani Uthman) Syiekh Muhammad Zahid al Kawtsari (W 1371 H) dalam beberapa karyanya: Maqalat al Kawthari, At-Ta’aqqub al Hatsits lima Yanfihi Ibnu Taimiyah mi al Hadith, Al Buhuth al Wafiyyah fi Mufradat Ibnu Taimiyah,Al Isyfaq ‘Ala Ahkam ath-Thalaq.
- Ibrahim ibn Utsman as-Samnudi al Mishri dalam karyanya :Nushrah al Imam as-Subki Bi Radd ash-Sharim al Munki.
- ‘Alim Makkah Muhammad al ‘Arabi at-Tabban (W 1390 H) dalam :Bara-ah al Asy’ariyyin Min ‘Aqa-id al Mukhalifin.
- Syiekh Muhammad Yusuf al Banuri al Bakistani dalam : Ma’arif as-Sunan Syarh Sunan at-Tirmidzi.
- Syiekh Manshur Muhammad ‘Uwais dalam : Ibnu Taimiyah Laisa Salafiyyan.
- Al-Hafizh Syiekh Ahmad ibn ash-Shiddiq al Ghummari al Maghribi (W 1380 H) dalam beberapa karyanya, di antaranya : Hidayah ash-Shaghra,dan Al Qaul al Jaliyy
- Asy-Syiekh al Muhaddits Abdullah al Ghammari al Maghribi (W 1413 H) dalam banyak karyanya, di antaranya: Itqan ash-Shan-‘ah Fi Tahqiq Ma’na al Bid’ah, Ash-Shubh as-Safir fi Tahqiq Shalah al Musafir,v Ar-Rasa-il al Ghammariyyah dan banyak lagi.
- Al Musnid Abu al Asybal Salim ibn Jindan al-Indunisy (W 1969 H) dari Jakarta Indonesia dalam karyanya : Al Khulashah al Kafiyah fi al Asanid al ‘Aliyah.
- Hamdullah al Barajuri, ‘Alim Saharnapur dalam al Bashair Li Munkiri at-Tawassul Bi Ahl al Qubur.
- Syiekh Musthafa Abu Sayf al Hamami. Beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyah dalam karyanya : Ghawts al ‘Ibad Bi Bayan ar-Rasyad. Buku ini mendapat persetujuan dan taqridhz (sokongan) dari beberapa ulama besar, di antaranya; Syiekh Muhammad Sa’id al ‘Arfi, Syiekh Yusuf ad-Dajwi, Syekh Mahmud Abu Daqiqah, Syiekh Muhammad al Buhairi, Syiekh Muhammad Abd al Fattah ‘Inati, Syiekh Habibullah al Jakni asy-Syinqithi, Syiekh Dasuqi Abdullah al ‘Arabi dan Siyekh Muhammad Hifni Bilal.
- Muhammad ibn Isa ibn Badran as-Sa’di al Mishri.
- As-Sayyid Syiekh al Faqih Alawi ibn Thahir al Haddad al Hadhrami.
- Mukhtar ibn Ahmad al Muayyad al ‘Adzami (W 1340 H) dalam Jala’ al Awham ‘An Madzahib al A-immah al 'Izham Wa at-Tawassul Bi Jahi Khair al Anam ‘Alaihi ash-Shalatu Wa as-Salam. Beliau tulis sebagai rod –bantahan- terhadap buku Ibnu Taimiyah; Raf' al Malam.
- Syiekh Ismail al Azhari dalam : Mir-at an-Najdiyyah.
- Syeikh KH. Muhammad Ihsan dari Jampes Kediri Jawa timur dalam kitabnya : Siraj ath-Thalibin’ala Minhaj al-Abidin ila Jannaty Rabbi al-Alamin
- Syeikh KH. Muhammad Hasyim Asy’ari (W 1366 H/1947 R), Rais Akbar Nahdhatul Ulama dari Jombang Jawa Timur, dalam kitabnya : Risalah Ahlussunnah Wal Jama’ah.
- Syeikh KH. Ali Maksum (W 1989 R), Rais ‘am Nahdhatul Ulama IV dari Yogyakarta Jawa Tengah dalam bukunya : Hujjah Ahlussunnah Wal Jama’ah.
- Syeikh KH Abu al Fadhl bin Abd asy-Syakur, dari Senori Tuban Jawa Timur dalam kitab-kitabnya, di antaranya: Al Kawakib al-Lamma’ah fi Tahqiq al Musamma Bi Ahlussunnah Wal Jama’ah, Syarh al Kawakib al-Lamma’ah.
- Syeikh KH. Ahmad Abdul Hamid dari Kendal Jawa Tengah dalam : Bukunya ’Aqa-id Ahlussunnah Wal Jama’ah
- Syiekh KH. Siradjuddin 'Abbas (W 1401 H/1980 R) dalam banyak karyanya: I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dan 40 Masalah Agama, jilid IV
- Tuan Guru KH. Muhammad Zainuddin Abdul Majid ash-Shaulati (W 1997 R) Ampenan Pancor Lombok NTB dalam bukunya : Hizb Nahdhatul Wathan Wa Hizb Nahdhatul Banat.
- Syeikh K.H. Muhammad Muhajirin Amsar ad-Dari (W 2003 R) dari Bekasi, Jawa Barat dalam salah satu surat yang beliau tulis.
- Al Habib Syiekh al Musawa ibn Ahmad al Musawa as-Saqqaf; Penasihat Umum Perguruan Tinggi dan Perguruan Islam Az Ziyadah Klender Jakarta Timur.
- Syeikh KH. Muhammad Syafi’i Hadzami Mantan Ketua Umum MUI Propinsi DKI Jakarta 1990-2000 dalam bukunya :
- Taudhih al Adillah.
- Syeikh KH. Ahmad Makki Abdullah Mahfudz Sukabumi Jawa Barat dalam bukunya : Hishnu as-Sunnah Wal Jama’ah fi Ma’rifat Firaq Ahl al Bid’ah.
- Syiekh Abdullah Tha'ah. Beliau membantah Ibnu Taimiyah dalam bukunya al Fatawa al 'Aliyyah yang beliau tulis pada tahun 1932. Buku ini memuatkan fatwa ulamak-ulamak, imam-imam, tenaga pengajar (tok-tok guru) dan para mufti serta para Qadhi di Makkah, yang sebahagian berasal dari Indonesia, Thailand dan lain-lain. Mereka menyatakan bahawa Ibnu Taimiyah sesat dan menyesatkan. Berikut nama para ulama yang turut menghadiri majlis pernyataan fatwa tersebut serta menandatanganinya : Sayyid Abdullah –Mufti Madzhab Syafi'i di Makkah, Syiekh Abdullah Siraj –pimpinan para Qadhi dan Kepala para ulama Hijaz, Syiekh Abdullah ibn Ahmad –Qadhi Makkah, Syiekh Darwisy –Amin Fatwa Makkah, Muhammad 'Abid ibn Husain –Mufti Madzhab Maliki di Makkah. Syiekh Umar ibn Abu Bakr Bajuneid –Wakil Mufti Madzhab Hanbali di Makkah. Syiekh Abdullah ibn Abbas –Wakil Qadhi Makkah, Syiekh Muhammad Ali ibn Husein al Maliki –Seorang Imam dan pengajar di Makkah. Syiekh Ahmad al Qari – Qadhi Jeddah, Syiekh Muhammad Husein – Seorang Imam dan pengajar di Makkah, Syiekh Mahmud Zuhdi ibn Abdur Rahman – Seorang pengajar di Makkah, Syiekh Muhammad Habibullah ibn Maayaabi – Seorang pengajar di Makkah, Syiekh Abdul Qadir ibn Shabir al Mandayli (Mandailing-Sumut) -Seorang pengajar di Makkah, Syiekh Mukhtar ibn 'Atharid al Jawi (asal Jawa) –Seorang pengajar di Makkah, Syiekh Sa'id ibn Muhammad al Yamani –Seorang Imam dan pengajar di Makkah, Syiekh Muhammad Jamal ibn Muhammad al Amir al Maliki –Seorang Imam dan pengajar di Makkah. Sayyid 'Abbas ibn 'Abdul 'Aziz al Maliki –Seorang pengajar di Makkah. Syiekh Abdullah Zaydan asy-Syinqithi –Seorang pengajar di Makkah. Syiekh Mahmud Fathani (asal Thailand) –Seorang pengajar di Makkah. Syiekh Hasanuddin ibn Syekh Muhammad Ma'shum asal Medan Deli-Sumut.
- Syiekh Ahmad Khathib al Minangkabawi, Seorang Imam Madzhab Syafi'i di Makkah asal Minangkabau Sumatera dalam bukunya al Khiththah al Mardhiyyah.
- Syiekh Muhammad Ali Khathib Minangkabau, Murid Syiekh Ahmad Khathib al Minangkabawi, dalam kitabnya Burhan al Haqq. Beliau juga telah mengumpulkan para ulama di Sumatera untuk membantah Rasyid Ridha penulis al Manar dan para pengikutnya di Indonesia.
- Syiekh Abdul Halim ibn Ahmad Khathib al Purbawi al Mandayli, Murid Syiekh Mushthafa Husein, pendiri Pon-Pes. al Mushthafawiyyah, Purba Baru, Sumut dalam risalahnya Kasyf al Ghummah yang beliau tulis tahun 1389 H -12/8/1969.
- Syiekh Abdul Majid Ali (W. 2003) Kepala Kantor Urusan Agama daerah Kubu-Riau, Sumatera, salah seorang ulama kharismatik dan terkenal di daerah tersebut. Beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyah dan menyatakan bahawa gurunya Syiekh Abdul Wahhab Panay-Medan mengkafirkan Ibnu Taimiyah.
- Syeikh K.H. Abdul Qadir Lubis, pimpinan Pon.Pes. Dar at-Tauhid, Mandailing-Sumut (W. 2003). Beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyah di sebahagian majlisnya.
- Syeikh K.H. Muhammad Sya'rani Ahmadi Kudus Jawa Tengah dalam bukunya : al Fara-id as-Saniyyah wa ad-Durar al Bahiyyah yang beliau tulis pada tahun 1401 H. Dalam buku ini beliau menyatakan bahwa Ibnu Taimiyah adalah seorang Musyabbih Mujassim (orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya dan meyakini bahwa Allah adalah jisim benda-).
- Syeikh K.H. Muhammad Mashduqi Mahfuzh, Ketua Umum MUI Jawa Timur dalam bukunya : al Qawa'id al Asasiyyah li Ahlissunnah Wal Jama'ah.
- Syiekh al-‘Allamah al-Hafiz al Muhaddith al Faqih Abdullah al Harari al Habasyi. Beliau adalah seorang Sultan Rifa’iah di bumi Syam yang mempunyai ramai murid dan banyak pula berkatnya. Beliau merupakan ulama yang tinggi nilai tahqiqnya dan digeruni golongan wahabi, antara kitabnya yang menjadi rujukan dalam menangkis fahaman ibn Taimiyah : al Maqalaat as-Sunniyyah Fi Kasyf Dhalalaat Ahmad ibn Taimiyah.
- Bekas Mufti Sabah Said Hj Ibrahim, dalam kitabnya ; Perbandingan Agama dan Fahaman Umat Islam
- Hj Abdullah Fahim.
- Al-Marhum Tuan Guru Hj Abdullah, tok guru Pondok Lubuk Tapah Kelantan.
- Tuan Guru Haji Hasyim, tok guru Pondok Pasir Tumbuh Kelantan.
- Syeikh Usman Jalaludin, pengasas Pondok Penanti Pulau Pinang dalam kitabnya : Matholi’ Al-Anwar.
- Tuan Guru Pok cik Din al-Kelantani. Beliau tinggal di Kulim, Kelantan. Beliau mengkafirkan ibn Taimiyah dalam banyak majlis ceramahnya.
- Al Marhum Tuan Guru Abdul Rahman Bin Yunus terkenal dengan panggilan Ustaz Amer al-Kelantani ( W 1429 H). Beliau adalah guru Pondok Yaakub Samba, Pasir Puteh.
- Tuan Guru Hj Daud Hj Omar Al Kelantani, Bukit Abal. Beliau mentahzir murid-muridnya supaya menjauhi kitab Ibn Taymiyah dan Ibn Qayyim al-Jauziah dan mengkafirkan keduanya. Antara karyanya yang masyhur ialah kitab : Risalah al-‘aqoid wa al-Fawaid. Dalam kitab ini beliau menghuraikan dengan cukup jelas cara mentanzihkan Allah taala daripada sifat makhluk. Selepas beliau menyebut Allah wujud tanpa bertempat, beliau mengkafirkan sesiapa yang memberi sifat makhluk bagi Allah taala m/ 34 -37: “barangsiapa beri’tiqod serupa zat Allah (tashbih) taala atau sifatnya atau dengan perbuatannya maka iaitu jadi kafir “.
- Kebanyakan Tok-tok guru pondok yang alim. Dan ramai lagi
Assalamualaikum..
ReplyDeleteIni entry ilmiah.kena baca sehingga kita faham
Perkongsian yang baik tuan..
Di bawah ini diturunkan pujian Ibnu Katsir yang menyatakan Ibnu Tamiyyah tak pernah kalah berdebat dan pujian az Zamlakani yang pernah berdebat dengan Ibnu Tamiyah dan mengakui bahawa Ibnu Tamiyah sudah memenuhi syarat-syarat seorang Mujtahid.
ReplyDeleteShaykh Kamal ad-Din Ibn az-Zamlakani, who debated with Ibn Taymiyyah on more than one occasion, said: "Whenever he was questioned on a particular field of knowledge, the one who witnessed and heard (the answer) concluded that he had no knowledge of any other field and that no one possessed such as his knowledge. The jurists of all groups, whenever they sat with him, they would benefit from him regarding their own schools of thought in areas they previously were unaware of. It is not known that he debated anyone whereby the discussion carne to a standstill or that whenever he spoke on about a particular field of knowledge - whether it be related to the sciences of the Shari'ah or else - that he would not then excel the specialists of that field and those who are affiliated to it."35
He also said: "The prerequisites of ijtihad were combined within him in the way they should be he was very proficient in authoring very well and in excelling in expression, arrangement, classification and explanation."36
Al-Hafidh Ibn Kathir said " ... It was rare for him to he hear something and not memorise it and he occupied himself with the sciences. He was intelligent and had committed much to memory and thus, became an Imam in tafsir and what pertained to it. He had (comprehensive) knowledge of fiqh; it was said that he had more knowledgeable of the fiqh of the madhahib then the followers of those very same madhahib in his time and other times. He was fully aware of the different opinions of the scholars. He was a scholar in Usul, the branches of the religion, grammar, the language and other textual and intellectual sciences. He was never overcome in a sitting and no noble (scholar) would speak to him on a particular science except that he thought that this science was the specialty of Ibn Taymiyyah and he would see him as being well-versed in it and having perfected it ... As for hadith then he was the carrier of its flag, a hafidh in hadith, and able to distinguish the weak from the strong, fully acquainted with the narrators and being proficient in this ... "37
http://sunnahonline.com/library/biographies/154-taymiyyah
DeleteTerima kasih berkongsikan maklumat!
DeleteSaya juga pernah menolak Imam Ibnu Taymiyah pada zaman muda belia dulu kerana terpengaruh dengan ulama Indonesia, Sirajuddin Abbas yang menulis sebuah buku yang mengkritik batang tubuh dan pemikiran Imam Mujtahid ini dan mengikuti pengajian beberapa orang Ustaz yang mengajar dimasjid yang kebanyakannya produk pengajian Pondok.
ReplyDeleteSetelah saya semakin dewasa, saya telah membuat kajian siapa dia Imam Ibnu Taimiyah. Banyak buku beliau yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu telah saya baca. Dan saya sudah kepada kesimpulan bahawa Ibnu Taimiyah adalah seorang Ulama Mujtahid yang hebat. Walaupun dia boleh membangun mazhab barunya , tetapi dia tidak berbuat demikian begitunya dengan pengikutnya seperti Ibnu Qayim. Pada asasnya, dia berpegang pada Mazhab Hambali.
Selain seorang ulama yang terlibat dengan dunia ilmu, dia juga turut bersama umat Islam yang lain memerangi dengan tentera Tatar /Mongol yang menyerang Baghdad.Jelas seorang mujtahid dan seorang mujahid.
Memang terdapat serangan peribadi terhadap batang tubuh dan pemikiran beliau. Tetapi ianya adalah lumrah ketika itu. Pengikut Mazhab Hambali, Hanafi, Syafie dan maliki juga pernah melakukan takfir di kalangan mereka. Dan bagaimana sikap kita?
Sikap kita (khususnya saya), tidak terjebak dengan perbedaan pendapat dan serangan seorang ulama terhadap ulama yang lain. Kita perlu tasamuh. Dan kalau perlu berlapang dada dan meraikan perbedaan pendapat para ulama silam. Kita kutip mana yang baik dan bertepatan dengan Al-Qur'an dan Sunnah Nabawiyah. Tidak ada ulama di zaman silam dan kontemperorari yang maksum. Kalau hendak menghujah pendapat-pendapat ulama silam berhujahlah dengan ilmu, bukan dengan emosi.
Sekian perkongsian pendapat saya yang dhaif ini
Cucut Cicit Bani Adam.
Terima kasih tuan atas maklumat dan perkongsian pendapat di atas.
Deletepengomen2 di sini pendukong2 mazhab wahabi yg terang2 sesat
ReplyDeleteBab fekah persendirian, terpulang masing masing, esok jawab sendiri.
ReplyDeleteYg melibatkan perundangan, nikah kahwin dsb, ikut majlis / penguasa agama setempat.
Bab tauhid / akidah, tak boleh kompromi, pendapat Ibnu Taimiyah sgt berbahaya pd akidah. Anak murid dia Imam AzZahabi pun tak boleh terima pendapat dia, walau pun dlm hal hal yg lain bnyk pendapat Ibnu Taimiyah yg diterima.