Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

12 March 2014

4 sebab perlu belajar Bahasa Inggeris

  Ano Nyme       12 March 2014
Banyak juga saya dah tulis berkenaan belajar Bahasa Inggeris kat sini.

Kali ini rasa nak tulis pula 4 sebab kenapa kita perlu belajar bahasa inggeris sekurang-kurangnya sehingga ke tahap dapat memahami arahan-arahan ringkas samada di dalam penulisan maupun percakapan.

Sebelum ini saya ada update betapa larisnya buku mudah belajar bahasa inggeris yang menggunakan bahasa pengantar bahasa malaysia. Sampai sekarang buku itu tidak henti-henti dibeli oleh orang ramai. nampaknya ramai dah sedar bahawa belajar bahasa inggeris itu penting di zaman kita ini.

Sebelum para bijak pandai yang kuat keimanannya menghentam saya kerana asyik promote bahasa inggeris sedangkan saya sepatutnya menggalakkan bahasa arab, saya nak nafikan terlebih dahulu bahawa saya lebih meletakkan bahasa inggeris lebih utama berbanding bahasa arab terutamanya untuk memahami Al-Quran.

Begitu juga kepada mereka yang hebat berbahasa inggeris tahap meracau ketika tidur pun berbahasa inggeris, jangan salah sangka bahawa saya hebat berbahasa inggeris disebabkan asyik nak ajar orang suruh belajar bahasa inggeris.

Bagi saya menguasai bahasa inggeris untuk membolehkan kita menjalani kehidupan dan memudahkan urusan kehidupan amat penting. Tidak semestinya kita perlu ariff sehingga ke tahap menjadi ahli bahasa. Kita hanya perlu tahu asas mudah sekadar untuk mampu berkomunikasi bersesuai dengan keperluan kerja sahaja.

Oklah berikut saya senaraikan 4 sebab perlu belajar bahasa inggeris berdasarkan pendapat saya. Mungkin salah dan mungkin juga benar. Jika anda rasa salah, tak payah kutuk, berikans saja pendapat anda di bawah di runag komen. Dan jika betul atau ada yang nak ditambah, juga boleh dilanjutkan di ruangan komen.

4 sebab perlu belajar bahasa inggeris

#1. Bahasa utama dunia

Semua orang tahu bahawa bahasa inggeris merupakan bahasa utama dunia sekarang ini. Seperti mana ketika zaman kesultanan Melaka dulu, bahasa melayu menjadi bahasa utama perdagangan, kini dari segi ekonomi, bahasa inggeris adalah rujukan penting.

Bahasa inggeris juga penting dari sudut diplomasi kenegaraan dan perhubungan anatar bangsa. Bahasa inggeris juga menjadi bahasa utama dalam dunia pendidikan dan juga ilmu pengetahuan. Jadi tak perlu dihuraikan lagi bahawa dari segi kedudukannya berbanding bahasa-bahasa lain. ia ternyata amat penting.

Memang bahasa Mandarin sebenarnya lebih tinggi kedudukannya berbanding bahasa inggeris dari segi kedudukan jumlah penggunaan penduduk dunia. Tetapi ramai orang guna bahasa itu tidak semestinya ia penting dari segi ekonomi, pendidikan dan teknologi.

#2. Bahasa utama internet

Rentetan dari sebab pertama di atas, bahasa inggeris merupakan bahasa utama dunia internet. Kita semua tahu berjuta-juta maklumat terkini dikemaskinikan setiap saat di dalam dunia internet dan kebanyakan maklumat penting menggunakan medium bahasa inggeris sebagai bahasa penyampaian mereka.

Untuk menjalankan perniagaan online dengan sasaran memasarkan perniagaan kita kepada pasaran dunia juga perlu menggunakan bahasa inggeris. Kalau guna bahasa melayu alamat majoriti bakal pembeli hanyalah dalam lingkungan mereka yang menggunakan bahasa melayu saja.

Melainkan kita nekad untuk memasarkan perniagaan, idea atau maklumat khas hanya untuk orang melayu saja di malaysia, maka tak kisah untuk mengabaikan bahasa inggeris.

#3. Majikan lebih mengutamakan bahasa inggeris

Jika anda peminat makan gaji dan tak ada hati nak membina kekayaan melaui perniagaan. Anda perlu mendapatkan pekerjaan yang bagus, bergaji lebat dan di syarikat yang kukuh dan besar.

Kebanyakan syarikat yang besar dan kukuh merupakan syarikat antarabangsa yang punyai operasi di seluruh dunia. Syarikat antara bangsa juga biasanya menawarkan pakej yang lumayan dan banyak keistimewaan pada para pekerjanya.

Oleh kerana mereka syarikat antara bangsa, yang beroperasi di seluruh dunia, mereka memerlukan pekerja yang mahir berbahasa inggeris di samping kemahiran menguasai bahasa setempat. Jadi kalau bahasa inggeris kita terlalu lemah, jangan harap nak mendapat tawaran kerja dari syarikat antara bangsa.

#4. Buku terkini kebanyakannya berbahasa inggeris

Jika kita nak jadi manusia terpelajar dan banyak pengetahuan, perlulah jadikan amalan membaca sebagai rutin harian. Buku-buku yang menjadi pilihan pula mestilah terdiri daripada maklumat atau penemuan terbaru hasil daripada cerapan atau kajian terkini.

Kebanyakan buku-buku seperti yang saya nyatakan di atas ditulis di dalam bahasa inggeris. Ada banyak buku-buku baru yang mendedahkan idea baru, pengetahuan baru, strategi baru dan lan-lain dicetak dan diedarkan dalam bahasa inggeris. 

Kalau nak tunggu diterjemahkan dalam bahasa malaysia boleh juga tapi kita akan ketinggalan sedikit. Itupun kalau ada orang yang sudi nak terjemahkannya ke dalam bahasa malaysia.

Rumusan kenapa perlu belajar bahasa inggeris

Berdasarkan 4 sebab-sebab utama yang saya sebutkan di atas, memang sah bahasa inggeris diperlukan untuk memajukan diri kita dalam zaman sekarang ini. Mungkin dalam tempoh 20 tahun lagi bahasa inggeris masih relevan, jadi eloklah kita cuba pertimbangkan untuk belajar bahasa inggeris terutamanya mereka yang masih muda.

Tetapi buat mereka yang dah tua, kalau nak hidupkan semula kecergasan otak anda, boleh pertimbangkan untuk belajar bahasa inggeris di samping bahasa arab yang sedang anda tekuni sekarang. Belajar bahasa baru mampu menghidupkan semula dan mencergaskan saraf-saraf otak mereka yang dah tua nak nyanyuk.
Jika anda nak belajar bahasa inggeris dengan cara mudah, boleh pergi ke portal ini >>> Belajar Bahasa Inggeris
Apa pula pendapat anda?, boleh kongsikan idea atau sebab perlu belajar bahasa inggeris yang anda rasa perlu dkongsikan di sini? atau anda rasa tidak ada sebab perlu belajar bahasa inggeris..mana saja pendapat boleh dikongsikan di ruang komen.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 4 sebab perlu belajar Bahasa Inggeris

Previous
« Prev Post

11 comments:

  1. Perkongsian yang berguna ni. Kena dapat kan ebook ini jika nak senang belajar bahasa inggeris.

    ReplyDelete
  2. Letih betul tengok PC yg dibuat oleh pengawai2 dan pengarah kita ketika kes MH370 hilang. Memang hancus betul bahasa inggeris mereka, apalagi bila menjawab pertayaan wartawan luar. Kasihan gaji puluh2 ribu tetapi PR dan bahasa inggeris hancus. Sungguh memalukan sebab jawatan mereka memerlukan mereka berhubung dgn org asing. Mereka mestilah fasih bahasa inggeris baru layak.

    Sepatutnya kita ada jurucakap yg mahir PR dan bahasa asing utk menangani kes ini spt yg dibual di US. Mereka ada jurucakap rumah putih,pertahanan dll.

    Kes ini sungguh memalukan kita kerana pengurusan yg lemah dan bercelaru. Maklumlah mungkin terlalu banyak makan kangkung kot????

    ReplyDelete
  3. Jepun xperlu bahasa ingeris pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu...tak dinafikan utk berjaya tak boleh guna bahasa lain..

      Delete
  4. Negara-negara terhebat kalngan negara maju seperti German, Jepun, Perancis dll -- jika dilihat pendidikan generasi muda TIDAK PUN dalam bahasa Inggeris. Subjek sains (fizik, bio, kimia) dan matematik mereka guna BAHASA IBUNDA MASING2. AKHIRNYA MEREKA MAJU JUGA. Kenapa kita tidak yakin dengan bahasa kebangsaan kita sebagai bahasa sains dan matematik? Adakah sebab pembuat dasar kita ramai BERPENDIDIKAN OMPUTIH maka dogmanya nak maju kenalah WAJIB bahsa omputih?!!! --- Bahkan kalau kita nak pergi belajar oversea ke Jepun, kena kursus dulu bahsa Jepun. Kalau nak pergi German, kena kursus bahsa German, dll. Sepatutnya promosi dan daulatkan semula Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa terpenting di dunia, macam Zaman Melaka yang admin beritau tu... Jadi "lingua franca" zaman Melaka, kan!!! Ni tidak, mentaliti kita lebih menggariskan bahsa inggeris di mana2. Weh, betul bahasa Inggeris penting, bahsa Arab penting, bahasa German, Jepun, Kantonis,...semua penting dan perlu dikuasai. Tapi jangan sampai Bahasa Melayu tinggal slogan "Cintailah Bahasa Kita". Kamu agak ada tak kamu mempromosikan BM sama macam kamu mempromosikan BI? Patut BM lebih, BI diikuti juga. Tapi sedih di Malaysia semua orang dah bertukar jadi "OMPUTIH" (walau pun bangsa-bangsanya tetap bukan OMPUTIH). Lebih tragis, peel dan cara hidup pun dah ikut minah-minah dan mat-mat omputih... tak apalah, bab tu bab lain. Yang penting belajar BI ok tapi jangan meng"omputih"kan masyarakat Malaysia! Jangan mendaulatkan bahasa asing sedang bahasa ibunda dijadikan kelas ke-2 (atau ke-3?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dengan pendapat anon. Teruskan usaha gigih tuan mendaulatkan Bahasa Malaysia ke persada dunia...kita perlukan pemimpin macam anon untuk itu!, Insyaallah saya sokong!

      Delete
    2. Sepatutnya ini untuk anon di atas , Utamakan bahasa Malaysia & memperkasakan bahasa inggeris ini baru term yg betul , kite kena standardized benda nee , standardization di perlukan dlm memperbetulkn pandangan masyarakat kita :)

      Delete
    3. dua-dua sama penting..

      Delete
  5. Macam mana nak mengubah persepsi org ramai bahawa kita boleh je berjaya dgn bahasa sendiri dan mcm mana nk ubah negara kita mcm jepun ke yg x pakai bahasa inggeris sbg bahasa pentadbiran mereka? Ada pendapat x?

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !