Pernahkan anda lihat mamak jual roti?, samada di kawasan bandar maupun di kampung, tentu akan ada mamak jual roti. Meraka biasanya datang masuk kampung atau taman dua hari sekali dengan menaiki motosikal.
Zaman saya kanak-kanak dahulu, mamak roti ini akan datang masuk kampung jual roti dengan menggunakan basikal tua. Ada loceng pada pemegang atau handle basikal tersebut yang akan dipukul dengan sebatang besi kecil lalu mengeluarkan bunyi ting!, ting!, ting!, dengan kuat!
Setiap kali bunyi itu bergema sekeliling kampung, semua orang tahu bahawa mamak jual roti dah datang. Bagi mereka yang mahu membeli roti untuk dimakan pada waktu petang atau pada waktu malam, mereka akan bersedia dengan wang dan menunggu di depan pintu rumah.
Sebaik sahaja mamak jual roti lalu di depan atau tidak jauh daripada rumah, kita akan memanggilnya dan mamak jual roti akan berhenti, menongkatkan basikalnya dan bersedia untuk menjual roti. Jiran-jiran lain biasanya akan turut sama datang dan mamak akan melayan lebih dari dua atau tiga orang pada setiap kali hentian.
Mamak jual roti sekarang dah gunakan motosikal
Sekarang tidak ada lagi mamak jual roti yang menggunakan basikal. Saya tak pernah terserempak lagi dengan mamak yang menggunakan basikal untuk jual roti. Kalau ada yang berbasikal untuk berniaga sekarang hanyalah Pakistan yang menjual karpet dari rumah ke rumah.Walaupun mamak jual roti sekarang menggunakan motosikal, tetapi konsep jual roti masih tetap sama. Mereka sediakan kotak seperti sebuah almari yang berpintu. Kotak tersebut diletakkan di belakang motosikal.
Jika ada pembeli yang menahan motosikal mamak jual roti, mereka akan berhenti, tongkatkan motosikal dan pergi ke belakang lalu membuka almari pada motosikal tersebut. Di bahagian bawah sekali almari itu ada papan sorong yang boleh ditarik keluar untuk melakukan kerja memotong dan menyapu jem pa da roti benggali.
Apa yang saya ceritakan di atas adalah mamak jual roti dikawasan sebelah utara terutamanya di pulau pinang. Roti Tawar atau dipanggil juga Roti Benggali, memang kegemaran ramai di sana. Kita boleh beli dari mamak jual roti siap dipotong empat dan disapu planta dan kaya. Rasanya cukup lazat dan jika dicicah dengan kopi o, boleh habis satu biji atau dua biji roti.
Orang Pulau Pinang juga suka makan roti tawar dicicah dengan kuah kari. Biasanya ini menjadi samada makanan sarapan pagi atau makanan makan malam. Kalau ada yang pernah pergi makan sup mamak di pulau pinang, anda akan diberikan sup bersama dengan roti benggali untuk dicicah. Rasanya lazat tak terkata!!!. Hanya orang Penang saja yang tahu rasanya nikmat makanan ini...!
Berapa pendapatan mamak jual roti
Berbalik pada tajuk entri kali ini, saya berkesempatan balik ke Pulau Pinang baru-baru ini. Macam biasa yang saya lakukan, pada hari akhir di sana saya akan singgah ke kilang roti di Bukit Mertajam atau kedai roti Pachee di Butterworth untuk memborong roti benggali.Kali ini saya singgah di kilang roti di bukit mertajam yang terletak berhadapan dengan Hospital. Kebetulan ketika pergi ke kilang tersebut ada seorang mamak jual roti yang baru sampai mengambil stok roti dari kilang untuk aktiviti perniagaan di waktu petang.
Saya ambil kesempatan ini untuk membeli roti benggali sapu jem dan planta darinya sambil menemuramah untuk mendapatkan sedikit maklumat berkenaan perniagaan jual rotinya.
Menurut mamak tersebut, pendapatannya adalah dalam lingkungan RM2,500 sebulan. Dengan hanya menjual roti setiap hari dua kali pada waktu pagi dan juga pada waktu petang, dia dapat menjana RM2,500 setiap bulan.
Mamak itu beritahu dia memang seronok menjalankan perniagaan tersebut dan tidak pernah merasa letih dengan kerja itu. Hasil dari aktiviti jual roti itu dia mampu menyara kehidupannya dan keluarga dan dia hidup bahagia sederhana.
Jika ada orang yang merungut tak ada kerja di negara kita dan duduk saja tak buat apa-apa, sila pergi ke kilang roti dan minta untuk jadi mamak jual roti....asal rajin semuanya boleh menjana pendapatan, Insyaallah!
Jutawan senyap mamak roti rupanya.
ReplyDeleteKilang roti depan hospital BM tu memang legend dan klasik.
Sampai sekarang bertahan. Kalau lalu depan kilang tu mesti bau aroma roti yg amat segar.
Betul tu Akmal, sejak saya sekolah lagi kilang tu dah ada...
Deletekalau nak jual roti ni kena bagi tau kawasan mana nak jual pada tokey roti tu,
ReplyDeleteJika kawasan tu dah ada orang . Depa tak bagi jual.
Kat Kepala Batas ada roti tawar yang dibuat oleh kilang roti merdeka. Kalau say balik kat sana saya mesti beli.
ReplyDeleteBoleh bagi petua nak ke kilang tu...boleh pi try bila ke sana nanti...
Delete