Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

01 March 2014

Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

  Ano Nyme       01 March 2014
Jambatan kedua Pulau Pinang
Malam ini Perdana Menteri kita baru saja merasmikan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Itulah nama yang baru saja diberikan oleh YAB Perdana Menteri kita setelah mendapat perkenan DYMM Agong.

Pulau Pinang nampaknya dah ada dua jambatan utama yang menghubungkan Tanah Besar Semenanjung Malaysia dengan Pulau Pinang.

Kita dah biasa sangat degan Jambatan Pertama Pulau Pinang dan kini kita ada satu lagi jambatan baru keluar kedai, yang sebelum ini disebut sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Memang tepat sekali menamakannya sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, lebih bagus daripada nama mendatar yang kita panggil sebelum ini. Takkan nak kekalkan sebagai Jambatan Kedua Pula Pinang, tak menarik rasanya.

Dengan siapnya dan dirasmikan penggunaannya bermula awal pagi nanti pada pukul 12.30 pagi, maka terpahatlah sudah sejarah Jambatan Paling Panjang Di Asia Tenggara sejauh 24 km. Ia juga antara jambatan yang terpanjang di dunia dan merupakan cetusan idea Tun Dr Mahathir pada tahun 1995. Entah sampai bila kedudukan nombor satu itu akan kekal, sama-samalah kita lihat nanti.

Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah percuma sebulan

Satu lagi pengumuman baik yang dibuat oleh Perdana Menteri tadi adalah para pengguna boleh mula menggunakan jambatan tersebut secara percuma tanpa perlu membayar tol selama sebulan bermula daripada 12.30 pagi nanti.

Rasanya nak pergi rasmikan penggunaannya selepas pukul 12.30 pagi sat gi, bukan senang nak naik jambatan ta payah bayar tol. Harap-harap jalan di jambatan tersebut tak sesak nanti.

Dulu, pada tahun 1985, ketika jambatan pertama baru dibuka, orang ramai dibenarkan untuk singgah menikmati suasana jambatan di tengah laut. Harap-harap, perkara sama dapat dilakukan nanti untuk jambatan kedua ini. Bolehlah merakamkan beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan.

Kerisauan terhadap Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Ada sedikit isu yang secara peribadi saya tak berapa sedap dengan Jambatan yang baru dirasmikan tadi. Ia berkenaan kenyataan consultant yang terlibat dalam pembinaan Jambatan tersebut yang saya dengar semalam ketika menonton berita TV3.

Apa yang didakwa dan nampaknya diyakini oleh consultant tersebut yang disampaikan oleh jurutera yang terlbat semalam adalah bahawa betapa selamatnya jambatan itu. Hasil daripada teknologi canggih terkini yang direkabentuk oleh para pakar, jambatan itu amat tahan gegeran walau sehebat manapun keadaannya.

Kata consultant, jika berlaku gempa bumi yang kuat di Pulau Pinang, maka ketika itu, lokasi yang paling selamat untuk diduduki adalah di atas jembatan tersebut!.

Wow!, satu kenyataan berani yang cukup meyakinkan cuba digambarkan oleh mereka betapa hebatnya reka bentuk dan teknologi ciptaan para pakar. Mungkin mereka terlalu teruja terhadap pencapaian teknologi dan pembinaan jambatan itu sehingga menggambarkan kekukuhannya sebegitu.

Kenyataan yang sepatutnya untuk jambatan Sultan Abdul Halim

Sebagai langkah merendah diri saya rasa kenyataan itu perlu ditambah dengan Insyaallah!. Mungkin lebih baik kita bersederhana sahaja dalam membuat gambaran kekukuhan binaan ciptaan manusia walau bagaimana hebat sekalipun kita rasakan pencapaian kita.

Teringat saya berkenaan Kapal Titanic yang karam dilautan dalam dulu. Betapa terujanya para jurutera pereka dan pembina kapal besar itu sehingga mereka gambarkan dengan kenyataan, "Tuhan sendiri tidak mampu karamkan kapal besar itu!!!"

Selepas itu lihatlah apa yang terjadi pada kapal yang amat dibanggakan tersebut. Semua orang tahu dan ia kekal sabagai satu sejarah trajedi yang terkenal sampai difilemkan dengan berbagai versi.

Betul! kenyataan yang kita buat untuk Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah tidaklah sebiadap dan sekufur kenyataan terhadap Kapal Titanic. Namun kita perlu belajar daripada sikap terlalu yakin dengan bersederhana dan berserah pada Tuhan...tambahlah dengan izin Tuhan.

Semoga kita dijauhkan daripada malapetaka yang tidak diingini dan moga selamatlah hendaknya perjalanan mereka yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Insyaallah, amin!.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Assalam... Betul tu.. segala ketentuan & kekuasaan hanya di tangan Allah swt. Kita doalah agar ianya sentiasa selamat & memudahkan segala urusan yg menggunakannya utk kebaikan.. aamiin. T kasih atas perkongsian menarik ini.. :)

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !