Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

16 March 2014

Masuk hutan FRIM Kepong

  Ano Nyme       16 March 2014
Dah banyak kali saya masuk hutan FRIM Kepong, Kuala Lumpur. Tapi setiap kali saya masuk hutan FRIM Kepong, saya lupa bawa kamera. Kali ini saya bawa satu keluarga bersama dengan kamera untuk beriadah di dalam taman hutan di FRIM Kepong tersebut.

Kali pertama dahulu saya masuk hutan FRIM ini adalah ketika berumur 18 tahun. Ketika itu heboh dan kecoh apabila UMNO telah diharamkan oleh mahkamah apabila berlaku pertandingan kepimpinan antara Tengku Razaleigh Hamzah dengan Dr. Mahathir.
Saya ingat sangat peristiwa itu sebab ia merupakan soalan yang ditanya oleh Komando yang menahan kumpulan saya dan kawan-kawan yang merentas hutan FRIM ketika terpaksa menjalani orientasi di kem bina negara sebelum dihantar ke luar negara.

Kami dipecahkan dalam beberapa kumpulan dan perlu meredah hutan mengikut petunjuk yang ada sehingga keluar dari hutan. Dalam usaha mencari jalan keluar itu, kumpulan akan ditahan oleh jurulatih untuk disoal jawab beberapa soalan isu semasa. Mereka nak tahu samada kami peka pada apa yang berlaku pada negara kita.
Kebetulan saya telah ditunjuk oleh komando untuk menjawab soalan rawak. Dan soalan itulah yang telah ditanya oleh komano pada saya, "apakah isu yang paling hangat sedang berlaku di negara kita?", saya ditanya. Dengan spontan saya jawab UMNO HARAM!. Dia senyum, membenarkan jawapan saya. Ternyata saya peka pada isu politik walaupun ketika itu baru berumur 18 tahun.

Oleh kerana berjaya jawab, tiada denda di kenakan dan kumplan kami boleh meneruskan perjalanan dan kami sampai awal berbanding dengan kumpulan yang lain. Itulah kenangan masuk Hutan FRIM buat pertama kali. Dah terlalu lama peristiwa tersebut dan kali ini saya bawa keluarga untuk merasa bagaimana masuk Hutan FRIM.

Ramai yang masuk hutan FRIM untuk beriadah

Pada hari yang saya bawa keluarga masuk baru-baru ini, ada ramai juga orang yang masuk untuk beriadah di situ. Ramai yang datang berkumpulan. Tapi mereka kebayakannya hanya berjogging sekitar jalan luar di sekitar FRIM itu.

Ada juga yang ambil jalan naik bukit meredah jalan berbatu berdindingkan hutan di kiri dan kanan. Suasana damai dan menghijau serta di sulami dengan bunyi unggas memang mendamaikan. Apa yang membuatkan anak-anak tak tahan adalah serangan nyamuk yang banyak ketika berada dalam hutan.

Jika anda nak bawa keluarga ke situ saya cadangkan bawa spray anti-nyamuk bersama. Spray pada bahagian yang anda tak mahu nyamuk gigit dan baru masuk ke dalam hutan untuk jungle tracking. Baru selesa sedikit. Tapi berhati-hati kalau masuk waktu pagi takut-takut kalau ada pacat.

Gambar masuk hutan FRIM

Oleh kerana kali ini saya bawa bersaa kamera, saya paparkan beberapa keping gambar untuk tatapan pembaca yang tak pernah masuk ke dalam hutan FRIM sebelum ini. Manalah tahu dengan melihat gambar ini, terdetik untuk anda membawa keluarga masuk ke sana nanti.

Jika anda bawa masuk kenderaan ada bayaran dikenakan. Bayaran dikenakan pada saya hari itu sebanyak RM4 sahaja. Tak ada lah mahal sangat. Kira oklah harga tu. Bila dah kena bayar, rugi rasanya kalau tak explore betul=betul dalam kawasan tersebut.

Jangan lupa bawa bekal air minuman banyak-banyak kerana memang haus berjogging dalam hutan sebegitu. Kalau masuk waktu biasa, mungkin anda boleh makan dan minum di kantin yang ada dalam kawasan tersebut. Tapi jika masuk waktu lar pejabat, tak ada kedai yang dibuka. Kena bawa bekal sendiri.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Masuk hutan FRIM Kepong

Previous
« Prev Post

8 comments:

  1. ada pacat jugak? aduhai..ni yg menakutkan.

    ReplyDelete
  2. Seronok jalan-jalan macam ni bersama keluarga.

    ReplyDelete
  3. saya tak tahu pula tuan Mohd Shubhi ada blog lain selain Hidup Ringkas....nasib baik terjumpa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekadar penulisan santai ketika bersantai...asyik serius saja tak menarik jadinya!

      Delete
  4. memang best kalau dpt masuk hutan ni.. nyaman dan menyegarkan

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !