Minggu lepas masuk kali kedua saya pergi hantar servis Toyota Hilux. Servis pertama apabila mencapai meter 1000 kilometer saya dah buat sebulan sebelum itu. Tak sampai beberapa hari saja saya mula guna pakai kereta Toyota Hilux yang saya beli tempoh hari.
Memang cepat meter kereta tersebut mencapai angka seribu kilometer sebab saya terus lenjan kereta Toyota Hilux itu dalam jarak jauh sebaik saja dapat di tangan. Saya ulang alik dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis untuk pergi ke Pulau Langkawi.
Terpaksa juga tinggalkan dua tiga hari di Kuala Perlis walaupun agak risau takut kena curi memandangkan Toyota Hilux memang kenderaan panas yang menjadi sasaran pencuri kereta. Tapi tawakkal sajalah.
Asalkan dah berusaha untuk mencegahnya dengan letakkan kereta pada penjaga parkir yang boleh dipercayai. Takkan nak berkepit saja sepanjang masa dengan kereta tersebut. Tak jadi kerja lah pulak.
Bila dah beli kereta, pada peringkat awal biar pakai betul-betul supaya dapat mengesan sebarang kecacatan yang ada pada kereta yang kita beli. Dan kalau ada boleh cepat-cepat komplain sementara masih ada warranty.
Dikunjungi jurujual sebelum servis Toyota Hilux pertama
Sebut pasal keselamatan kereta toyota Hilux daripada kecurian, teringat pula pada hari kedua kereta tersebut dibawa balik kerumah. Belum sempat apa-apa saya dikejutkan oleh seorang jurujual aksesori keselamatan kereta sebelum sempatpun pakai lama kereta tersebut.Pada petang itu, sebaik saja masuk dalam rumah nak tukar pakaian, anak-anak datang ketuk bilik memberi khabaran adanya seorang Cina sedang menunggu depan pintu pagar rumah. Mereka kata dia ajen dari kereta Toyota, sebabnya adalah kerana dia pakai uniform yang mempamerkan logo Toyota pada bajunya.
Pelik juga! apa hal ajen toyota datang sampai kerumah?. Bila saya turun berjumpa dengan Cina itu, dia perkenalkan dirinya sebagai ajen pakar aksesori mencegah kecurian kereta Toyota Hilux. Dia tawarkan alat penggera keselamatan berasaskan GPS untuk dipasang pada kereta tersebut yang boleh dipantau melalui telefon pintar sebaik saja berlakunya kecurian.
Alat pemantauan tersebut boleh mengekori dan mengesan di mana saja kereta yang telah dicuri berada dan maklumat daripada lokasi yang diberikan boleh diberikan pada pihak polis untuk menyelamatkan kereta yang kena curi itu.
Kos pemasangan alat tersebut adalah RM1800 sahaja dan kalau saya setuju dia boleh kasi diskaun dan dia boleh segera pasanag saat itu juga. Demi keselamatan katanya. Saya kata nanti dulu sebab kena minta izin dari Boss, sebab itu kereta syarikat.
Bila dia dengar itu kereta syarikat dia beralih arah pula untuk menjual satu lagi cara mengelakkan kereta kena curi. Katanya saya boleh imprint plate kereta pada semua cermin kereta saya agar pencuri mengelak dari mencurinya. Alasannya adalah bila kereta dicuri, pencuri akan tukar nombor plate kereta.
Jadi jika ada npmbor kereta asal pada setiap cermin kereta, orang boleh kesan bahawa ada sesuatu yang tak kena pada kereta yang dilihat berbeza nombornya antara nombor plate dengan nombor pada cermin. Harganya hanya RM80 sahaja, amat murah katanya. Dia bleh terus buat jika saya bersetuju.
Alasan yang sama saya guna untuk bertanya Boss terlebih dulu sebab itu kereta syarikat. RM80 pun semuanya mesti persetujuan dari Boss, kata saya. Akhirnya dia putus asa dan tinggalkan kad perniagaannya dan minta saya menghubunginya jika ada perubahan.
Tengok tu! begitu pantas mereka cari pelang nak buat duit dengan menwarkan jala penyelesaian pada masalah yang semua orang dah jangkakan. Sudah tentu dia mengekori saya sejak dari luar sebaik saja melihat nombor plate kereta yang baru itu.
Ertinya bukan sahaja pencuri yang peka, malah jurujual halang pencuri juga turut peka. Dah berapa orang pencuri kereta yang buat perkara sama dengan mengekori saya untuk endapatkan maklumat saya tak dapat pastikan!.
Ada kerosakan pada kali kedua servis Toyota Hilux
Kembali pada servis Toyota Hilux kali kedua setelah mencapai 5000 kilometer, alhamdulllah saya berjaya juga mengesan adanya sedikit kecacatan pada kereta yang dihantar pada saya.Punat untuk memusing penghawa dingin pada dashboard kereta tersebut patah dan tenggelam terus masuk ke dalam. Itu agak menghairankan kerana tidak sepatutnya punat yang bakal digunakan dengan amat kerap cepat rosak tak sampai dua bulan kereta dipakai.
Saya buat aduan dan mereka kata senang saja untuk memasangnya. Nanti mereka selesaikan ketika servis kereta toyota Hilux itu dalam garaj. Dan saya lega mendengarnya lalu tinggalkan kereta pada pusat servis untuk ke pejabat.
Tapi malangnya bila semua dah siap, mereka kata punat itu patah terus dan tidak dapat dipasang semula. Mereka terpaksa menggantikannya dengan yang baru. Untuk menggantikannya kena order terlebih dulu barang dan tak dapat dilakukan pada hari itu. Saya kena tunggu sampai barang sampai dan mereka akan menghubungi saya.
Nah! baru depa tau!, kalau senang pasanag balik, dah lama saya pasang sendiri. Saya bukannya lembab sangat dalam bab pasang memasang tu. Nampaknya ada kelemahan pada punat pemusing penghawa dingin itu. Menurut mereka ini kes pertama kejadian serupa berlaku.
Saya harapkan itu maklumat yang betul sebab kalau selalu terjadi begitu, ada masalah besar pada cara punat itu dibuat dan dipasang.
Berita baiknya adalah semuanya masih dalam jaminan dan semua kecacatan akan dibetulkan secara percuma. Masalahnya dah seminggu masih tak ada khabar berita. Saya masih menunggu.
Buat mereka yang ada kereta Toyota Hilux, mohon kongsikan samada ada lagi kecacatan lain yang anda berjaya kesan ketika membeli dan memakai kereta tersebut agar boleh saya pantau dan mendapatkan pembaikan percuma sementara masih dalam tempoh jaminan.
Demikianlah sedikit perkongsian pengalaman kali kedua servis toyota Hilux untuk mereka yang berminat dengan kereta tersebut. Jangan lupa kongsikan pengalaman anda jika ada masalah yang saya.
Sebelum itu ada satu masalah yang dikongsikan oleh pembaca berkenaan brek Toyota Hilux di artikel lalu kat sini. Lihat pada komen dan tolong jawab jika anda ada maklumat. Berikut soalannya:
"pernah tak di kalangan kamu yang pernah pakai toyota hilux tiba tiba mengalami jam brake...maksud dia..brek pedal tiba tiba tak menjadi..kena pam banyak kali..atau kena sejukkan brak dulu...soalan saya adakah toyota hilux memang bergini or how..saya pakai toyota hilix since 2010..mengalami perkara bergini sebanyak 2 kali.so diharap sini boleh mendapat nasihat dari member member toyota hilux"
Saya guna Toyota Hilux sejak 2008 sehingga sekarang, tiada masalah brek.
ReplyDeleteTerima kasih sudi berkongsi info tu...mungkin jarang berlaku agaknya, special case kot!
Deletekereta syarikat saya tak pernah pulak kena macam ini, tapi kalau lori daithatsu pernah kena macam
ReplyDeleteKes terpencil lah nampaknya tu
Deletesaleman alarm kereta sampai datang rumah, macam mana dia boleh tau bro baru beli kereta...
ReplyDeletetentu dia ekori dari belakang tu...
DeleteBelum pernah naik dan guna hilux =)
ReplyDeleteerm...laju betul salesman tu bertindak..terbaiklah..
memang pantas sungguh!
DeleteToyota Hilux pasaran malaysia adalah yang dah pupus 15 tahun sudah. Servis pertama 5000 km bukannya 1000 km pertama sperti diMalaysia.Yang thailand punya kalau diesel kering , isi semula boleh jalan terus. Kabarnya yang dipasaran Malaysia jangan biarkan minyak kering nanti terpaksa punggah pam. Problem dithailand ialah kalau CD player/ radio x befungsi terus diganti baru. Bab punat aircond aku dah pakai 6 tahun x ada masaalah. Mungkin had dimalaysia mereka substitute dengan substandard produk dari china.
ReplyDeleteMungkin ada alasannya kot dia orang buat servis untuk 1000 km. Enjin yang dipasang pada kereta tu mungkin dan lama dan ada minyak yang dah agak lama, jadi elok ditukar selepas guna 1000km. Mungkinkah begitu...?
Delete