Sekali lagi kami makan di restoran Kapitan, Pulau Pinang. Sebelum pergi melawat ke rumah Karpal Singh yang saya tulis sebelum ini, kami semua singgah ke Restoran Kapitan untuk mengisi perut terlebih dahulu.
Sengaja saya tahan tak makan dari petang selepas solat Jumaat terus ke Pulau Pinang tanpa henti kecuali untuk solat asar. Semuanya sebab nak makan di Pulau Pinang. Bila dah tahu nak ke Puau Pinang, makanan lain semuanya dah tak rasa ada selera. Nak buat macam mana, lidah dah tune dengan rempah ratus masakan Pulau Pinang.
Restoran Kapitan lain tak sama dengan di Pulau Pinang
Bukannya tak ada restoran Kapitan di Selangor atau di Lembah Kelang ini. Ada sebuah di Ara Damansara dan sebuah lagi di Bangsar. Tapi walaupun namanya sama, masakannya lain tak sama macam rasa masakan yang Restoran Kapitan Pulau Pinang.Bukan saja restoran Kapitan, malah restoran lain yang ambil nama sempena Restoran nasi kandar yang terkenal di Pulau Pinang, yang membukannya di Selangor atau Lembah Kelang, semua masakannya jadi berbeza. Bila buka saja di tempat lain, terus lari rasanya.
Tak pasti kenapa jadi macam itu. Rasanya mamak tentu dah buat ukuran resepi mereka secukup rasa samada masak di Pulau Pinang atau di negeri lain. Tapi masih tetap tak sama. Mungkin mamak yang tak sama memasaknya, dan peluh yang menitik bukan daripada mamak yang sama. Maka larilah rasa masakannya.
Di mana Restoran Kapitan Pulau Pinang
Restoran Kapitan Pulau Pinang yang saya selalu singgah makan letaknya di No 93, Chulia Street, Pulau Pinang. Kalau nak pergi ke sana boleh rujuk pada peta google. Mudah saja kalau ada smart phone. Sekarang hampir semua orang dah ada smart phone, jadi takpayah nak beri petua terperinci. Cukup hanya dengan mengetahu ejaan betul dan buat carian di google.View Larger Map
Makanan Kegemaran di Restoran Kapitan Pulau Pinang
Banyak masakan yang ada di sediakan di Restoran Kapitan sedap-sedap belaka. Nasi briani, roti nan, Tandoori, masakan barat dan masakan mamak, semuanya ada. Tapi makanan pilihan saya setiap kali ke restoran Kapitan adalah masakan Ayam yang dinamakan sebagai Chicken Melani.Ayam dibuat macam chicken Chop tetapi diletakkan kuah khas berwarna kuning macam susu. Tak tau apa resepinya tapi rasanya memang enak. Dia berikan ayam bersama dengan 3 keping roti nan. Makanlah puas-puas sampai kenyang. Kalau nak makan dengan nasi pun boleh tapi saya tak pernah mencubanya. Rasanya makan dengan roti nan lebih enak.
Selepas makan chicken melani, minum pula susu badam, perghhh! ceritapun tak guna. Memang menggemukkan badan kalau dimakan selalu sangat. Susu badan itu merupakan susu yang dicampur dengan ramuan seperti badam, kismin dan di masukkan sedikit gula.
Warna susu badam itu kekuningan. Mereka akan masak dalam kuali penuh dengan susu dan sering dikacau. Kalau pergi lambat, susu itu habis kering. Jadi kalau nak rasa ssu badam kena pergi jangan lewat sangat.
Itulah masakan dan minuman kegemaran yang ada di Restoran Kapitan Pulau Pinang. Kalau anda berkesempatan pergi ke Pulau Pinang jangan lupa singgah di restoran tersebut. Orang sentiasa ramai di waktu malam. Semua bangsa ada di dalam restoran itu, dari mat saleh, cina, melayu, mamak dan bangla semnyanya ada. Selamat mencuba!
Fuhh! Memang menitik air liur.. Kene create satu event kat Penang ni..
ReplyDeletehehe!
Deletesalam. saya nak puji entri kali ni sebab tuan dah sertakan map sekali. mudah, tak payah baca direction lagi. lepas ni boleh terus mark kat telefon.
ReplyDeleteHehe! terima kasih atas pujian. Kebetulan baru belajar, secara kebetulan dapat masukkan map le pulak...!
DeleteKodinat lokasi adalah N5.416441, E100.338726, set saja pada GPS apa tunggu lagi GO! Bagaimana dengan harga makanan, kalau tidak cukup bawa wang tunai bolehkah pakai kad debit atau kredit? Takut nanti kena jadi tukang basuh pinggan, bukan ke naye. Tersebut fasal peluh tu, malas nak cerita lah pulak.
ReplyDeleteHarga biasa saja, tak mahal sangat. Tak semak pula kegunaan kad kredit...
DeleteWalaupun lambat bagi input
ReplyDeletePunca kenapa masakan kari di Selangor/KL jadi tak sama dengan Penang adalah kerana airnya... Saya orang Penang sejati... masak resepi sama dengan saya selalu masak di Penang... tapi rasa lain... selidik punya selidik... yang membezakan = air...
istimewanya air yg diproses oleh PBA adalah... saya berani minum terus dari paip... tapi kalau SYABAS... mengucap panjang
sekian dari orang penang yang bukan mamak. hehehe
Terima kasih Tuan Buyong, maklumat berguna tu. Kena angkut air dari penang mai kat kl kalau nak masak masakan mamak di KL
Delete