Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

03 April 2014

Tahu Kenapa bunyi laga gigi waktu tidur?

  Ano Nyme       03 April 2014

Anak saya sering keluarkan bunyi gigi berlaga. Macam sedang asah gigi setiap kali dia tidur. Kadang kala bunyinya agak kuat. Dah selalu sangat berlaku, maka lama kelamaan jadi perkara biasa.

Sering terfikir juga kenapa agaknya dia lagakan gigi bila tidur. Mesti ada jawapannya. Anak-anak yang lain tak pulak keluarkan bunyi asah gigi bila tidur. Cuma kadang kala sahaja dan bukan selalu buat bunyi macam itu.

Memang ada ramai juga kawan-kawan yang saya pernah dengar mereka keluarkan bunyi asah gigi setiap kali waktu tidur. Ini dah lama berlaku sejak kecil dahulu dan tak pernah ada jawapan kenapa semua itu berlaku.

Jawapan kenapa keluar bunyi asah gigi

Hari ini, kebetulan ada seseorang update pada wall FB maklumat kenapa bunyi laga gigi waktu tidur, berdasarkan pengetahuannya.

Memang menarik juga teori yang dikemukakan.

Untuk anda yang macam saya, masih tercari-cari jawapan kenapa kita keluarkan bunyi laga gigi atau bila sedang tidur, boleh baca maklumat di bawah untuk disimpan dan diselidik kebenarannya.

Asah Gigi / Laga gigi waktu tidur

Q: Bunyi gigi atau berlaga gigi yang kuat, satu rumah boleh dengar adakah berkaitan dengan ganggun jin ?

A: Bukan semua bunyi asah atau laga gigi itu gangguan. Kadang-kadang berkaitan dengan peribadi seseorang.
  1. Jenis degil
  2. Kadang-kadang pembawakan waktu tidur - waktu siang ada perkara yang buat seseorang tu tak puas hati, geram, tak dapat apa yang dihajati maka terbawa perasaan itu waktu tidur.
  3. Dan kadang-kadang memang berkaitan dengan gangguan.

Untuk pastikan samada ada gangguan jin atau tidak

Kalau nak tahu kita boleh cuba baca ayat-ayat berikut di bawah:
  • Surah Al-Fatihah 1 kali
  • Selawat 33 kali
  • Ayat Kursi 33 kali
Untuk kanak-kanak, ibu atau ayah bacakan pada sebotol air, kemudian tiup pada air tu dan beri anak minum segelas sebelum tidur.

 Kalau ada gangguan, waktu baca, tidak dapat menghabiskan bacaan atau waktu minum tiba-tiba tubuh jadi panas membahang, muntah dan rasa degupan jantung kencang.

wallahualam

Cuba buat bunyi asah gigi waktu jaga

Satu perkara pelik yang saya perhatikan adalah kesukaran untuk melakukan atau mengeluarkan bunyi yang sama jika cuba dilakukan ketika kita sedang sedar.

Tetapi bila waktu tidur boleh pula berlaku dan bunyinya memang agak kuat yang mana hampir tak boleh dilakukan jika kita sedang sedar atau dalam keadaan jaga.

Ini tiada lagi jawapannya kenapa.

Bunyi Laga gigi lebih bagus daripada berdengkur

Walau bagaimanapun, bunyi asah gigi atau bunyi laga gigi ini masih boleh dimaafkan kerana ianya bukanlah satu bunyi gangguan yang mampu membuatkan saya tak dapat tidur.

Ia berbeza dengan bunyi dengkuran yang bergegar satu rumah dan membuatkan telinga bingit setiap kali mendengarnya. Bunyi dengkuran di waktu tidur memang mampu membuatkan saya berjaga sampai subuh tak dapat lena.

Entah kenapa saya memang alah dengan bunyi dengkuran orang yang sedag tidur lena di sebelah. Walaupun dicuba tutup telinga dengan kapas atau bantal, bunyinya masih mampu menyelinap masuk ke telinga dan membuatkan tak dapat lelapkan mata.

Suami kuat berdengkur, isteri meninggal

Masa kat kampung dulu, ada jiran dan kawan yang setiap malam saya akan dengar bunyi dengkurannya yang begitu kuat sedangkan rumahnya terpisah agak jauh dari rumah saya. Setiap kali dengar bunyi dia berdengkur, saya terbayangkan nasib isterinya.

Bagaimana agaknya isterinya yang tidur di sebelahnya menahan semua bunyi dengkuran sekuat itu!, nasib baik tidur saya tidak terganggu kerana gegaran dengkur itu agak jauh dan tidak mampu memberikan vibrasi pada kepala saya seperti bunyi dengkuran jika orang berdengkur disebelah.

Baru-baru ini saya terjumpa dengan adik kawan saya itu dan bertanyakan khabar. Adiknya mengkhabarkan abangnya dah kahwin lagi satu!. Wah saya terkejut, lalu bertanya bagaimana dengan isterinya yang ada?

Rupa-rupanya isterinya itu dah meninggal dunia. Innalillahi....... Saya diam dan menamatkan perbualan dengan kirm salah pada abangnya. Sambil berlalu saya terfikir, tak mungkin isterinya meninggal kerana tersiksa dengan bunyi dengkurannya...!

Siapa yang ada bunyi laga gigi waktu tidur

Kembali pada bab bunyi laga gigi atau bunyi asah gigi waktu tidur, adakah di kalangan pembaca yang mengalami pengalaman yang sama berkenaan bunyi laga gigi ini?

Apakah anda sendiri yang keluarkan bunyi laga gigi ketika tidur atau orang lain. Jika ada sebarang maklumat, bolehlah kongsikan kat sini. Boleh sama-sama kita belajar dari pengalaman anda. Terima kasih.


logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Tahu Kenapa bunyi laga gigi waktu tidur?

Previous
« Prev Post

12 comments:

  1. saya sendiri pon mengalami keadaan tido begitu..sejak dr kecil smpai ke umo hmpir 20 tahun..masih tidak dapat elakkan..cuma bermasa sahaja asah gigi ni berlaku..kadang2 sampai diri sendiri tersedar waktu itu tengh asah gigi..tapi ianya jadikan saya tido lbih lena..hehe

    ReplyDelete
  2. Saya laga gigi sampai boleh buat org terjaga time tidur. Kawan saya ckp kalau laga gigi nie ada saka tp kita sendiri tak tahu. Mcm mana nak berubat kalau mcm tuh? Takan nak pergi jumpa ustaz2 nak ckp saya laga gigi nak berubat? Mcm tuh ke? Please someone help me

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca doa sebelum tidur kalau x hafal doa tidur baca je doa ape²yg kau hafal sebab aku pun laga²gigi pastu kakak aku selalu mengadu jadi aku rasa takut so aku buat keputusan baca doa AL Fatihah.keesokannya kakak aku kata nasib baik kau x laga gigi kalau x siap kau so try lah

      Delete
  3. Dalam sebilan dua ini saya kerap laga kan gigi wktu tidor..xtahu kenapa

    ReplyDelete
  4. Bru smlm perasan anak tdo laga gigi..sblm ni mcm xpnh ade..smlm kuat betul bunyi..kerap plak tu..bila kejut..xbangun plak..tp bila dga dia ketap2 gigi tu..sy cuba buka mulut dia..xbg dia ketap gigi dia tu ..

    ReplyDelete
  5. Itu tidak balas badan jika terlalu penat. Sy pn kdg2 laga gigi waktu tidur dan semasa tidur saya boleh perasan sedang laga gigi.

    ReplyDelete
  6. erm , kadang-kadang saya ada tabiat geser kn gigi , itu memang tabiat sya dari dulu lagi , apakah maksudnya ya ?

    ReplyDelete
  7. tabiat mengeserkan gigi ini dari dulu lagi , kadang ada kadang tiada saya tidak tahu kenapa dan apa maksud nya , please coment apa penjelasan nya ya?

    ReplyDelete
  8. saya selalu berlaku asah gigi semasa tidur...boleh bagitahu cara nak elakkan tak?sampai kawan sya pun ckp yang saya ni menakutkan

    ReplyDelete
  9. Sama lah sy sejak 4 ke 5 taun ni..bile tdo isteri slalu terjage sbb sy geser gigi,penah jgk degar kate ganguan dan penah jmpe org brubat check ok alhamdillh xde ganguan..penah tnye doctor die ckp masalah otot garham dan ape tah lupe dah..so die soh g farmasi beli sarung gigi utk org masalah asah gigi ni..

    ReplyDelete
  10. tipu lah..mana ada jin jin...saya tido pun asah gigi dr kecik sampai skrg dah 47 taun

    ReplyDelete
  11. samalah, saya dari kecil sampai skrg 17 tahun . ibu dengan adik² asik tanyaa kenapa sbb seram

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !