Memang wanita Sabah cantik bah!, itu antara laporan yang sering saya khabarkan pada kawan-kawan yang bertanya tentang perjalanan saya ke Sabah minggu lalu. Sebelum ini memang ada ke Sabah, tapi tak berurusan di persekitaran bandar, mungkin tak perasan sangat dengan kewujudan para wanita Sabah cantik di sana.
Oleh kerana perjalanan kali ini hanya berlegar di sekitar Kota Kinabalu sahaja, maka sudah tentu terserempak dengan berbagai kumpulan, berbagai kaum dan bangsa serta agama di sekitar kota. Memang sudah menjadi lumrah manusia akan berpusu-pusu menuju ke kota atau pusat bandaraya.
Kita biasa berhijrah menuju ke kota dengan hasrat mencari rezki. Kita biasa mendengar bahawa kota besar menjanjikan punca pendapatan yang mengiurkan. Perkara sama berlaku sejak manusia mengenal apa itu kemajuan dan apa itu kota raya.
Ibnu Khaldun menceritakan perkara yang sama di dalam tulisannya di Mukaddimah. Baghdad ketika itu mengalami fenomena yang sama. Manusia berpusu-pusu ke sana seperti kelkatu terbang menuju kepada cahaya. Akibatnya, banyak kelkatu yang terbakar jatuh mati bergelimpangan.
Kebiasaannya, rakyat yang merasakan diri mereka susah tinggal di perkampungan lalu berhijrah ke kota mendapati diri mereka jatuh susah di sana. Bahkan jauh lebih susah berbanding kehidupan mereka di kampung.
Jarang kita lihat orang kampung tidur di kaki lima atau di bawah jambatan. Tetapi fenomena itu adalah perkara biasa jika kita merayau dipersekitaran kota waktu awal pagi atau dilewat malam. Manusia hanyut tertipu dengan janji-janji manis di kota raya.
Dah terlajak le pulak dok cerita pasal masyarakat kota. Kita patah balik kepada cerita wanita sabah yang ramai di Kota Kinabalu yang cantik-cantik belaka.
Kuatkan iman jika ke Sabah
Ketika rakan yang menemani saya ke Sabah meninjau barangan kering dan kuih cincin untuk di bawa balik, dia berseloroh dengan makcik di salah satu gerai di situ. Kata kawan saya pada makcik itu, "iman saya dikacau bila datang ke sini!".Kebetulan azan zohor dilaungkan sebaik saja dia menghabiskan ayatnya. Ada sebuah surau di sebelah bazar kraftangan yang sentiasa meriah setiap kali masuknya waktu solat di situ. Azan akan bergema dengan merdu setiap kali masuknya waktu solat.
Makcik yang mendengar keluhan kawan saya itu tersenyum simpul. Lalu dia terus menjawab, "ha!, itu dia bunyi azan, pergilah bersolat segera, tingkatkan iman...!". Memang betul kata makcik itu. Di mana saja kita berada, solat jangan dilupakan. Bersolatlah, kyusuklah dengan bersolat, insyaallah kita akan terpelihara.
Kisah pemandu teksi Cina di Sabah
Saya menumpang sebuah teksi ketika mahu ke Kota Kinabalu International Airport. Pemandunya seorang lelaki berumur 64 tahun berbangsa Cina. Ketika berbual dengannya, dia tidak kekok menjawab bahawa dia bangsa Cina ketika saya tanya apa bangsanya.Walaupun berbangsa Cina, pertuturannya seperti orang Sabahan lain juga. Ada saja tambahan 'bah!' di belakang setiap ayat yang dipertuturkannya. Cuma telo Cina masih tetap ada.
Dia dilahirkan di Sabah setelah ayahnya melarikan diri dari Hong Kong ketika Jepun menghalau orang putih di sana. Keadaan kucar kacir ketika perang jepun dulu membuatkan ayahnya mengikuti orang putih ke Sabah. Ayahnya datang ke Sabah bersama ibunya tetapi terpaksa meninggalkan dua orang anak perempuan mereka di Hong Kong.
Kini kedua-dua kakak pemandu teksi itu yang menjadi rakyat Hong Kong kaya raya. Pemandu teksi itu pernah ke sana ketika umurnya dalam lingkungan 40 han. Kedua kakaknya menawarkan dia untuk menetap di Hong Kong dan mereka bersedia membeli teksi untuk adik mereka.
Namun dia menolaknya kerana katanya dia lebih selesa di Sabah. Walau dia tak kaya, kehidupannya aman damai dan tidak kalut seperti menusia yang menghuni Hong Kong. Dia selesa di Sabah, walaupun hanya menjadi seorang pemandu teksi. Begitulah kata apek itu, jujur. Dia sering tersenyum sambil berbual, menggambarkan rasa aman di hatinya.
Wanita Sabah paling cantik dari Kadazan
Saya sengaja bertanya pada pemandu teksi itu apa pandangannya terhadap waniata cantik di Sabah. "Kalau kita nak kahwin dengan wanita cantik Sabah, agaknya kaum apa yang paling sesuai untuk dipilih?", tanya saya pada apek teksi."Kadazan bah!", jawab apek itu dengan pantas.
"Orang Kadazan cantik-cantik, lagipun orang Kadazan akan wariskan harta mereka pada wanita", sambung apek itu lagi.
Patutlah ramai juga orang yang saya kenal berhijrah dan bekerja di Sabah telah berkahwin dengan orang Kadazan di Sabah. Mereka cantik, putih, bersopan santun dan ada harta.
Menurut Apek itu lagi, kaum Kadazan asalnya datang dari Shanghai. Mereka telah berhijrah ke Sabah sejak 300 atau 400 tahun dahulu. Sebab itu mereka kelhatan seperti orang Cina.
Saya tak tahu cerita itu betul atau tidak betul. Tapi itulah yang apek teksi cerita kan pada saya sepanjang menumpang teksinya dari Pusat Bandar menuju ke KKIA. Dia mengenakan tambang yang murah saja pada saya iaitu RM25 untuk perjalanan tersebut. Terima kasih Apek!.
Sembulan, Kampung terakhir di tengah Kota
Tidak jauh dari bangunan saya buat kerja di Kota Kinabalu ada sebuah kampung yang dipanggil sebagai Kampung Sembulan. Saya meronda pada waktu tengahari pada hari khamis. Oleh kerana saya berpuasa sunat, semua orang pergi makan dan saya habiskan masa untuk melilau sekitar kawasan di situ.Puas melilau saya menyelusuri sebuah sungai yang memisahkan antara kota sibuk dengan bangunan tinggi dengan sebuah perkampungan yang nampak seperti kampung setinggan. Kelihatan orang lelaki kampung itu melepak di jeti kecil yang menambat bot-bot mereka di situ.
Anak-anak kecil mereka bermain naik dan turun sungai dengan menggunakan bot kecil. Mereka mendayung dengan penuh seni dan berulang alik ke sana sini. Seorang rakan mereka kelihatan menunggu dengan satu tong air minyak di tebing sebelah kota sementara rakannya datang menyeberangi sungai itu dengan bot kecilnya.
Saya duduk di bawah pokok redup dan leka melihat temasya di sekitar kawasan tersebut. Saya perhatikan rumah-rumah di situ. Kelihatan wanita datang dan pergi turun dari teksi yang masuk di tepi kampung. Ada beberapa anak dara kampung yang bebas keluar masuk rumah mereka seperti tidak kisah bahawa bersebelahan kampung mereka adalah sebuah kota besar.
Sekali lagi saya perasan bahawa wanita-wanita di situ cantik-cantik belaka. Putih melepak dan mempunyai iras cina. Ada yang bertudung dan ada juga yang tidak. Apakah tolenrasi saya terhadap kecantikan sudah longgar atau memang benar-benar wanita Sabah semuanya cantik belaka...saya tak pasti.
Ini beberapa keping gambar wanita Sabah cantik yang sempat saya rakamkan. Sudah tentu bukan semuanya cantik buat semua orang. Cantik itu subjektif sebenarnya. Untuk mereka yang nak ke Sabah, saya kasi warning sekarang, wanita Sabah cantik bah!
Loo.. baru tahu ehhh :D
ReplyDeleteyang tuan ambil gambar tu bukan wanita asal Sabah maaf ye! tak payahlah bandingkan kecantikan mana-mana wanita, biarkan wanita itu pasti ada daya tarik masing2.
DeleteTahu!, asal ditemui ramai di Sabah, kira gadis Sabah ler, susah juga nak elakkan pandangan dari membezakan antara cantik dengan yang lebih cantik...ambe manusia biasa
DeleteSalam en mat..sy nak gi sabah berjalan2 pe persediaan untuk dptkan tempat yg menarik atau ade org sabah yg boleh bawa sy jln2
DeleteBoleh jalan sendiri saja. Mudah sangat. Buat perancangan perjalanan terlebih dahulu. Tentukan nak ke mana. Ada terlalu banyak tempat yang menarik. Bergantung pada apa yg kita suka nak tengok. Di KK tempat wajib adalah di Pasar Filipina. Makan minum dan banyak barang nak beli kat situ. Kalau nak jalan jauh boleh ke Ranau. Situ saja ada terlalu banyak tempat untuk dilawati termasuk Kundasang, Taman Kinabalu, Dairy Farm dan lainlian
DeleteKalau minat lautan pula pergi saja ke Jesselton Point dapatkan maklumat untuk island hoping atau boleh pilih ke mana-mana pulau yang dirasakan menarik untuk aktiviti laut
Book kenderaan kat airport saja. Boleh google maklumat dan tempah terus lebih awal dari sini
Deletedah sampai sembulan, ada tak ambik gambar kat tugu double six? tempat bersejarah tu, sampai sekarang masih lagi bermisteri. mungkin akan datang kita akan kaitkan teori konspirasi double six ni dengan mh370.
ReplyDeletesaya ke sana atas urusan kerja.
Tak bawa kamera masa merayau di situ....rugi gak..nak kena pi lain
Deletememang pun cantik-cantik wanita di sabah....tapi isteri saya org semenanjung....
ReplyDeleteCantik juga tu...!
DeleteKalau nak tau perempuan cantik sabah, SINO, kadazan + cina, mmg cantik, :), kalau pure kadazan tak cantik, kebanyakkan suku2 di Sabah yg cantik2 tu tak kira apa suku bangsa dia, bajau, kadazan, dusun dll keturunan keturunan campur2. :)
ReplyDeleteMaklumat menarik...terima kasih
DeletePergi Sabah tu buat kerja atau tengok gadis? Isteri tak sound ke atau dah dapat lampu hijau?
ReplyDeleteBuat kerja boss!
Deletekena pasti betul-betul.....org sabah tulin atau org philipina...kalau kat pasar tempat jual mutiara tu 99 % keturunan philipina..
ReplyDeleteTahu....asalkan ditemui ramai di Sabah, pukul rata jadi gadis Sabah saja, tak semestinya keturunan asal Sabah tulin
Deleteawat time saya pegi x nmpk cantik2 pon...salah hari agaknya depa x kuag rmh. anyway, cantik dimata blom tentu dihati..
ReplyDeleteLain orang lain definisi cantiknya...subjektif!
DeleteGadis Sabah memang cantik tapi gambar-gambar yang diambil di atas tu bukan gambar gadis Sabah
ReplyDeleteTahu! asalkan duduk di Sabah kira Sabah ler tu!
Deletemohd shubi jangan jadi bodoh... kalau kat semenanjung tengok minah indon, thailand tu kira orang semenanjunglah...
DeleteTerima kasih atas komen Aku Bah. Mohon maaf jika ayat saya kat atas tu membuatkan tuan marah.... mungkin betul ungkapan tuan bahawa saya bodoh... maafkan saya.
DeleteHai Bihi ....nak tambah sorang lagi ke?
ReplyDeleteCukup apa yang dah ada...Insyaallah!
DeleteBerdasarkan komen2 di atas, kawe rasa u should add "gambar hanyalah hiasan" next time posting something mcm ni :D
ReplyDeleteMungkin itu yang terbaik...tapi yang ramai cantiknya adalah wanita-wanita asal dari filipina....dan mereka ada ramai di sabah!...mungkin orang Sabah tak mau Iktiraf mereka warga Sabah...?
Deleted mana2 pun..manusia ni sm shj..d sabah or semenanjung..ada yg cntik ada yg tak cntik..tp cntik tu subjektif..tidak sm d mata semua org..if u jd org sabah..u bole kenal org tu bangsa apa dr tingok wajah nya shj..dan dr dialek percakapan nya pn bole tahu..rupa paras x penting yg penting hati ..budi bahasa..dan pemikiran yg suci murni..
ReplyDeletesetuju dengan kata-kata hikmat Qaseeh Hatiku Qaseeh (panjangnya nama...?). Rupa paras tak penting, tapi bukan senang nak amalkan dan nak pujuk nafsu untuk mendengar kata-kata hikmat itu...terima kasih komen
Deletegadis sabah cantik2 - thanks admin.. kl mw tengok gadis sabah yg cantik2, jgn cuma cri d bandar, cz drg bnyk d daerah2 pendalaman cth : Tambunan, kundasang , ranau, telupid, kota belud, kudat n dll... klw mw tengok d bandar juga, dtg time bulan may (Harvest Festival d KDCA) i swear u can see them.. gadis2 yg ada d pasar2 KK tu, kbnykanny pendatang asing... and sometimes they dont hv ID... klw drg x buat jahat sklipun, yg salah tetap salah...hnya org yg duduk sabah tahu apa yg trjadi akibat kbanjran drg ni...^^ btw asal yg namanya makhluk ciptaan tuhan, layak dilayan sebaik2 makhluk.. selagi tidak menimbulkan masalah... from me gadis pure sabah - sumandak kadazan dusun Tambunan
ReplyDeleteTerima kasih Nurul Syuhadah atas maklumat saudari. Teringin nak bertemu dengan gadis asli sabah sumandak kadazan dusun Tambunan...!
DeleteKalau nak tengok wanita sabah yg cantik menawan,datanglah tengok isteri saya kat K.Marudu
ReplyDeleteWanita Sabah kat Kota Marudu memang cantik belaka...!
DeleteWanita Sabah memang cantik..Gadis Sarawak apa kurangnya terutama yang berasal dari kawasan pendalaman..cantik,putih,cerah dan baik budi bahasa..
ReplyDeleteEntri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo
Setuju sangat...
DeleteKalau bujang datang sabah pasti terpikat dengan awek2 sabah. Bagus Bah!
ReplyDeletehahaah.. yalar tu
ReplyDelete.. bgus btul laitu... urg sabah jugaklah
Apasal tengok pada rupa sahaja. Luar lawa dalam dah bobos boleh masuk kepala lori apa cara? Hahahaha. X ke menyesal seumur hidup...
ReplyDeletedari mata turun ke hati... maknanya kena tengok rupa dulu, ada tindak balas kimia baru langkah selanjutnya
Deletebg sa gadis sabh xda smua yg cntk.smua sma je.da yg cntk da yg xda..pndpt sa lh,sbb sa pun urg sbah brbngsa dusun
ReplyDeletegadis sabah memang cantik, peramah kalau di ajak bersembang,yang cantik2 tu memang tak sombong di ajak berkawan, saya pernah alimi
ReplyDeleteadakala nya gadis sabah bukan beragama islam pun peramah, baik, dan cantik lagi,
ReplyDelete