Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

18 May 2014

Maklumat terkini mee goreng Cik Wan Puchong

  Ano Nyme       18 May 2014
Maklumat terkini mee goreng Cik Wan Puchong

Nota: Kedai Mee Cik Wan ni dah tutup tak berniaga. Harap Maklum !!!

Untuk mereka yang suka makan mee goreng atau mee rebus, saya ada buat posting berkenaan Mee Goreng dan mee rebus sedap di Puchong Perdana sebelum ini di sini. Artikel tersebut dibuat ketika gerai mee goreng Cik Wan baru dibuka dan selepas kali pertama saya pergi mencubanya di situ.

Itu bukan kali pertama saya makan mee goreng yang disediakan oleh Cik Wan. Dah lama dan selalu sangat saya pekena mee goreng itu sebelum ini. Sejak dia berniaga di sebelah jalan tak jauh dari bulatan Puchong Perdana lagi.

Kemudiannya tiba-tiba mee goreng itu lesap hilang entah ke mana. Banyak kali saya lalu nak singgah, tidak kelihatan lori pick-up yang menjadi tempat biasa mereka menjalankan perniagaan. Selepas Cik Wan pasang banner memberitahu mereka pindah di belakang restoran Syed Bistro, barulah saya dapat makan semula mee goreng power Cik Wan.

Bantu buat promosi Mee Goreng Cik Wan

Biasalah selepas indah tempat, ramai orang yang tak akan pergi lagi makan. Tambahan pula Cik Wan terpaksa berpindah untuk berniaga mee goreng di kawasan tersorok di tengah-tengah pekan Puchong Perdana. Tak ada orang lalu lintas dengan kenderaan di situ dan seara adatnya, memang sukar untuk tarik pelanggan yang baru.

Tempat yang Cik Wan buat lokasi berniaga mee goreng itu memang agak asing. Walaupun tinggal di kawasan Puchong, masih ramai lagi yang tak pernah menjenguk masuk ke kawasan belakang Restoran Mamak Syed Bistra itu.

Oleh kerana saya suka makan mee goreng dan juga mee rebus Cik Wan, saya rasa rugi kalau tidak bantu Cik Wan hidupkan perniagaannya di situ. Kalau Cik Wan tewas, alamat sukar pulak nanti saya nak makan mee goreng sejenis yang sama macam gorengan Cik Wan.

Sebab itu saya terpanggil untuk bantu buat promosi Mee Goreng Cik Wa kat sini. Moga-moga usaha kecil dari saya dapat meningkatkan jumlah pelanggan yang jadi regular customer Cik Wan. Setakat ini alhamdulillah, dengan izin Allah ada juga yang berpeluang merasa mee goreng Cik Wan setelah membaca blog ini.

Sedikit maklumat tambahan berkenaan Mee Goreng Cik Wan

Terlebih dulu saya panjangkan permohonan maaf Cik Wan yang merasa bersalah terhadap mereka yang pergi nak makan mee goreng selepas saya buat posting artikel yang lalu.

Nota: Untuk lebih mudah saya lampirkan peta google untuk mereka yang tak biasa dengan kawasan Puchong Perdana ini. Saya paparkan peta ke Restoran Syed Bistro sebab kedai Mee Goreng Cik Wan ada terletak di belakang Restoran tersebut.


View Restaurant Syed Bistro (Puchong) in a larger map

Ada yang datang dari Putrajaya dan kecewa kerana hanya ada tiang kemah saja tapi Cik Wan tak berniaga. Buka disengajakan Cik Wan tak mau buka, tapi ketika itu jika semua masih ingat, kita dilanda musibah kurang air di sekitar kawasan Puchong dan di kebanyakan tempat di Selangor.

Restoran atau gerai perlukan air untuk menjalankan perniagaan mereka, kalau air bersih tak ada alamat sukar nak masak apa-apa saja. Kebersihan juga perlu diambil kira. Nak basuh pinggan dan lain-lain lagi perlukan air bersih. Sebab itu Cik Wan buat keputusan untuk tutup buat sementara.

Untuk maklumat peminat mee goreng atau mee rebus citarasa Utara, memang sedap lazat secukup rasa, Cik Wan mula berniaga pada pukul 5.50 petang sehingga ke pukul 12.30 malam.

Dia berniaga setiap hari kecuali pada hari Isnin kerana ada pasar malam dan Cik Wan tak mahu lepaskan peluang meronda di sekitar pasar malam pada hari isnin setiap minggu di sana.

Jika ada yang nak menempa mee goreng, jangan main tempa sebungkus saja ok!, nak tempa banyak-banyak sekurang-kurang 2 bungkus, boleh hubungi terlebih dulu nombor Cik Wan di 017-3465977.

Kalau nak pastikan samada Cik Wan ada berniaga atau tidak pada hari yang anda nak pergi makan beramai-ramai, boleh gunakan nombor itu juga. Cuma bersabar kalau dia tak angkat. Mungkin ketika itu dia tengah pulas sudit untuk sediakan mee goreng yang orang tengah tunggu nak makan. Selamat makan mee goreng sedap Puchong!
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Maklumat terkini mee goreng Cik Wan Puchong

Previous
« Prev Post

8 comments:

  1. Saya sudah cuba mee goreng & mee rebus Cik Wan selepas baca posting tuan dahulu... Memang terbaik...

    ReplyDelete
  2. Bos saya sudah maklumkan tentang kehebatan mee goreng Cik Wan ni..tetapi belum ada kesempatan untuk mencuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ertinya boss dah ergi ler tu...ucap terima kasih kat boss !

      Delete
  3. Tima kasih kepada abg subhi yg byak menolong saya,menaikkan CIK WAN MEE GORENG MAMAK ,dan mempromosi warung CIK WAN MEE GORENG MAMAK,tima kasih lg sekali dari saya,terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya ada pelanggan2 yg datang ke warung saya tak dapat nak makan, kerana makanan habis,dan juga layanan yg diberikan oleh krew2 cikwan kurang memuaskan, sya memohon maaf kerana sya kekurangan pekerja yg mahir,insyaALLAH Sya dan krew2 cikwan akan memberikan layanan yg terbaik untuk pelangan2 semua,

    ReplyDelete
  4. mee goreng cik wan memang soooodaaaap ..... saya dari seremban pun sanggup drive sebab nak menjamu selera mee goreng cik wan ...

    ReplyDelete
  5. memang sedap ..... saya dari seremban sanggup datang sebab nak menjamu selera mee goreng cik wan ... siap tapau ke seremban sebab takut lapar semula ...

    ReplyDelete
  6. Sejak awal tahun 2018 dah tak nampak gerai cik wan buka di belakang Syed Bistro. Tukar tempat lagi ke?

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !