Hari ahad minggu lepas saya berpeluang pergi dan menginap selama 3 hari di Ipoh. Selepas bandar Georgetown, Bandar Ipoh merupakan satu lagi Bandar yang saya suka suasana dan kemeriahannya.
Mungkin di sebabkan banyak bangunan lama di Pekan Ipoh membuatkan Bandar itu menyimpan banyak kecantikan dan sejarah dalaman yang menimbulkan rasa nostalgia zaman dulu-dulu.
Walau bagamanapun, disebabkan kesibukan urusan kerja, saya tak berpeluang merayau-rayau di sekitar bandar lama Ipoh dan merakamkan gambar-gambar yang menarik di sana. Nanti jika ada kesempatan, insyaallah boleh cuba merayau dan rakamkan gambar di dalam pekan lama Ipoh.
Sepanjang 3 hari di Ipoh saya tinggal di Hotel Kinta Riverfront yang terletak di Jalan Lim Bo Seng, Ipoh Perak.
Apa ada di sekitar Hotel Kinta Riverfront Ipoh
Nama hotel itupun riverfront, memang kedudukannya betul-betul di depan sebatang sungai. Melalui peta google, saya dapat tahu dia berada di depan Sungai Kinta.Di waktu malam ada banyak kedai makan di sebelah kanan sekali hotel itu. Ada banyak gerai yang menjual berbagai makanan dan ada sebuah restoran besar yang menjual makanan barat dan tempatan.
Di sepanjang sungai kinta itu pula ada deretan kedai yang kebanyakannya tutup sepanjang 2 malam saya berada di sana. Ada satu kedai makan yang menjual masakan jepun yang sempat saya cuba pada malam kedua. Dia menawarkan masakan Tempanyaki. Saya cuba tempanyaki daging untuk dibawa balik ke hotel sebagai makanan berbuka puasa pada hari isnin.
Tempanyaki itu dipunyai oleh pemuda Melayu yang ada rupa mamak. Dia pakai kopiah dan merupakan seorang pemuda yang baik hati. Ketika menunggu makanan saya siap, hujan turun dengan begitu lebat dan bila siap, dia menawarkan bantuan untuk menghantar saya ke hotel dengan keretanya.
Oleh itu saya syorkan anda yang nak ke sana nanti sokonglah restoran tempanyaki pemuda itu yang menawarkan makanan Jepun yang dijamin halal. Itulah kesedaran yang membuatkan pemuda itu buka restoran ala-ala jepun tersebut.
Merasa masakan ayam ros wangge di Ipoh
Pada hari ahad tengahari, saya dibawa merasa makanan yang amat terkenal di Ipoh. Saya biasa dengar perkataan restoran wangge itu sebeum ini tapi tak pernah merasa keenakan makanannya. Hari itu saya dapat mencuba dan memang ternyata sedap sungguh.Saya ambil ayam seketul, nasi dan kuah campur. Ada sambal nyior diberikan sekali dalam makanan. Biasanya orang akan ambil lauk ayam bersama telur masin tapi saya tak makan telur masin ketika makan pada hari ahad tersebut.
Orang ramai beratur panjang walaupun waktu dah hampir pukul 3 petang. Nasib baik kawan yang bawa ke situ dah biasa dengan mamak itu dan kami hanya duduk dan buat tempahan. Tak payah tunggu lama nasi kami sampai di atas meja.
Satu lagi keistimewaan di restoran ayam merah wangge itu adalah minuman teh ais. Saya dapat tahu minuman teh itu akan diperam terlebih dahulu sebelum dijual pada pelanggan. Kelihatan banyak jar teh tarik diperam dalam peti ais. Oleh kerana saya tak berapa minum ais, maka tak merasa bagaimana kesedapan teh ais itu.
Cuma satu saja masalah di restoran tersebut. Makanan disediakan oleh mamak manakala semua minuman adalah kepunyaan taukeh berbangsa Cina. Bagi orang Melayu yang tak biasa minum di kedai Cina mungkin tak berapa selesa. Dengar kata orang Melayu Ipoh dah biasa sangat makan di restoran Cina.
Masjid Cina di Ipoh
Satu lagi benda baru yang ada di sekitar Ipoh adalah Masjid Cina. Saya hanya tahu bila di bawa bersolat di sana. Rupa-rupanya ada sebuah masjid Cina di Perak. Bukan saja hanya di Kelantan rupanya ada masjid Cina.Reka bentuknya semua ada unsur-unsur binaan Cina. Masjid itu berwarna pink dan merah terang. Binaannya agak cantik. Ketika saya pergi solat di situ, tak ada jemaah berbangsa Cina, yang ada hanya Melayu dan mamak yang rasanya merupakan orang luar yang datang melihat-lihat bengunan Masjid Cina di situ dan bersolat.
Ada sedikit gambar yang saya rakamkan sepanjang berada selama 3 hari di Ipoh tempoh hari. Tapi tak berapa menarik sebab masa yang terhad. Lain kali kita boleh merayau di Pekan Ipoh untuk rakamkan gambar menarik bangunan lama serta aktiviti menarik di sana.
Masih disebut Pekan Ipoh meskipun ia sudah lebih dua dekad diiktiraf sebagai bandar raya.
ReplyDeleteDah terbiasa dengan perkataan pekan....maaf jika mengganggu emosi anon.
DeleteCeeh! Benda mcm tur pun jdi isu...pekan ke bndaraya ke org Ipoh mati tanam di bumi gek kah kah
Deletehehe
Delete1. saya cukup tak gemar makan nasi guna sudu/garfu plastik...
ReplyDelete2. masjid yang cantik, tapi sayangnya unsur binaan cina tu cuma tinggal sejarah. kalau boleh dibuat `modal' untuk mendekatkan masyarakat cina dengan agama islam kan lagi cantik.
minggu sudah saya ke masjid beijing (rantau panjang), juga tak nampak jemaah berbangsa cina di situ...
dah letak plastik sebelah dan makan dengan tangan. Tak ramai muslim berbangsa Cina di negara kita...!
DeleteTak habis habis mamak
ReplyDeletemmmmm!
DeleteSalam admin dan semua,
ReplyDeleteSaya suka singgah masjid panglima bukit gantang, sebuah masjid lama tepi sungai sebelah pekan baru. Insaf dgn sejarah Ipoh dulu dan sekarang (tinggalan masjid yg kariahnya dah berkurangan)
HAdhaif.
Insyaallah nak singgah juga bila ada kesempatan nanti. Terima kasih kongsikan maklumat di sini
Delete