Muzium tentera di Port Dickson ni dah selalu sangat tengok, tapi tak pernah terasa nak singgah sebab tak timbul rasa minat untuk tahu apa yang ada di dalam tu. Baru-baru ini, dah terlanjur berada di Port Dickson sementara menunggu habis hari siang, saya bersama keluarga singgah sebentar ke muzium Tentera tersebut.
Oleh kerana kami sampai waktu tengahari, cuaca panas membakar membuatkan aktiviti lawatan terasa tidak selesa. Banyak bahan sejarah dan juga bahan pameran di letakkan di luar kawasan di bawah panas terik matahari. Hanya orang yang biasa hidup di kawasan padang pasir saja yang sesuai untuk melawat muzium tersebut di waktu siang cuaca terik.
Mungkin sebab itu tak ramai orang yang berminat untuk membuat lawatan ke Muzium Tentera sedangkan bahan pamerannya banyak yang menarik dan original, bukannya replika atau bahan ciplak murahan. Kalau nak pergi waktu malam pula, muzium dah tutup, kalau nak pergi juga dan nak pastikan cuaca tak panas, kenalah pergi di musim hujan di kala cuaca redup dan hujan sedang turun.
Apa ada di Muzium Tentera di Port Dickson
Ada banyak bahan sejarah besar-besar dipamerkan di dalam muzium tersebut. Antaranya adalah kereta api, kapal terbang, kereta perisai besi lama yang diperbuat dari serba besi, kenderaan tentera lama-lama semuanya masih ada di simpan dan menarik untuk mereka yang memang berminat dengan barang-barang antik.
Ruang pameran di dalam bangunan pula ada mempamerkan bahan-bahan sejarah menurut perkembangan era pendudukan di tanah melayu daripada zaman melaka ke zaman penjajahan sehinggalah ke zaman British menjadi Tuan kepada orang di tanah Melayu.
Ruang pemran di dalam bangunan sejk sikit daripada luar kerana ada alat pendingin hawa. Suasana dalam ruang pameran itu gelap gulita untuk memberikan gambaran yang lebih menarik akan suasana ketika zaman silam.
Satu lagi perkara menarik di dalam Muzium Tentera tersebut adalah terdapatnya lorong laluan bawah tanah yang dibuat sebijik macam lorong yang sering digunakan oleh tentera komunis zaman dahulu. Lorong ini mesti dilalui kalau anda ke sana nanti. Ia satu bahan pemeran yang unik yang semua patut merasai pengalaman melaluinya.
Cara ke Muzium Tentera Di Port Dickson
Untuk pergi ke Muzium Tentera itu mudah saja. Jika anda dah biasa ke Port Dickson tentu lebih mudah sebab Port Dickson tu bukannya besar sangat. Ada papan tunjuk arah di merata tempat samada anda datang dari Lukut ataupun datang dari Lebuhraya.
Kawasan letak kereta ada banyak. Kalau dah tak muat di dalam, boleh letakkan di luar. Tapi pastikan anda pergi waktu petang sebelum pukul 5 petang kerana cuacanya redup sikit di waktu itu. Muzium itu beroperasi antara pukul 10 pagi ke pukul 5 petang dan ditutup pada hari Isnin dan juga Selasa.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !