Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

14 May 2014

Pasar kraftangan Kota Kinabalu

  Ano Nyme       14 May 2014
Pasar kraftangan Kota Kinabalu

Kalau pergi melancong atau bercuti ke Kota Kinabalu tanpa singgah di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu, sudah tentu rasa macam tak pergi langsung ke sana. Pasar Kraftangan ni macam satu kemestian yang semua orang akan singgah sekurang-kurangnya pada hari akhir berada di Kota Kinabalu.

Pasar kraftangan Kota Kinabalu

Kalau pergi masuk ke dalam Pasar Kraftangan Kota Kinabalu pastikan anda telah tetapkan bajet perbelanjaan terlebih dahulu untuk selamatkan diri dari terbelanja lebih. Para jurujual di dalam pasar kraftangan itu memang pandai menjual.

Pasar kraftangan Kota Kinabalu

Banyak barangan yang boleh dijadikan buah tangan untuk sanak saudara atau kenalan atau orang yang kita ingat dijual di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu. Hargnay boleh tahan juga. Tapi pilihan yang ada serta kualiti barangan yang dipamerkan di dalam pasar tersebut adalah baik dan rasanya berbaloi dengan harga yang ditawarkan

Beli beg kulit di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu

Ketika berada di Kota Kinabalu tempoh hari, saya masuk ke Pasar Kraftangan Kota Kinabalu untuk mencari buah tangan untuk di bawa pulang buat anak-anak dan isteri. Saya masuk pada waktu pagi di hari terakhir sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Antara Bangsa Kota Kinabalu untuk balik ke KLIA.

Pasar kraftangan Kota Kinabalu

Duit yang disiapkan agak terhad dan saya dah buat bajet untuk belanja setakat mana. Jadi untuk memudahkan urusan dan menghalang diri daripada terlajak membeli, saya tak berpusing-pusing ke sana ke mari ketika berda di dalam pasar kraftangan tersebut.

Bila terlihat sahaja barang yang berkenan di hati, terus pegang dan bertanyakan harga lalu membuat aktiviti tawar menawar sampai dapat harga yang diminta. Apa yang saya beli untuk anak-anak adalah beg kulit yang berbagai saiz dan amat cantik atau lebih tepat comel. Selepas itu, terus beli kicir dua beg untuk kes-kes kecemasan kalau-kalau nak kasi pada orang lain.

Barang kering bersebelahan pasar kraftangan Kota Kinabalu

Selesai membeli barang di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu, terus keluar dan mula mendapatkan bekalan ikan bilis dan juga udang kering berkualiti di pasar barang kering yang hanya bersebelahan saja daripada Pasar kraftangan itu.
Pasar kraftangan Kota Kinabalu

Harga ikan kering dan udang kering kat situ memang murah dan boleh tawar menawar lagi sampai harganya jadi sangat murah. Murah berbanding harga yang ada di Pasaraya Giant atau Pasar Malam di Selangor.

Kalau nak dikutkan rasa hati, mahu rasanya nak beli banyak-banyak sebagai stok simpanan selama setahun, tapi apakan daya bajet terhad dan tak larat nak bawa banyak barang sangat untuk balik.
Pasar kraftangan Kota Kinabalu

Satu lagi makanan yang orang sering pesan untuk membelinya jika berada di Kota Kinabalu adalah Kuih Cincin. Nasib baik tak ada orang pesan ketika pergi ke sana tempoh hari, jadi tak perlu beli. Kawan yang pergi bersama terpaksa borong satu karton besar hanya kerana terpaksa memenuhi pesanan orang kampung yang mengidam nak kakan kuih cincin.
Pasar kraftangan Kota Kinabalu

Di sini saya paparkan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan sepanjang berada di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu dan juga ketika membeli barang kering di sebelah pasar kraftangan tersebut.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Pasar kraftangan Kota Kinabalu

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !