Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

30 June 2014

Apa pesan ustaz malam pertama ramadan

  Ano Nyme       30 June 2014
Apa pesan ustaz malam pertama ramadan

Macam biasa, solat insya selesai, semua akan sambung buat solat tarawih pula. Surau buat 8 rakaat saja dan tak ada sesiapapun yang membantah. Ramai yang seronok sebenarnya sebab boleh selesai dan balik rumah awal... untuk sambung kat rumah pula.

Tradisi lama diteruskan dengan adanya tazkirah ditengah solat tarawih. Oleh kerana surau buat 8 rakaat, maka selepas selesai 4 rakaat, sedikit tazkirah diberikan oleh ustaz jemputan. Biasanya pendek saja sebagai peringatan untuk semua.

Apa pesan ustaz

Malam ini ustaz buat pesanan ringkas dan mudah saja. Semua pesanan ustaz boleh dilakukan dengan mudah kalau ada kemahuan.

  1. Jangan tinggal solat secara berjemaah. Samada di masjid atau surau awam. Samada surau pejabat atau bersolat dengan anak bini, pastikan dilakukan secara berjemaah. Cubalah! khas buat lelaki.
  2. Tolong diam. Kalau anda tak tahu nak kata apa-apa, elok diam saja. Kalau tak pasti kebenaran apa yang diperkatakan, elok diam saja. Kalau tak ada manafaat, elok diam saja. Termasuklah diam dari update kat FB, jangan asyik Like walaupun tak pasti kesahihan sesuatu perkara itu. Cubalah!, untuk semua lelaki dan wanita.
  3. Baca Al-Quran. Bacalah hari-hari samada dirumah, masjid, surau, ketika jem, henti lampu isyarat atau sebagainya. Jangan lupa download Al-Quran dalam telefon pintar. Ustaz kata tak perlu risau pasal wuduk bila baca Quran dari smartphone. Cubalah!, rujuk juga pada ustaz lain tentang wuduk untuk baca Quran dari smartphone.
  4. Bersedekah. Banyakkan bersedekah. Harta tak akan habis kalau bersedekah. Cuba masukkan RM50 dalam tabung masjid, dan tengok samada habis atau tidak harta anda. Cubalah!.
Ha! itu saja pesan ustaz semalam. Semua dah tahu kan...? ada buat ka?, jom kita cuba buat semua pesan Ustaz tu... Insyaallah!

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Apa pesan ustaz malam pertama ramadan

Previous
« Prev Post

4 comments:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !