Tanah pusaka berserta dengan sebuah rumah papan kepunyaan Tok masih gagah berdiri walaupun rumah telah kosong tanpa penghuni. Kedua-dua orang Tok telah pergi menghadap Ilahi sejak saya kecil lagi.
Oleh kerana rumah saya tak berapa jauh dari rumah pusaka tersebut, maka apabila datangnya musim durian dan waktu cuti sekolah, saya bersama dengan abang akan bermalam di beranda rumah Tok untuk menunggu buah durian luruh.
Kadang kala, kami akan ditemani oleh Pak Su yang turut datang menunggu buah durian luruh bersama-sama. Lega jugak jika Pak Su datang, jadi adalah teman orang dewasa untuk turut sama bermalam di rumah kosong tersebut.
Kalau Pak Su tak datangpun, ketakutan sebenarnya tak berapa terasa sebab ramai lagi kawan-kawan lain yang turut sama berjaga untuk menunggu buah durian luruh. Kami akan merayau berkumpulan turut sama mencari buah kepunyaan kawan-kawan yang lain. Seronok bila ingat kembali zaman itu.
Pergi Balik Pulau cari buah durian
Baru-baru ini, ada urusan di Pulau Pinang dengan beberapa orang kawan. Selesai urusan di waktu siang, malamnya saya bawa kawan-kawan dari Perak dan KL untuk makan di Restoran Kapitan yang terkenal tu. Macam biasa saya akan perkenalkan masakan Ayam Melani untuk mereka yang masih tak pernah rasa.Selesai makan, saya bertanyakan kawan-kawan Balik Pulau, yang turut sama menjamu selera di Restoran Kapitan itu, samada ada harapan untuk pekena buah durian malam itu. Alhamdulillah, buah durian memang ada tapi kenalah pergi cari sendiri buah yang luruh di atas bukit di Pulau Betong.
Kempunan buah durian Balik Pulau punya pasal, kami tak kisah walaupun kena panjat bukit waktu tengah malam. Jadi bertolaklah kami ke Balik Pulau dari Pusat Bandar sebaik saja selesai makan. Sementara nak sampai ke Balik Pulau, sempatlah makanan yang dah masuk ke perut dihadamkan. Perut kembali ada kekosongan untuk diisi dengan buah durian, kalau ada rezki.
Sampai di kaki bukit dah jam 12 tengah malam. Berbekalkan lampu suluh kami pergi naik atas bukit dan mula caru buah durian yang telah luruh. Murah rezki kami malam itu sebab dapat kutip lebih dari 40 biji buah durian yang berbagai saiz. Bila dah banyak, kami bawa ke kedai minum dan menjamu selera buah durian sampai kenyang.
Memang tak habispun, masih banyak baki untuk dibawa pulang. Kelebihan buah durian pokok kampung adalah isinya yang tak berapa tebal dan tidak meloyakan walaupun dimakan banyak ulas. Tapi petua orang tua tetap diamalkan.
Selesai makan, tuang sedikit air suam dalam pangsa buah durian yang telah dikopek, minum dari pangsa kulit durian tersebut. Kata orang, itu dapat kawal panas badan setelah makan buah durian dalam kuantiti yang banyak. Samada ada bukti saintifik atau tidak dengan amalan tersebut, saya kurang pasti, tapi mungkin dengan kesan Placebo, panas badan tak terasa setiap kali ianya diamalkan.
Nota:
Sekarang saya berada di Sabah, tak nampak pula adanya buah durian dijual di sekitar Sabah sekarang. Mungkin bukan lagi musim buah durian di sini. Lepas ini nampaknya akan ada pula catitan dari Sabah untuk dikongsikan bersama pembaca.Trip ke Sabah kali ini lebih sibuk kerana saya terpaksa pergi ke merata tempat dalam masa 4 hari. Habis kawasan Penampang, Inanam, Tuaran, Lokkawi, Keningau, Tambunan, Kota Marudu, Kota Belud, Kudat, Ranau, Kinarut, Putatan, Beaufort, Karamunsing, dan lain-lain lagi.
Banyak juga perkara baru saya belajar tentang Sabah dalam trip kali ini. Insyaallah akalu ada masa akan cuba dikongsikan. Saya cuba rakamkan gambar bila ada kesempatan. Cuma nampaknya setakat ini tak berapa sempat kerana jadual penuh daripada pagi sampai ke malam.
Bagaimana agaknya aktiviti cari buah durian di Sabah ini ya...tertanya-tanya juga dalam hati!
Durian sabah mesti sedap bahhh hehe...Salam sedara,dulu blog sedara warta subhi kan?x silap sy blog sedara dulu agak ketara berminat pasal politik(dan menyebelahi pembangkang)..sekarang blog sedara mcm x berapa selera cerita pasal politik..skrg nampak mcm cenderung "berkasih sayang" sesama semua dan cenderung "clean" dlm menulis..oleh kerana itu seronok juga saya mengikuti topik2nya..apa yg telah terjadi?bg pembaca yg agak menyampah dgn politik iannya adalah tindakan yg sangat bagus..sbb saya tengok blog2 yg pro mana2 parti politik ni,mereka kutuk dan pertahankan perkara yg 1 sama lain akhirnya buat juga,tulis mcm gempak2 sgt tapi sbnrnya sama je perangai parti masing2..nama pun politik bergantung atas undi manusia..selagi bergantung pada undi manusia,perangai mana2 parti pun tetap sama juga..ye la sebab nak dapatkan undi kena la ikut gak selera pengundi,kena la tunjuk hero depan pengundi dan sbgnya...bagi saya agak merugi pada mereka yg pandai menulis tapi digunakan bersungguh2 utk merpertahan dan memperlekeh 1 sama lain,sebab semua parti sama je perangai..(dlm pemerhatian saya begitu la)
ReplyDeleteBolehkah sedara kongsikan dlm entry yg lain kenapa sedara dh "nampak" x seperti dulu lagi?..kalau x sudi utk berkongsi pun x mengapa..salam sedara..(mana tau ianya boleh jadi perkongsian yg bermanfaat kapada pembaca2 lain)...
Aha! memang dulu warta shubhi, saya mula blogging menulis isu politik. Berhenti setelah tamat PRU13. Saya dah kongsikan sebelum ini sebaik saja selesai PRU13, dan bukannya tak minta politik lagi, tapi dah masukkan isu politik dalam isu masyarakat yang lebih umum...mungkin bila PRU14 hampir, akam aktif semula dalam isu politik kepartian...terima kasih atas perhatian tuan...!
Deletesangat menarik sekali ulasannya dan sangat bermanfaat...
ReplyDeletesalam kenal dari ikhram.com situs booking dan cari paket biro umroh lengkap nomer 1 di indonesia.....
Memang seronok bila terkenagkan misi menunggu dan mencari durian waktu malam. Dengan nyamuk dah macam-macam lagi kerenahnya.
ReplyDelete