Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

03 July 2014

4 cara elak perut kembung selepas berbuka

  Ano Nyme       03 July 2014
4 cara elak perut kembung selepas berbuka

Memang perut akan terasa seperti nak pecah bila berbuka puasa di buan ramadan. Bagi orang yang hanya amalkan puasa ketika bulan ramadan saja akan terlebih lagi rasanya, berbanding mereka yang dah biasa jadikan amalan puasa sunat Isnin dan Khamis sebagai rutin mingguan.

Untuk elakkan perit kembung selepas berbuka puasa ada caranya. Samada kita mahu atau tidak mahu saja untuk amalkan. Kadang kala jalan penyelesaiannya mudah sangat, tapi tak ada kekuatan untuk mengamalkannya sahaja.

Berikut diperturunkan 4 cara elak perut kembung selepas berbuka puasa di Bulan Ramadan yang dikongsikan oleh Dr. Zubaidi Haji Ahmad di ruang FB beliau. Bagus sangat untuk kita amalkan dan bagus juga jika boleh diterapkan pada anak-anak kita yang sedang meningkat besar.

4 cara elak perut kembung

Kembung perut disebabkan pengumpulan gas di dalam perut dan usus besar. Ia berlaku kepada hampir semua individu bergantung bagaimana dia makan dan apa yang dia makan. Cara mengelakkan kembung perut selepas berbuka adalah dengan cara:

  1. Jangan makan secara berlebihan sehingga terlalu kenyang. Makan dalam jumlah yang kecil dan boleh diulang semula selepas solat maghrib dan terawih.
  2. Kurangkan makanan yang yang banyak lemak (santan) atau pedas. Makanan yang berlemak menyebabkan perut terpaksa bekerja lebih untuk menghadamkannya. Pedas pula akan meningkatkan asid dalam perut.
  3. Jangan makan dengan cepat atau terlalu gelojoh. Minum air dahulu dapat menyediakan perut untuk bekerja semula setelah berehat ketika berpuasa. Makan secara perlahan-lahan. Walaupun kita makan sedikit, rasa kenyang akan dapat dirasakan selepas 20 minit mula makan.
  4. Banyakkan makan buah-buah seperti kurma, pisang dan tembikai untuk memudahkan penghadaman. 
Dr Zubaidi Hj Ahmad

Apakah perut anda kembung selepas berbuka

Bagi saya setakat ini masih dapat kawal keadaan setiap kali berbuka puasa. Ini kerana dah jadi amalan untuk minum air suam dan makan buah kurma terlebih dahulu ketika berbuka. Kalau ada buah-buahan lain, saya akan makan banyak buah terlebih dahulu dan seterusnya pergi solat magrib.

Selesai solat magrib, barulah sambung makan. Kali ini biasanya makan berat sedikit berbanding tadi. Biasanya makan nasi berlauk. Tapi jumlah nasi yang diambil tak banyak sangat. Sekadar cukup untuk merasa kelazatan masakannya.

Selepas itu, baru minum air kopi O atau minuman panas lain kalau ada. Masa itu barulah perut terasa macam nak kembung sebab tiap kali minum air, sentiasa rasa tak puas. Nak minum dan minum lagi sebanyak mungkin.

Bagaimana dengan para pembaca pula. Bagaimana anda kawal perut kembung ketika berbuka puasa di bulan ramadan ini. Boleh kongsikan di ruang komen di bawah.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 4 cara elak perut kembung selepas berbuka

Previous
« Prev Post

6 comments:

  1. 5. berhenti bila tengah sedap. (ini bab makan saja la!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya! stop sebelum kenyang. Ada bab tak boleh berhenti bila tengah sedap, lagi laju suap...

      Delete
  2. haha orang jawa kebanyakanya terus bedesup masuk apa sahaja yang ada , lepas terawih tinggal moreh je

    ReplyDelete
  3. Jangan ikut nafsu. Ikut akal. Kalau dah tau perut dah kenyang jangan le sumbat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akal selalunya serahkan pada nafsu utk buat keputusan...itu ler masalahnya!

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !