Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

26 July 2014

Cadangan jadual perjalanan balik kampung raya PLUS

  Ano Nyme       26 July 2014
Cadangan jadual perjalanan balik kampung raya PLUS

Update 9 Jun 2018

Puas cari jadual cadangan perjalanan balik kampung cuti raya tahun 2018 yang PLUS keluarkan, tapi malangnya memang tak ada rasanya. Mungkin cuti sekolah seminggu lebih awal sebelum raya membuatkan PLUS rasa trafik tak akan teruk sangat macam sebelum ini.

Akhirnya jadual perjalanan balik kampung untuk hari raya puasa tahun 2018 dah PLUS keluarkan. Saya tampalkan kat bawah ini untuk makluman semua yang nak balik kampung bermula dari sekarang.

Jangan lupa !

Ada diskaun 50% kalau anda balik pada 13 & 14 Jun 2018



Maklumat yang saya dapat hanyalah pengumuman bahawa semua lorong tambah nilai 'Touch n Go' di tol akan ditutup bermula dari 12 Jun 2018 hingga 24 Jun 2018.

Jadi kalau nak tambah nilai kat lorong tu, sila buat awal-awal sekarang.

Tapi tak perlu risau sangat sebab anda juga boleh topup di stesen minyak, pejabat PLUS dan kat mesin ATM.

Untuk semua yang nak balik raya puasa tahun 2018 ni, selamat memandu dengan berhemah dan berwaspada. Rehat secukupnya. Kalau mengantuk berhenti tukar drebar atau tidur sat. Jangan paksa diri !


***********************************************************************

Update 2017

Macam biasa setiap kali datangnya musim raya, pihak PLUS akan keluarkan jadual perjalanan balik kampung. Jadual yang dikeluarkan hanyalah cadangan sahaja.

Anda tak wajib nak ikut teruk-teruk sampai boleh. Kalau dah tak boleh ikut, takpa la. Tak payah nak frust sangat. Tapi kalau yang tak ada apa-apa halangan dan keperluan, eloklah sangat ikut saranan yang PLUS keluarkan ini.

Jadual perjalanan balik raya 2017

Berikut saya lampirkan jadual ringkas yang kalau boleh semua orang yang nak balik raya nanti ikut waktu yang telah dicadangkan dalam gambarajah ringkas di bawah ini.

Jadualnya mudah saja.

  • Pastikan anda buat perjalanan dalam tarikh bermula dari 21hb Jun 2017 sehingga 3hb Julai 2017.
  • Bagi anda yang ada kat Lembah Klang dan nak balik Pulau Pinang macam saya kena keluar sebelum pukul 10 pagi.
  • Begitu juga kalau anda nak balik ke semua kawasan Utara seperti Perlis, Kedah dan Perak Utara macam Taiping.
  • Kalau nak balik ke Johor dari Lembah Klang pun kena keluar sebelum pukul 10 juga.
Jadual yang sama juga boleh anda ikut bila nak masuk ke bandar semula selepas habis raya. Maksudnya kalau anda datang dari sebelah Utara iaitu Perlis, Kedah, Penang dan Perak Utara, keluar balik ke Lembah Klang sebelum pukul 10 pagi. Macam tu juga kalau nak balik ke Johor.


Rebut tawaran diskaun dari PLUS

Ada satu lagi perkara penting kalau anda nak balik raya nanti. Selain dari cadangan untuk ikut jadual perjalanan balik kampung yang PLUS berikan kat atas tu, ada satu lagi tawaran penting dan menarik.

Anda boleh jimatkan kos perjalanan sehingga 30%, kalau ikut apa yang ditawarkan oleh PLUS dari segi tarikh perjalanan yang mahu diambil untuk balik kampung. Anda juga perlu pakai kad PLUSMiles untuk dapat diskaun 30% tersebut.

Kalau anda pakai kad Touch n Go, hanya diskaun 10% sahaja akan diberikan.

Kalau nak dapatkan diskaun tersebut, anda hanya perlu lakukan perjalanan pada tarikh yang berikut:

  • 19, 20 dan 21 Jun 2017. (Isnin,Selasa dan Rabu) Awal satu minggu sebelum masuknya hari raya. Kalau dapat balik awal macam ni memang bagus sangat sebab lebih murah dan trafik tak berapa banyak sangat.
  • 28, 29 Jun 2017, dan 3 Julai 2017. (Rabu, Khamis dan Isnin). Ini waktu perjalanan selepas habis raya kat kampung.
Pada tarikh-tarikh tersebut, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa. Rebat tol 30 peratus dan 10 peratus tersebut akan dimasukkan ke dalam kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go (dalam bentukTambah Nilai) apabila orang ramai menambah nilai kad mereka di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Julai hingga 14 Oktober yang akan datang.

Rebat ini tidak meliputi transaksi tol di plaza tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, TanjungKupang dan Jambatan Pulau Pinang.

Rujuk lampiran kat bawah untuk tawaran diskaun.


Berhati-hati balik raya nanti

Sempena hari baik dan bulan bak ini, saya nak ucapkan SELAMAT MEYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua pembaca blog ini samada yang saya kenal mahupun tak kenal.

Semoga perjalanan balik raya kali ini selamat dan sejahtera kesemuanya.

************************************************************************
Update: 18 Feb 2015
Cadangan perjalanan yang dikeluarkan oleh PLUS sempena cuti Tahun Baru Cina ini:

Ini adalah edisi Lembah Klang ke Bandar-Bandar Utama di seluruh negara.


Ini pula adalah edisi Zon Utara dan Zon Selatan yang dikeluarkan oleh PLUS untuk panduan semua:

Sekian tamat kemas kini untuk edisi tahun baru Cina Feb 2015.

Promosi panduan selenggara kereta terbaik

Sebelum atau selepas melihat jadual perjalanan balik kampung raya dari PLUS ini elok benar semak bila kali akhir anda buat perselenggaraan kereta.

Menjaga kereta agar sentiasa dalam keadaan yang terbaik dan selesa untuk pemanduan mampu membuatkan hidup anda lebih lancar aman damai. Jangan andang remeh perkara ini. Semua mesin termasuklah kereta jika dijaga dengan baik boleh memanjngkan jangkahayatnya.

Oleh itu jika anda mahu ilmu terbaik bagaimana nak menjaga kenderaan atau kereta anda, sila dapatkannya di pautan yang saya berikan ini >>>Tips Kereta.

Amat berbaloi untuk mengetahui ilmu berkenaan kereta agar anda boleh jaga kereta itu sendiri termasuklah menjaga diri anda dan juga keselamatan mereka yang sering bersama anda dalam kereta.

Cadangan jadual perjalanan balik raya PLUS
Hari ini saya rancang nak balik kampung beraya di Pulau Pinang. Ramai lagi yang nak balik beraya di kampung masing-masing di seluruh negara. Biasanya orang yang ada kampung macam saya akan berpusu-pusu keluar dari pusat bandar menuju ke kampung masing-masing.

Balik kampung raya dah jadi budaya kita sejak wujudnya pembangunan tidak sekata di negara kita. Kenapa saya kata pembangunan tidak sekata adalah kerana kepesatan pembangunan yang tak sama laju di negeri-negeri yang berbeza.

Selangor jadi negeri teraju dalam kepesatan pembangunan di negara kita. Tak menghairankan kerana Lembah Kelang merupakan pusat pemerintahan Malaysia, Kuala Lumpur dan Putrajaya jadi teraju dan pusat berkumpulnya segala pembuat keputusan. Tak kira samada kerajaan maupun swasta.

Mungkin kalau semua negeri membangun dengan seiring, dengan kelebihan masing-masing, aliran keluar rakyat dari pusat cari makan tidak akan berlaku dengan ketara. Bila masing-masing negeri membangun dengan rancak, peluang pekerjaan dan peluang berniaga juga akan tumbuh dan warga tempatan tak perlu berhijrah keluar daripada negeri mereka. Kalau adapun bukanlah secara besar-besaran.

Tapi rasanya itu adalah sesuatu yang terlalu sukar untuk dicapai. Jadi terpaksalah kita terima keadaan ini dalam tempoh masa yang amat lama lagi.

Ikut jadual perjalanan balik kampung raya

Usaha PLUS buat jadual cadangan untuk diikuti oleh kita semua adalah satu usaha yang amat baik. Kalau boleh biarlah majoriti daripada kita ikutinya. Benda baik perlu diikuti. Tak ada alasan tak boleh kalau kita berusaha untuk mengikutinya.

Jadual perjalanan balik kampung saya kalau menurut cadangan PLUS adalah antara pukul 8 pagi hingga pukul 10 pagi. Insyaallah akan cuba dituruti dalam julat yang diberikan itu. Moga-moga tak ada kesesakan yang boleh mengganggu jiwa. Harap perjalanan semua selamat sejahtera.

Jadual perjalanan balik dari kampung

Insyaallah saya bercadang nak balik semula ke Pusat Bandar pada hari rabu atau khamis nanti selepas raya. Nak cuba balik bandar pada tarikh tersebut sebab nak ambil kesempatan rebate diskaun yang ditawarkan oleh PLUS. Jumlah rebate agak lumayan juga, dalam 30% diskaun. Rugi kalau tak ambil.

Jadual perjalanan balik disediakan untuk tarikh 1 hingga 3 August 2014. Itu adalah hari puncak di mana orang ramai akan balik semula berpusu-pusu ke pusat-pusat bandar. Jadi kalau balik awal dari itu, rasanya Insyaallah tak akan ada masalah kekejangan kaki tekan brek dan tekan minyak.

Selamat balik kampung dan selamat hari raya

Sempena dengan bakal menjelangnya hari kemenangan Aidul Fitri ini, saya ucapkan selamat hari raya pada semua pembaca blog ini. Salah dan silap saya mohon maaf. Jika ada kekasaran dan kebodohan kata bicara, harap jangan ambil hati, kita manusia biasa dan tak lepas dari kesilapan.

SELAMAT HARI RAYA untuk semua...moga selamat perjalanan balik kampung raya pergi dan balik dan jangan lupa teruska momentum berpusa dengan habiskan puasa enam. Jika manusia tahu kelebihan bulan ramadan, tentu semua akan harapkan sepanjang tahun adalah ramadan. Mari kita hidupkan roh ramadan pada bula lain dengan jadikan amalan puasa isnin khamis sebagai budaya kita.

Blog ini akan berhenti dikemas kini untuk tempoh jangka masa yang tertentu yang tak dapat dipastikan lagi. Kalau ada umur panjang Insyaallah akan di mulakan semula selepas tamat raya.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Cadangan jadual perjalanan balik kampung raya PLUS

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !