Terdapat juga segelintir yang memberitahu bahawa mereka telah memandu selama 20, 30 atau 40 tahun dan tidak perlu lagi mempelajari teknik pemanduan. Bagi saya, soal pembelajaran ini bukanlah satu paksaan.
Sebaliknya apa yang TIC Advanced & Performance Driving Academy selalu nyatakan sebagai “mantra”atau temanya ialah “Safety First, Last & Always”.
Saya menitik beratkan soal keselamatan dan bukan soal memandu secara perlahan atau laju kerana ada yang memandu dengan perlahan tetapi corak pemanduan mereka amat merbahaya.
Ada yang memandu dengan laju tetapi mereka arif tentang teknik pemanduan yang selamat dengan teknik-teknik tertentu (yang insyaALLAH bakal saya terangkan pada artikel-artikel akan dating.).
Pada kali ini saya ingin mengupas secara santai, tidak teknikal kerana ingin memberi maklumat kepada pembaca agar mudah difahami.
Jika jika ada pembaca yang mempunyai anak-anak atau saudara yang baru mendapat lesen memandu, saya sarankan agar meyuruh mereka membaca artikel ini. Maklumat ini penting kerana keadaan dijalan raya sekarang merbahaya. Kita mahu sampai ke destinasi dengan selamat.
Cara duduk - Teknik pandu kereta defensif
Topik kali ini ialah berkenaan kedudukan pemandu. Kedudukan tempat duduk itu sendiri memainkan peranan yang penting.Kita tidak seharusnya memandu terlalu jauh dari steering kerana ini akan memberi kesukaran ketika hendak memulas steering ke kiri atau ke kana.
Bayangkan jika anda duduk terlalu jauh dari steering. Jika anda hendak memulas steering, anda terpaksa mengerakkan badan anda ke depan, dan ini merupakan satu teknik yang tidak betul kerana secara teorinya, badan pemandu harus pada setiap masa “melekat”.
Kedudukan bahu dan belakang pemandu mesti sentiasa rapat ke tempat duduk atau kusyen.
Gambar Penulis ketika penggambaran rancangan Revolusi Auto keluaran RTM. Gambar menunjukkan tangan penulis yang tidak lurus atau terlalu bengkok |
Gambar diatas menunjukkan cara yang betul untuk anda duduk, iaitu dengan sedikit tangan yang dibengkokkan.
Bagi memudahkan anda memahami sedikit sebanyak artkel ini dan anda boleh cuba aplikasikan secara teori, saya akan memberikan “checklist” seperti berikut di bawah:
- Pastkan punggung dan seluruh belakang anda rapat ke tempat duduk
- Sila laraskan tempat duduk pada kedudukan yang sesuai bagi membolehlah bahagian belakang rapat dengan tempat duduk dan pergelangan tangan anda boleh diletakkan diatas steering seperti di gambarajah 1 di bawah.
- Salah satu cara untuk mengetahui bahawa anda duduk pada kedudukan yang sesuai ialah, apabila anda cuba memulas steering ke kanan atau kiri, badan akan sentiasa rapat di tempat duduk dan tidak perlu bengkokan badan ketika hendak memulas steering kenderaan. (Cara memulas steering juga ada tekniknya dan akan cuba dikupas pada artikel akan dating, insyaALLAH.)
- Anda juga tidak boleh duduk terlalu dekat dengan steering kerana bimbang jika berlaku kemalangan, beg udara atau äir beg”tidak dapat memaksimumkan keupayaannya sebaliknya menghentam dada pada kelajuan yang tinggi. Untuk pengetahuan pembaca, kelajuan beg udara ketika “letupan”ialah sepantas 200km sejam ke 250 km sejam dan bayangkan jika anda duduk pada jarak yang terlalu dekat. Untuk itu, secara WAJIBnya, anda PERLU sentiasa memastikan bahawa tali pinggang keledar sentiasa dipasang
- Anda perlu memastikan kedudukan kaki anda seperti dalam gambarajah 2 di bawah.
- Keadaan kaki perlulah dibengkokkan sedikit pada sendi lutut kerana jika berlaku impak dalam kemalangan, kaki akan lebih selamat.
- Bagi mengetahui kedudukan dan ketinggian tempat duduk itu sesuai serta keadaan kaki yang baik, cuba lihat dan tentukan agar kedudukan bahagian tumit kedua-dua kaki sentiasa di atas lantai.
- Pastikan kaki dapat digerakkan untuk menekan pedal minyak, pedal brek dan pedal “clutch”bagi kenderaan manual dengan tidak perlu mengangkat tumit atau hanya mengangkat sedikit sahaja tumit.
Gambarajah 1 |
Gambarajah 2 |
Sebenarnya topik ini amat luas dan sukar untuk diterangkan secara detail, namun, sekadar memberi satu perspektif awal, saya rasa sudah cukup untuk anda cuba terapkan.
Sentiasa memandu dengan keadaan cermat dan bagi yang ingin memandu lagu, pandulah pada kadar kemampuan kenderaan dan kemampuan anda sebagai pemandu. “Do not go beyond the limit of the car and the driver”.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut anda boleh lah menghubungi TIC Advanced & Performance Driving Academy.
Selamat membaca dan selamat memandu. Selalu ingat bahawa “Safety First, Last & Always.
Wassalam.
Mohd Azad Jasmi
Taj International College
Ipoh Perak
Sekiranya ada sebarang pertanyaan tentang pemanduan, bolehlah nyatakan disini agar mungkin pada penulisan akan datang, saya boleh kemukanan pencerahan.
ReplyDelete