Hari pertama saya mendarat ke Kota Kinabalu dengan menggunakan penerbangan AirAsia yang terkenal dengan kelewatannya mengikut jadual. Saya tengok satu demi satu penerbangannya lewat daripada waktu yang dijadualkan. Kalau ada yang lebih pada Air Asia hanyalah pramugarinya yang comel dan mesra alam. Itu saja yang cover kelemahan lain rasanya.
Menu malam pertama di Sabah
Gambar terpapar di sini merupakan menu malam pertama di Sabah. Macam biasa kami order pucuk paku goreng sebagai sayur. Lauk lainnya adalah sotong goreng tepung.Maaf sebab update menu makan pulak ketika berpuasa. Mungkin ini boleh berikan idea untuk menu berbuka puasa nanti magrib.
Makan sorang diri malam kedua di Sabah
Menu di bawah ini pula merupakan menu makan malam kedua saya di Sabah. Oleh kerana semua orang dah makan, saya pergi sorang diri ke gerai tepi pasar di Kota Kinabalu untuk makan malam.Saya order sayur campur dengan sepiring udang masak pedas di atas. Udangnya sederhana besar dan masakannya sedap juga. Berselera saya makan sorang diri dan tak seronok sebab tak ada orang lain untuk dikongsikan.
Rasanya kalau ada seorang lagi kawan, masih mencukupi berkongsikan apa yang ada. Jadi saya terpaksa ambil masa untuk habiskan nasi separuh dan ratah sayur dengan udang pedas tersebut.
Yang paling tak best adalah saya bayar RM19.50 untuk semua makanan itu. Walaupun makanan mentah di Sabah murah, tapi makanan setelah dimasak kat sana tak semurah di Pulau Pinang. Agak mahal berbanding harga murah makanan mentahnya.
Tentu restoran kat sana buat untung banyak sebab mereka dapat makanan mentah dengan harga murah tapi jual mahal bila dah di masak.
Oleh kerana tak ada masa sangat nak update blog ini, saya buat juga entri makan di Sabah kali ini sebab dah ada dalam draft blog ini. Jadi terupdatelah juga blog ini daripada sunyi sepi. Selamat berpuasa dan nampaknya saya akan ke Sabah lagi selepas ini. Kali ini ke kawasan bahaya dengan kes culik di sebelah Kunak dan Lahad Datu.
Mahal juga tu. Macam tu punya makanan dekat rm20. Rasa macam lagi mahal pada semenanjung.
ReplyDeleteMemang rasanya mahal lebih dari semenanjung
Deletekat sabah...brg2 kperluan asas mahal2 belaka...nak bandingkan dgn smnjung mmg la murah..da plabuhan sna transit brg2...
ReplyDeleteBarang yang datang dari Semenanjung dan tak asal dari Sabah memang mahal berbanding Semenanjung..setuju tu. Tapi bukan semua rasanya datang dari luar.
DeleteMungkin itu harga menu pelancong. Untuk trip yang akan datang, cuba tuan order menu yang warga muslim tempatan selalu order. Barangkali order nasi goreng dengan udang dan sedikit sayur di dalamnya. Mungkin dapat harga yang biasa dibayar oleh warga tempatan sabah.
DeleteInsyaallah akan dicuba selepas ini...terima kasih tuan!
Delete