Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

13 July 2014

Tiada goreng pisang tepi jalan di Sabah

  Ano Nyme       13 July 2014
Tiada goreng pisang tepi jalan di Sabah

Satu perkara menarik yang saya kesan sepanjang berkesempatan berada di Sabah adalah tiada goreng pisang dijual tepi jalan macam yang banyak terdapat di Semenanjung sini.

Kalau kita berjalan-jalan di Semenanjung, dari Perlis sampai ke Johor tanpa menggunakan Lebuhraya Bertol, sudah tentu kita akan bertemu dengan ramai peniaga goreng pisang di tepi jalan. Tapi saya tak nampak seperti itu di Sabah

Saya tak pasti samada saya yang masih kurang berjalan mengelilingi Sabah, lalu tak temui orang jual goreng pisang tepi jalan. Ataupun memang kat Sabah terlalu kurang penjual goreng pisang di tepi jalan tidak sebagaimana di Semenanjung.
Tiada goreng pisang tepi jalan di Sabah
Kelabu sedikit kerana dirakamkan ketika bergerak laju atas kereta

Ada goreng pisang di gerai tepi pasar

Saya perasan di salah satu gerai makanan laut di sebelah Pasar Kota Kinabalu ada menjual goreng pisang. Saya ada membelinya sedikit sekali dan merasa keenakan goreng pisang yang sejuk gedik itu. Sejuk pada goreng pisang itu menandakan sudah lama di goreng dan dibiarkan terdedah atas meja.

Memang salah satu kegemaran saya kalau menaiki kereta menyusuri jalan-jalan kampung atau pekan, saya akan perhatikan kalau-kalau ada makcik atau pakcik yang menjual goreng pisang panas tepi jalan. Kalau ada sudah pasti saya akan singgah membelinya.

Pisang Abu, pisang goreng paling sedap

Tambahan pula kalau pisang yang tergantung untuk digoreng itu adalah Pisang Abu ataupun Pisang Nangka, mesti kena singgah. Tapi jangan goreng dengan tepung rangup yang berbuih tu, langsung tak sedap. Walaupun rangup tapi rasanya macam plastik yang tak ada rasa makanan, sebab itu saya tak akan beli goreng pisang yang digoreng dengan tepung rangup.

Pisang goreng yang digoreng dengan tepung beras, dimasukkan sedikit kunyit untuk kuningkannya dan kemudian ditambah sedikit dengan kapur sireh untuk ranggupkannya dan boleh ditambah juga telur dalam campuran tepung dan air lalu diadun sedikit pekat. Celurkan pisang yang telah dibelah dua dan goreng. Kalau makan panas-panas, ceritapun tak guna betapa lazatnya!.

Tiada goreng pisang dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu

Sepanjang saya naik kereta dari Kota Kinabalu, ada beberapa perkampungan yang dilalui, tapi tak ada penjaja goreng pisang. Saya melihat-lihat juga untuk singgah dan beli goreng pisang tapi tak jumpa.

Apa yang ada dijual di tepi jalan adalah gerai barangan peralatan tradisional seperti bubu dan sebagainya dijual di tepi jalan. Ada juga yang menjual jagung bakar yang betul-betul dibakar. Goreng pisang tak ada tapi pisang mentah masak ada.


Harga pisang berangan yang mahal

Oleh kerana saya lihat ada pisang berangan yang cantik segar di gantung banyak di situ, saya teringin sangat nak makan dan merasa pisang berangan tempatan. Kalau di sini biasanya harganya dalam lingkungan RM3 ke RM3.50 sekilo.

Saya ambil satu sikat dan tanya berapa harganya. Dia terus kata RM6 tanpa menimbangnya. Saya agak terkejut dan bertanya berapa harganya sekilo. Penjual itu jawab kat sini tak dijual dengan timbang kilo. Tapi mereka jual dengan harga satu sikat.

Wah! patutlah mahal sungguh harganya. Saya dapat rasakan satu sikat itu beratnya dalam lingkungan lebih setengah kilo dan tak sampai satu kilopun. Jadi harganya paling mahal kalau di Semenanjung hanya sekitar RM3 sahaja. Tapi terlalu mahal di Sabah sedangkan itu adalah kawasan Kampung yang jauh dari Bandar. Sepatutnya murah saja apatah lagi jika hasil tanaman sendiri.

Gerai barangan tempatan menarik

Ketika perjalanan balik kami sampai di satu perhentian yang ada sederet kedai-kedai yang menjual berbagai barangan tempatan. Sudah tentu salah satu barang makanan yang dijual di situ adalah Kuih Cincin.

Kami singgah sebentar untuk melihat-lihat dan membeli sedikit bekalan mengunyah bila malam di hotel nanti. Ketika singgah saya bertanya pada salah seorang kakak pemilik gerai tersebut. "Berapa sewa di sini kakak?".
Tiada goreng pisang tepi jalan di Sabah

Kakak itu menjawab dia tidak menyewanya. Gerai itu miliknya sendiri dan dia yang membinannya. Tanah disitu juga miliknya. Dia menambah lagi bahawa kesemua peniaga di situ membina sendiri gerai yang ada pada tanah masing-masing.

Memang terpuji sikap mereka semua yang saling bekerjasama membina satu kawasan secara sekata untuk dijadikan pusat perniagaan barangan keluaran tempatan. Itu satu usaha terpuji yang amat saya kagumi. Tapi masih juga tak ada dijual goreng pisang di situ, dan kamipun meneruskan perjalanan.

Nampaknya saya tak dapat beli goreng pisang di tepi jalan sepanjang berada di Sabah tempoh hari. Boleh beli pisang mentah pula mahal harganya walaupun memang tak dapat dinafikan pisang berangan itu sedap dan segar.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Tiada goreng pisang tepi jalan di Sabah

Previous
« Prev Post

14 comments:

  1. *dari sekitar pekan nabalu menuju gunung kinabalu ada jual bakas. sekali tengok macam menarik. tapi rupanya...

    *mungkin pisang goreng (goreng pisang?) bukan makanan sampingan utama kat sana, itu yang kurang orang jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bakas tu ada orang dah bagitau. Goreng pisang sebenarnya pisang goreng lebih betul, tapi dok biasa guna goreng pisang.

      Delete
  2. Dari Tamparulu dan sebelum sampai pekan Nabalu, ada gerai goreng2 tapi hati2 dan jangan takut kerana masyarakat sabah orang dusun tahu bahawa orang Sabah berbilang agama maka gorengan yang mereka jual ada tanda TIDAK HALAL maksudnya orang Islam tak boleh makan. Yang di jual adalah SINALAU BAKAS atau daging Babi Hutan. Pelancung asingpun minat dan sering mampir di gerai sinalau bakas. Tahnia orang Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ternakpak orang gantung daging kehitaman ketika lalu dari Kota Marudu ke KK, daging apa tu...?

      Delete
  3. Kalau daging salai gantung tepi jalan, dengan gerai penuh asap, hampir pasti itu adalah daging babi hutan yang disalai. Biasanya akan ada papan tanda "sinalau bakas", kalau beragama Islam kena tahu yang tu adalah gerai menjual daging babi hutan. Gerai pisang goreng tepi jalan memang tiada.

    ReplyDelete
  4. Tamu dah pegi ke? Tamu Kota Belud, Tamu Kota Marudu, Tamu Menggatal... boleh cari buah yg tak ada kat semenanjung spt buah tarap, belunu.... dll... kebanyakan tempat ada tamu tapi harinya yg saya tak tau hari apa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah pergi ke Tamu Nabawan, tamu lain tak pernah lagi. Tak pernah dengar semua nama buah tu...nak kena cari nih. Terima kasih kongsikan di sini.

      Delete
  5. Tuan, goreng pisang ada jual kat Taman Putera Jaya. Dari KK melalui Jln Tuaran menghala Tamparuli. Sebelah kiri ada nampak Giant & Restoran makanan melayu islam. Kat situ goreng pisang seposen satu klu tak silap. sedap juga,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah kalu lalu nanti saya akan singgah beli. Terima kasih atas maklumat tuan

      Delete
  6. Sinalau Bakas = Daging Babi Hutan yang di salai.

    Khabarnya ada juga Sinalau Tambang = Daging Payau/ Rusa yang di salai. Belum pernah jumpa walaupun setiap tahun 2-3 kali saya merayau di Sabah sejak 2010. Kalau ada info dimana boleh dapat yang Halalan Toyibba, harap dapat kongsikan lokasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kena buat banyak pertanyaan tu pada orang tempatan. Insyaallah kalau berjumpa akan dikongsikan kat sini...tq

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !