Sasaran negara adalah untuk menurunkan harga kereta sebanyak 25% menjelang tahun 2018. Berdasarkan sasaran tersebut dengan perkembangan harga kereta yang ada sekarang, Malaysia beradai di landasannya.
Harga kereta turun sebanyak 4.97% pada tahun 2013. Pada tahun ini pula, MAI menjangkakan harga kereta akan turun lagi sebanyak 5%. (sumber gambar)
Kalau diambil kira sasaran di atas, jumlah penurunan dari tahun lepas dan tahun ini adalah sebanyak 10%. Ditambah lagi dengan penurunan 5% setiap tahun hingga ke tahun 2018, jumlahnya akan menjadi 10% tambah dengan 5% x 3 = 15%.
Jadi kiraan menunjukkan harga kereta akan turun sebanyak 25% sebaik saja masuknya tahun 2018 nanti. Semua kiraan tersebut tidak diambil kira segala kos inflasi dan tahap kewangan penduduk Malaysia yang semakin hari semakin terhimpit.
Harga kereta turun bukan bermakna kualiti sama
Kerajaan janjikan harga kereta akan turun. Itu semua orang tahu. Tapi tak ada pula janji-janji bahawa anda akan dapat harga kereta murah dengan tahap kualiti yang anda jangkakan.Lumrah orang berniaga, harga boleh kasi turun, tapi kualiti atau apa yang anda dapat dengan harga tersebut juga akan kasi turun. Jangan jangkakan emas dengan harga perak. Itu tak boleh berlaku.
Berdasarkan MAI lagi logik harga kereta turun paling asas adalah disebabkan proses liberalisasi dalam indutri automotif. Itu membuatkan persaingan menjadi lebih sengit antara para pembuat kereta.
Bila mereka bersaing untuk pikat hati rakyat yang mahu kereta murah, maka semua pembuat kereta akan pulun turunkan harga kereta. You ge what you want !, ambil kamu harga rendah, tapi jangan dok harap kualiti naik ok!.
Tapi rakyat Maysia sebenarnya memang tak kisah dengan kualiti. Tengok kereta proton sudahlah, apa mereka perduli dengan kualiti, asalkan murah majoriti rakyat Malaysia akan bedal saja. Biarlah tingkat jem selepas tak sampai setahun, itu bukan halangan untuk tetap beli kereta Proton. Itu berdasarkan sejarah. Tak tahulah jika sekarang Rakyat malaysia dah berubah.
Anda percayakah harga kereta akan turun?
Apa pendapat anda dalam kenyataan CEO Malaysia Automotive Institute di atas? adakah ada logiknya dan apakah anda berpuas hati dengan hala tuju kerajaan yang mahu penurunan harga kereta secara perlahan-lahan sebegitu?.Oh ya!, kenapa perlu harga kereta turun perlahan-lahan?
Sebabnya adalah untuk selamatkan industri kereta 2nd hand. kalau kerajaan kasi bedal semua harga kereta turun mendadak, semua kereta 2nd hand tak ada orang akan beli jika kekal dengan harga sekarang.Kalau pengedar kereta 2nd hand ikut harga semasa, mereka akan kerugian ratusan juta ringgit dan semua akan gulung tikar jadi muflis. Jadi untuk lindungi mereka kena kawal sikit daripada penurunan secara drastik.
Sebenarnya kerajaan boleh saja turunkan harga kereta secara drastik. Buang masuk sampah saja AP kereta, habis cerita. Jika buang AP, hanya sebilangan kecil saja taikun kaya raya taukeh AP yang akan merana.
Itupun tak berapa teruk sangat sebab dah lama mereka simpan berguni-guni duit hasil daripada keistimewaan mereka perolehi AP. Melainkan mereka kaki enjoy, itu cerita lain.
Itu semua hanya congakan saya. Apa pula pendapat anda? adakah anda rasa kita berada di landasan yang betul dalam projek turun harga kereta ini. Sila berikan komen anda di bawah. Gunakan ayat yang beradap dan bersopan ok!.
I don't believe it will turun loh~
ReplyDeleteRegards,
(A Growing Teenager Diary Malaysia)
terima kasih berikan komen...
Deletenaik naik naik.............hujan saja yang turun\
ReplyDeletesekarang hujan tengah turun...
DeleteHarga kereta Turun tak penting..yg penting qualities..kete murah maintenance tinggi buat APA..sama je
DeleteMaknanya kempen PR selama ini nak turunkan harga kereta hanya auta sahaja ker? Sebab pengeluar kereta tetap sama, toyota, honda, mercedes, proton dan lain-lain, mereka yang beri kualiti ok atau tak ok.
ReplyDeletehapus ap dan janji turun harga satu yg berbeza...
Deleteapa pandangan tn ?
Pada pandangan saya, komponen harga kereta tidak ada kena mengena dgn AP. AP biasanya uk kereta mewah saja (CBU) dan tidak kpd kereta mewah CKD. Dengan hapusnya AP, kesan negetif keatas industri kereta akan berlaku. Kilang2 berkaitan automotif akan berkurangan - berlaku pengangguran, harga alat-ganti menjadi mahal, masa menunggu bertambah (kerana terpaksa di import - tanya owner VW). Komponen harga kereta terdiri dr harga kereta, cukai eksais & cukai jualan 10%. Mulai tahun depan, cukai jualan diganti dgn GST pd kadar 6%, menyumbang kpd penurunan harga sbnyk 4%... Sihat orang Penanti?
DeleteTerima kasih atas pencerahan... jika harga kereta mewah turun mendadak, maka ia menjadi pesaing hebat atas kereta lain yang lebih kurang sama harga (tinggi sikit saja), akan berlaku persaingan kualiti yg sihat dan yang tak berkualiti akan jahanam lebih awal... ada kemungkinan tak berlaku sebegitu...?. Orang Penanti sihat, alhamdulillah. Tq
DeleteApa lah feadahnya turun harga kereta dgn. kos kehidupan meningkat..
ReplyDeletebetoi jugak tu...!
Deletesedara subhi,saya percaya harga kereta boleh turun...sebab rezeki kita x da manusia yg boleh control..kalo tahun depan sedara subhi/pembaca2 dan saya jadi org kaya..byk benda akan jadi mampu@murah@turun harga hehe....termasuk lah kereta..amin..
ReplyDeleteInsyaallah ! akan kaya..
Deletepergi berak dulu jap lagi la baru komen
ReplyDeleteLamanya berak...! tunggu dari tadi tak komen lagi...
DeleteBila tengok harga Alza baru turun 5k dari harga tahun lepas wow...turun 5k pun Perodua masih memberikan aksesori yang terkini,.
ReplyDeleteCuma bagi saya kalau lah dapat Perodua menggunakan absorber ( topang boleh laras ) yang tinggi kualitinya sudah tentu walaupun dah pakai setahun,lebih tentu membuatkan penumpang bersa lagi selesa walaupun melalui jalanraya yang tidak rata dan lubang sanan lubang sini.