Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

21 August 2014

Menarik tentang orang India di Sabah

  Ano Nyme       21 August 2014
Menarik tentang orang India di Sabah

Ada satu perkara menarik yang saya perhatikan tentang orang India di Sabah. Mungkin pemerhatian saya masih tidak menyeluruh, tapi sejak setiap bulan datang ke Sabah tahun ini, itulah yang saya perhatikan.

Sekarang saya masih berada di Sabah dan baru dua hari berada di sini. Sebaik saja sampai ke Sabah pada hari selasa malam, saya dan kawan-kawan ambil teksi untuk pergi ke Hotel.

Kami sewa dua buah teksi. Bila saya pergi ke teksi yang disediakan seorang pemandu berbangsa India keluar dari kereta. Saya perhatikannya pemandu teksi India itu dengan agak hairan.

Pemandu Teksi berbangsa India di Kota Kinabalu Sabah

Kenapa saya hairan?

Sebabnya adalah kerana itulah kali pertama saya lihat orang berbangsa India membawa teksi di Sabah. Dah banyak kali saya daang ke sini, tak pernah bertemu lagi orang India bawa teksi.

Ini peluang baik untuk saya menemuramah pemandu teksi itu bagimendapatkan sedikit maklumat berkenaan orang India di Sabah.

Macam biasa, saya mulakan dengan soalan, "sudah lama bawa teksi?, tanya saya pada pemandu di depan yang memegang steering kereta perdana.

"Dah banyak tahun juga", jawab pemandu teksi itu dengan sedikit telo India bercampur lenggok bahasa orang Sabah.

"Orang India ke?", tanya saya meneka.

"Ya!, saya orang India. Jawab pemandu teksi itu mesra. Nampaknya dia senang untuk berbicara dan tidak merasa kekok untuk menjawab semua soalan saya.

Dari perbualan kami sepanjang perjalanan dari Lapangan Terbang menuju ke Hotel Kinabalu Daya di Kota Kinabalu, saya dapat banyak maklumat dari pemandu teksi berbangsa India itu.

Dia memang berasal dari Sabah dan dilahirkan di Sabah dan bagi dirinya dia memang orang Sabah. Ayahnya pula merupakan kakitangan kerajaan yang dah pencen berkhidmat sebagai anggota Polis di Kota Kinabalu Sabah.

Orang India datang dari India

Ayang pemandu teksi itu dilahirkan di India dan berhijrah datang ke Sabah sejak dia masih kecil bersama keluarganya. Di Sabah ayahnya membesar dan berjaya menyesuaikan dirinya dengan orang Sabah dan bila dewasa berkhidmat sebagai anggota Polis.

Setelah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak yang masih kecil, ayah pemandu teksi itu memeluk agama Islam. Mereka satu keluarga menjadi muslim.

Jadi pemandu teksi itu telah memeluk agama Islam bersama dengan ayah dan ibunya yang pada asalnya mengganut agama Sikh. Pemandu teksi itu mempunyai nama India ketika kecil dan selepas memeluk agama Islam ayahnyanya menukarkan namanya kepada Samsuddin.

Rupa-rupanya pemandu teksi berbangsa India di depan saya itu seorang musllim. Kalau saya tak berbual dengannya tent saya ingat dia beragama Hindu.

Samsuddin sudah mendirikan rumah tangga dengan warga tempatan dan anak-anaknya sudah besar dan berjaya. Salah seorang anaknya sedang berada di tahun akhir pengajian perubatan.

Hanya dua orang pemandu teksi India di Kota Kinabalu

Apabila saya bertanyakan tentang betapa kurangnya orang berbangsa India di Sabah, Samsuddin mengiyakannya.

Dia menyambung lagi bahwa hanya ada dua orang sahaja pemandu teksi berbangsa India di Kota Kinabalu. Dan apa yang menarik adalah yang seorang lagi itu adalah adiknya!.

Sebelum ini saya bertemu dengan seorang lelaki berbangsa India juga di Kota Kinabalu. Dia bekerja sebagai seorang Pengurus di sebuah syarikat automotif yang menjadi pengedar kereta BMW di seluruh Sabah.

Tapi dia bukan berasal dari Sabah, dia datang dari Semenanjung untuk mengambil tugasan kerja itu kerana tiadanya calon berkelayakan dari Sabah dalam bidang after sales kereta BMW.

Pertemuan saya kali ini nampaknya lebih unik kerana saya bertemu dengan warga Sabah berbangsa India yang dilahirkan di Sabah dan sudah berjaya menjadi orang Sabah. Dan untuk maklumat, pemandu teksi itu merupakan salah seorang daripada pegawai dalam Kelab penyokong bolasepak Sabah.

Begitulah cerita menarik dalam perjalanan saya ke Sabah kali ini. Menarik kerana di Sabah, orang India hampir tak ada.

Mungkin anda ada maklumat berkenaan orang India di Sabah, bolehlah kongsikan di ruang komen di bawah.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Menarik tentang orang India di Sabah

Previous
« Prev Post

11 comments:

  1. Di Sarawak pun hampir tiada kaum India, seorang abang yang saya kenali di Kuching pernah beritahu isterinya takut melihat sahabat kita dari kaum India bila bekunjung ke KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh! di Sarawakpun kurang rupanya..., kenapa agaknya ya?

      Delete
  2. Dtg ke tamu tuaran...ada 1 family India yg menjual rempah ratus di sana... Pure Sabah...ckp dusun bah....hilang sudah bahasa tamil....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow! info menarik nih!, Insyaallah saya akan cuba ke Tamu Tuaran bila ada masa nanti. Terima kasih atas maklumat !

      Delete
    2. ya betul...ada lagi cuma benar la seperti yg diperkatakan olh tuan rumah..amat kurang...sy mas mula mengajar di sabah..pun camm tu jugak..ada pelajar india di sekolah...saya tanya...dri semenanjung ke? tidak jawab pelajar tersebut...mmg dari sabah..lahir dan ibu bapa pun mmg org sabah..sama spt kes di atas...! apa-apa pun semua adalah rakyat malaysia...

      Delete
  3. Tuan... Saya selalu membeli rempah dgn family ni... Komuniti India memang sedikit di sini. Tapi hubungan mereka akrab. Mereka dpt menyesuaikan diri dgn penduduk tempatan. Kuil terdekat area KK hanya di Lok Kawi dan Bukit Padang. Di bandar KK ada satu pusat komuniti India.... Selamat menjelajah negeri Sabah... Saya pun belum habis meneroka negeri ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan, kalau ada rezki untuk jumpa tuan di Sabah menarik juga tu..

      Delete
  4. saya rasa ada india di kucing..sbb saya beli kulit kayu manis dan lada hitam bermutu tinggi di kedai Tambi..gelaran untuk orang india di kucing..daya dibawa pemandu taxi kesebuah kedai dikawasan pasar di tepi sungai di kucing..agak banyak juga kedai tambi di situ..tentu ada penfuduk india sebab banyak kedai rempah di situ

    ReplyDelete
  5. memang jarang sebenarnya jumpa kat sana.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !