Masa kecil-kecil dulu, waktu bulan puasa dan tiba waktu nak beli baju raya, abang sulong akan bawa kami adik beradik yang masih bersekolah ke Pulau Pinang untuk beli baju raya. Di sekitar Penang Road itu ada banyak kedai-kedai pakaian dan kasut yang menjual pakaian berjenama.
Walaupun kami orang susah, namun bab membeli pakaian biasanya akan memilih pakaian berjenama. Abang Sulong masa tu dah kerja. Dia terpaksa cari kerja selepas tamat tingkatan lima di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam. Masa tu dia lulusan MCE atau Malaysia Certificate Education.
Kedua-dua abang saya yang atas semuanya bersekolah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan sekolah itu masih menggunakan sistem peperiksaan inggeris iaitu LCE dan juga MCE ketika itu.
Hanya pada tahun 1980 sahaja keseluruhan sistem MCE telah ditukarkan semuanya kepada SPM. Sistem peperiksaan LCE pula ditukar semuanya kepada SRP diseluruh Malaysia dua tahun lebih awal.
Sejak penukaran itu ramai budak Melayu terutamanya jadi mangkaq dalam menguasai Bahasa Inggeris termasuklah saya sendiri. Mungkin ada pro dan contranya terhadap perubahan tersebut dan terpulang pada diri masing-masing untuk menilaikannya.
Dah melalut kepada sistem peperiksaan pula....!
Berbalik kepada Cerita Restoran Hameediyah tadi, bila pergi Penang Restoran itu adalah antara kegemaran kami. Begitu juga kalau pergi bersama mak sekali sekala. Itu juga restoran kegemaran.
Masa tu murtabak dari restoran Hameediyah memang tak boleh lawan. Semua restoran lain habis kena pukul kalau nak dibandingkan dengan restoran Hameediyah.
Sampai sekarang Restoran Hameediyah masih kukuh bertapak di kedai asalnya. Konsep warnannya juga masih sama iaitu bertemakan warna kerajaan negeri Kedah, Kuning Hijau. Restoran Hameediyah ini ditubuhkan sejak tahun 1907 lagi!.
Punyalah lama mereka bertahan sejak 50 tahun sebelum merdeka mereka dah mula berniaga. Restoran Hameediyah ini nampaknya antara restoran paling lama di Pulau Pinang dan masih ada lagi sampai sekarang.
Ini satu pencapaian menarik yang perlu dikaji dan dipuji. Kita perlu belajar dari perjalanan perniagaan mereka untuk diadaptasikan dari segi keupayaan bertahan merentas segala perubahan zaman.
Restoran Hameediyah dah bertukar wajah
Kali akhir saya pergi makan nasi briani di Restoran Hameediyah ini adalah sebelum bulan puasa tahun ini. Saya pergi bersama beberapa orang kawan ketika balik ke Pulau Pinang.Memang dah jadi macam satu tradisi pulak setiap kali saya balik mesti pergi makan nasi Briani Restoran Hameediyah sekali. Biasanya kami akan pergi makan tengahari di situ. Samada di hari jumaat selepas selesai solat jumaat ataupun pada hari biasa.
Kalau nak makan di situ saya lebih suka kalau pergi samada awal sedikit dalam pukul 11.30 atau lewat sedikit dalam pukul 2.30 atau pukul 3 petang. Sebabnya adalah untuk mengelak daripada terpaksa berdiri menunggu meja kosong. Waktu makan tengahari biasanya sesak dengan orang ramai yang keluar rehat makan.
Masa saya pergi kali akhir tu restoran itu masih kekal dengan meja lama mereka yang agak antik. Keadaan dinding dan lantai masih lama namun kelihatan bersih.
Tapi kali ini saya pergi bawa kawan-kawan makan di situ semuanya dah berubah. Perabut, dan kemasan lantai serta dinding serta siling semuanya dah berubah. Rekabentuknya dah moden dengan perabut kayu menggunakan struktur besi telah menggantikan perabut lama mereka.
Ke mana agaknya mereka campak segala kerusi dan meja lama mereka sebelum ini. Terlupa pulak saya nak tanya. Mungkin mereka simpan baik atau jual pada mereka yang berminat dengan perabut antik. Saya yakin mamak bukan jenis orang yang suka membuat pembaziran.
Kelengkapan lama yang masih kekal adalah alat naikkan makanan dari besi dan rantai yang tertera pada gambar atas sekali. Pekerjanya sedang beraksi menunjukkan mesin naikkan makanan yang masih lagi digunakan sampai sekarang.
Nasi Beriani Restoran Hameediyah
Macam biasa makan kali ini kami ambil nasi beriani ayam dan juga nasi beriani daging kambing. Pembaca boleh lihat warna nasi beriani buatan Hameediyah dari gambar. Warnanya kuning terang dan nasi yang digunakan pula bukan macam nasi beriani lain yang biasanya panjang.Nasi beriani Restoran Hameediyah menggunakan beras biasa yang gemuk dan bukannya panjang. Tapi rasanya... subhanallah! lazat walaupun dimakan begitu saja. Jika ditambah pula dengan kuah dalca yang biasa disediakan bersama dengan nasi beriani, menambahkan lagi kelazatannya.
View Hameediyah Restaurant in a larger map
Biasanya kalau pergi dengan kawan-kawan saya akan cadangkan untuk ambil nasi beriani dua pinggan untuk dikongsi bersama dengan 3 orang. Saya perut kecil dan tak boleh makan banyak. Nasi beriani yang restoran Hameediyah masukkan dalam pinggan biasanya banyak melebihi daripada had jumlah makan nasi saya.
Teringin juga nak makan murtabak restoran Hameediyah, tapi bila perut dah penuh semua perasaan nak makan macam-macam itu terus hilang. Mungkin lain kali saya hanya akan makan murtabak kambing saja dan tak makan nasi beriani.
Buat anda yang masih belum mencuba pekena samada nasi beriani atau murtabak restoran Hameediyah, saya cadangkan agar pergilah cuba sekali. Biasanya mereka yang saya cadangkan untuk pergi dan kemudiannya mereka pergi cuba, akan menjadi pelanggan tetap selepas itu setiap kali turun ke Pulau Pinang.
Satu lagi perkara penting nak pesan pada pembaca kalau pergi ke restoran Hameediyah adalah cara pesanan makanan dilakukan. Kalau restoran lain anda pergi duduk dan mereka akan ambil tempahan. Tapi kat restoran Hameediyah, anda kena pergi turun bawah buat order sendiri dan pergi duduk kat atas. Mereka hanya akan ambil tempahan air saja dari tempat duduk anda.
hang belum try Din Maju..hang belum kena Sarip gelugoq punya lagi ..
ReplyDeleteSarip dah try, Din Maju kat mana? bagi detail sikit... nak pi try
DeleteSarip dah try, Din Maju kat mana? bagi detail sikit... nak pi try
DeleteTajudin hussain best lg kut,,queen street
DeleteTajudin Hussain pun best...
Deleteterima kasih...dah lama dah x singgah makan di penang...lama sungguh ada lah 35++ thn dah..In Sha Allah...ada kesempatan..nak jugak menjamu selera kat sini..!
ReplyDeleteSubhanallah! lamanya, mai la kat Penang sekali sekala. Cari kawan dan alasan utk ke Penang
Deletezaman saya sekolah TI penang (1979) memang itu tempat saya makan murtabak. habis sekolah saya menetap dikelantan . tahun lepas saya makan murtabak kat Hameediyah tapi taste tak mcam dulu
ReplyDeleteMungkin citarasa berubah kot sebab lama sangat dok kat Kelantan...
DeleteBro, perasan dak nasi dia dah tak macam dulu. Nasik macam biasa shj. Dulu nasik dia kering sikit, boleh makan nasi shj sampai licin.
ReplyDeletePerasan jugak, nasi lembek sikit, tak seroi kata orang utara. Tapi secara peribadi, saya suka nasi macam tu.. Ada orang yang suka nasi seroi atau kering.
DeleteHaghi jumaat buka dia katup ka
ReplyDeleteBuka tapi tutup sebentar untuk solat jumaat dan kemudiannya dibuka semula
DeleteSkarang tiap jumaat buka dari 10pagi. Tutup 12.30 sampai 2.00. Waktu Solat. Lepas to business as usual sampai 11malam
Deletehalo bro, pi tanjung asyik dok pekena nasi kandaq saja, tak boring ka? (kalau tak silap depa ada kari itik angsa). anyway, awat restoran spt hameediyah, ramzan, kassim kat simpang 6 (craven a dah bungkus) yg meniaga lagi awal dari kayu la, pelita la, takdak cawangan2 di tempat2 (negeri) lain. heran la.
ReplyDeleteMemang tak bosan langsung... nikmat dapat rasa nasi kandaq... rezki. Bab cawangan pulak rasanya masing-masing ada takrifan sendiri terhadap apa itu 'suffecient' untuk diri mereka.
DeleteHameediyah kini sedia untuk Franchise.
ReplyDeleteWah menarik tu... tapi kenapa Hameediyah kat Kampung pertama dan Hameediyah kat Sg Dua tutup...?
DeleteBelah malah try pula capati bakaq atas bara kat Sultania Queen Street, dengan kuah kacang kuda.
ReplyDeleteTapi aku punya favorit kat sana..Gulai anak ikan.
Kalau kat Hussein..Ikan Ros.
Makan kena pilih2..
Nak mkn nasi kandaq stail lama aku pi Kg Melayu..maintain, nasi daging teloq.
Maklumat yang bagus. Terima kasih tuan
Delete