Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

27 September 2014

Bihun sup sempoi Lahar Kepar

  Ano Nyme       27 September 2014
Dah lama sangat saya tak makan bihun sup di simpang Lahar Kepar, Kepala Batas ini. Kalau orang utara mereka panggil Lahaq Kepaq. Tempat tu juga terkenal dengan kedai makan yang orang panggil Kedai Nasi Bersila.

Nanti saya cerita tentang nasi bersila pula kalau ada kesempatan. Sekarang kedai makan nasi bersila dah jadi restoran yang besar dan sempurna. Tak seperti masa mula-mula dia berniaga dulu. Memang orang pergi makan ke kedai itu dan makan sambil bersila saja.

Bihun Sup di simpang Lahar Kepar ni dah lama sangat kat situ. Kali terakhir saya makan masih lagi kedai kayu buruk tepi jalan sederet dengan beberapa kedai lain. Masa tu lama sangat dah mungkin dah lebih 5 tahun saya makan masa tu.
Bihun sup sempoi Lahar Kepar
Baru-baru ni kebetulan pergi ke Kepala Batas dan lalu di Simpang ke Lahar Kepar tu dan terlihat semua kedai kayu tepi jalan tu dah tak ada. Ianya digantikan oleh satu kawasan agak luas dengan satu restoran Bihun Sup dan beberapa kedai lain.

Saya tak pasti samada itu merupakan kedai bihun sup asal yang dulu tu. Oleh kerana dah lama tak merasa bihun sup lahaq kepaq tu maka saya singgah sebentar di situ. Beli dua bungkus untuk balik buka puasa pada petang hari Khamis baru-baru ini.

Lokasi Kedai Bihun Sup Lahar Kepar

Nak ke kedai bihun sup lahar kepar tu mudah saja. Anda perlu ambil jalan lama dari Butterworth nak ke Sungai Petani. Bila Sampai Kepala Batas perlahankan sedikit kenderaan dan lihat sebelah kiri. Nanti ada satu simpang ke Lahar Kepar

Ambil simpang tersebut dan anda akan lihat ada satu kawasan lapang betul-betul di kepala simpang. Di situlah terletaknya kedai bihun sup lahar kepar. Boleh singgah dan cuba rasa macam mana bihun sup lahar kepar itu.

Apa rasa bihun sup lahar kepar

Bagi saya rasa bihun sup lahar kepar tu ok sahaja. Nak kata sedap sangat tak adalah. Mungkin sebab dah lama tak pekena maka ada sedikit perubahan lidah di situ.

Mungkin juga disebabkan kuah bihun sup tersebut dicampurkan dengan segala mak nenek yang tak berapa menyelerakan tekak saya. Mereka masukkan segala perut, lemak, daging dan macam-macam lagi sampai membuatkan rasanya lari.

Nak kata rasa sup ayam pun bukan, sup daging pun bukan, sup perut pun bukan... tapi ada banyak bau perut lembu pada kuah bihun sup tersebut. Dan rasa perut itulah yang barangkali membuatkan saya tak berapa suka sangat.

Itu saya punya lidah. Bagi mereka yang suka makan perut dan isi dalam lembu, tentu akan bergumbira makan bihun sup lahar kepar itu.

Sedap lagi bihun sup Putrajaya

Menambahkan lagi kesedapan sup itu sebenarnya adalah sambal merah yang diberikan untuk dicampurkan bersama bihun sup.

Kalau anda yang pernah makan bihun sup di Putrajaya Presint 8, tentu pernah rasa bihun sup yang dicampurkan dengan kuah sambal merah.

Untuk perbandingan, saya sebenarnya lebih menggemari bihun sup di Putrajaya tersebut. Kalau ada yang nak cuba rasa bihun sup sedap di Putrajaya, boleh pergi ke Presint 8. Ada foodcourt tepi jalan tu dan kedai bihun sup ada terjual di situ.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Bihun sup sempoi Lahar Kepar

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !