Pada asalnya saya dan kawan-kawan merancang untuk tinggal di Holliday Inn yang terletak berdepan dengan kawasan perniagaan Wakaf Che Yeh, tapi oleh kerana silap berikan maklumat, kami ditempah penginapan di Hotel Dynasty Inn di tengah pekan Kota Bharu.
Kebetulan pula semua bilik di Hotel berdepan dengan Wakaf Che Yeh telah penuh sarat dengan penumpang, maka tak ada pilihan selain dari check-in dan menginap pada malam pertama kami di Kelantan dalam Hotel Dynasty Inn.
Bagus juga! sebab saya ada peluang meronda sekitar pusat bandar tersebut yang memang dah lama teringin nak dilakukan tapi tak berkesempatan.
Merayau di pagi hari di Pusat Bandar Kota Bharu
Masuk saja pukul 7 pagi, saya terus kenakan seluar sukan dan berbaju ringkas sambil menggalas kamera atas bahu. Memang kalau merayau perlu bawa kamera, manalah tahu kalau-kalau ada perkara menarik yang boleh dirakamkan.Saya turun dan keluar dari bangunan Hotel seorang diri macam biasa. Waktu pagi masih awal dan kenderaan mula masuk ke dalam pusat bandar. Orang ramai ada yang berjalan kaki laju untuk ke tempat kerja.
Kebanyakan kedai masih tertutup kecuali kedai makan dan juga warung atau penjaja makanan. Kelihata orang ramai sedang bersarapan dalam kedai dengan tenang di waktu pagi yang segar itu. Saya hanya berjalan kaki perlahan-lahan sambil menyaksikan temasya Kota Bharu di waktu pagi.
Kota Bharu penuh dengan bangunan sarang burung Walid
Cuaca cerah, matahari baru naik tapi masih tidak memancarkan sinarnya yang terang. Kesejukan masih terasa dan rasa sejuk itu makin kuat secara emosi apabila saya terdengar bunyi burung Layang-Layang atau burung Walid yang amat kuat.Bila saya buka mata dan perhatikan betul-betul barulah perasan rupanya banyak bangunan di Pusat Bandar Kota Bharu itu telah bertukar menjadi sarang burng Walid. Bukan satu atau dua bangunan, malah terlalu banyak yang dah jadi sarang Burung Walid.
Saya pergi lihat di kawasan belakang bangunan, kelihatan banyak burung layang-layang berlegar di sekitar bangunan yang menjadi sarangnya. Ada bunyi kuat burung layang-layang hasil daripada rakaman bunyi dan dikuatkan oleh pembesar suara.
Sayangnya Bangunan Kota Bharu bukan untuk manusia
Terfikir juga dalam kepala kenapa banyak bangunan itu ditukarkan menjadi bangunan sarang burung walid? Apakah manusia tidak lagi tahu untuk menjadikan bangunan di Bandar sebagai pusat perniagaan mereka atau orang Kelantan tidak mahu lagi berniaga dan berpejabat di Pusat Bandar?Banyak bangunan yang tersusun di dalam pekan itu adalah bangunan lama yang menarik. Tak banyak bangunan baru di pekan Kota Bharu. Dengan melihat tingkap bangunan saja saya sudah dapat rasa rekabentuk lama dan menarik di sana.
Jika diusahakan untuk menukarkan semua bangunan itu sebagai bahan sejarah di samping dijadikan pusat komersial mewah mempromosikan barangan untuk para pelancong, Kota Bharu boleh menjadi salah satu pesaing bagi negeri Pulau Pnang dan juga negeri Melaka. Terutamanya dalam menarik para pelancon dari Eropah dan negara Barat lain.
Itu sekadar apa yang saya fikirkan. Mungkin ada di kalangan orang Kelantan tak suka dengan cadangan ini kerana kebanjiran orang barat ke Kelantan boleh merosakkan masyarakat di sana? Entahlah!.
Apakah tidak ada satu kawalan atau larangan oleh pemerintah dan juga pihak berkuasa di Kota Bharu dalam menangani kes banyak bangunan bertukar menjadi sarang burung Walid ini. Ataukah ianya satu usaha yang mendapat pengiktirafan kerajaan negeri ? itu saya tak pasti.
Apa pendapat anda dengan kewujudan banyak bangunan sarang burng walid di tengah pusat Bandar Kota Bharu?, apakah ianya sesuatu yang positif atau apakah ianya tanda bandar tersebut sudah kehilangan modal insan berupa usahawan yang boleh tukarkan pusat bandar tersebut menjadi lebih maju dan bukannya dalam industri membela burung yang sepatutnya berada di pinggiran bandar.
Berikan pendapat anda di ruang komen di bawah.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteMungkin ada baiknya (buat masa ini) sebab penumpuan aktiviti komersil dalam pusat bandar ni pasti akan mencetuskan masalah kesesakan. Biarkan sahaja pembangunan bandar2 satelit di sekitar kota bharu sahaja. Mana tau mungkin sarang burung walit ni akan jadi identiti untuk kota bharu pulak kan?
ReplyDeleteSaya dah dua kali ke kota bharu tapi dua2nya dalam tempoh yang singkat. Tak perasan pun pasal kewujudan sarang burung walit ni. Insya Allah pertengahan bulan ni saya ke sana lagi, dan agak lama sedikit. Harap2 akan jumpa sesuatu yang unik dan menarik jugak.
pandangan positif yang menarik tu tuan. Tak terfikir pula saya macam tu...
Deletekebanyakan mereka yang mengusahakan burung walit di kelantan hidup kaya raya dan burung walit telah menjadi salah satu industri sebenarnya..
ReplyDeletememang yang masuk buat usaha burung walit jika berjaya kaya raya...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete