Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

05 September 2014

Mamak kedekut kuah kari kambing

  Ano Nyme       05 September 2014
Dalam banyak-banyak restoran nasi kandar kat Lembah Kelang ini, ada satu yang saya rasa menepati cita rasa orang yang dah biasa makan nasi kandar kat Pulau Pinang. Itupun berdasarkan beberapa kedai mamak yang dah biasa saya cuba dan sudah tentu masih banyak lagi yang belum dicuba.

Ada banyak juga kedai mamak nasi kandar yang berasal dari Pulau Pinang dan sekarang sudah masuk ke pasaran di Selangor dan juga Kuala Lumpur. Antara yang saya tahu adalah Nasi Kandar Pelita, Nasi Kandar Kayu, Nasi Kandar Kapitan, Nasi Kandar Makbul dan beberapa lagi  jenama nasi kandar lain yang tumbuh di serata tempat.
Mamak kedekut kuah kari kambing

Antara yang cukup besar dan dibuka di banyak tempat di Selangor dan Kuala Lumpur ini, dan ramai yang kenal adalah Nasi Kandar Pelita. Ada satu kedai Restoran Pelita dibuka berhampiran KLCC di sebelah Jalan Ampang yang cukup gah dan sentiasa ramai orang amat mengkagumkan saya.

Dengar cerita keseluruhan rangkaian nasi kandar Pelita menjana berjuta-juta ringgit dalam tempoh sebulan. Pelita juga menjadi salah satu restoran yang sering diserang oleh orang ramai yang tak pas hati entah kenapa.

Banyak cerita berkenaan hubungan pemilik Pelita dengan aktiviti keagamaan Hindu tersebar di Internet yang boleh membuatkan orang yang mengetahuinya menjauhkan diri dari restoran tersebut. Memang dah jadi adat bila sesuatu organisasi itu membesar, akan ada saja musuh yang berkepentingan dan juga tak berkepetingan akan menyerang. Mungkin ada kena mengena dengan masalah hati yang ditumbuhi penyakit Dengki.

Memang Pelita punya taukeh berbangsa India. Lembaga Pengarah pelita pula bercampur antara Hindu dengan yang beragama Islam, itulah yang dikhabarkan pada saya. Tapi saya ada kenal pengarah-pengarahnya yang muslim walaupun mereka memang mamak sejati. Mereka aktif menghidupkan sebuah pusat Tahfiz di Pulau Pinang.

Kedekut kuah kari kambing

Alahai....! melalut pula saya terkeluar dari tajuk asal. Kita kembali semula pada tajuk yang nak saya ceritakan kat sini berkenaan mamak kedekut kuah kari kambing. Saya nak beritahu berkenaan sebuah kedai nasi kandar yang sedap menepati cita rasa saya.

Nama restoran tersebut adalah Mahbub dan terletak di Bangsar. Restoran itu sentiasa ramai orang terutamanya di sebelah petang dan di waktu malam. Mereka yang gemar makan nasi briani atau lepak santai sambil minum teh tarik dan pekena roti canai atau roti nan suka lepak di sana.

Bila saya rasa nak makan nasi briani sedap sebab dah lama tak makan, disitulah pilihan utama. Rasanya memang sedap terutamanya acar timun pedas yang dibancuh secukup rasa. Entah apa resepi acar timun itu saya tak tahu, tapi ia membuka selera bila dimakan bersama dengan briani.

Cuma yang tak seronoknya adalah sikap kedekut taik hidung masin kedai itu yang kemut untuk berikan kuah kari kambing bila diminta. Ada sekali saya pergi makan dengan kawan-kawan empat orang di sana, kami makan roti canai dan nasi briani, bila diminta kuah kambing sikit untuk dimakan bersama dengan nasi briani pekerjanya beritahu dah habis.

Sedangkan saya lihat masih ada di dalam bekas. Lalu saya pergi tunjukkan padanya nak kuah itu. Dia dengan sombong beritahu kuah itu hanya untuk mereka yang order nasi briani bersama dengan kari kambing. Kalau nak kuah kena order kambing sekali.

Amboi! sombong dan kedekutnya! memang dasar taik hidung masin. Saya kata kalau nak kena bayar saya ada duit, apa pasal berkira sangat. Pekerjanya buat tak tahu saja dan rasa marah naik darah menderu dalam badan.

Macam nak boikot tak mahu pergi sana lagi tapi saya rasa kerja boikot saya tak akan ke mana sebab masih ramai lagi yang dah ketagih tak boleh lepas ke situ walaupun tanpa saya. Kekuatan mamak kedekut kuah kari kambing itu tetap ada walaupun dia amat kedekut kuah kari kambing.

Rupanya selama ini, setiap kali kita minta kuah kambing atau kuah ayam atau kuah daging, dia sentiasa akan berikan kuah kari ikan sahaja. Mereka tak pernah perdulikan apa jenis kuah yang orang minta. Bagi yang bukan berdarah pahlawan akan biarkan saja begitu.

Begitulah sedikit cerita berkenaan kedai mamak nasi kandar yang kedekut kuah kari kambing. Untuk anda yang biasa ke sana tentu ada pengalaman yang sama atau mungkin anda tak perasan sikap kedekut mereka itu.

Nak buat macam mana, taukehnya dah kaya raya dan dia tahu mana kekuatan dirinya dan begitulah hebatnya negara kita dalam melahirkan jutawan mamak nasi kandar di seluruh negara. Anda ada pendapat, ada komen boleh kongsikan pada ruang komen di bawah.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Mamak kedekut kuah kari kambing

Previous
« Prev Post

32 comments:

  1. Mintak kuah kari tak dapat pun nak kecoh ka? rileks la bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kecoh pung!!! tulis cerita saja... rileks la bro..!

      Delete
    2. X kna x rasa laaa...skali kna baru rasa nk lambong periok.hahaa

      Delete
    3. mmg biasa la bro..mmg standard ala mamak cam tu..wa pernah ckp kek mamak yg sombong tu.." oh..mau simpan luit balik kalinga or malbari ka? ...itu sahaja lps tu tobat x masuk kedai ala mamak tu lagi la...

      Delete
    4. Manusia sombong memang ada ramai jugak...

      Delete
  2. Puasa je, makan ala kadar je, atau pergi restoran mamak order air je. Duit boleh simpan buat rumah. Tahan nafsu tu, ikut nafsu lesu, ikut hati mati. Islam mahukan umat yang sederhana. Buat nasi goreng kat rumah beli perencah segera lagi ok.Kita org melayu patutnya boikot kedai mamak, kedai thailand sebabnya banyak dah ulamak jumpa barang kotor/mandram kat dapur mereka. Ayuh bangsaku bangkit. Lagi kita kurang makan lagi kita kuat sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah ! akan ikut amalan baik dari anon 1.10

      Delete
  3. Cuba tuan tanya kenapa mamak berniaga nasi kandar boleh begitu maju.padahal lauknya simple saje kita tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya! nak kena tanya tu ...ada orang kata mereka mandrem kuat...?

      Delete
  4. Memang berkira betul macam ni. Betul tu,kalau tak bagi kita nak bayar kan. Mamak sudah berlagak bila bisnes dah maju.

    ReplyDelete
  5. Saya pun ada pengalaman yg sama direstoran mahbub ni. Saya order nasi briani ayam goreng, saya minta sikit sambal nasi lemak, mamak yg ambil order tu kata habis. Nampak depa guna skrip yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pekerjanya dah terlatih begitu nampaknya. Terima kasih kongsi pengalaman

      Delete
  6. Pelik. Apsal la sampai begitu lahap nak makan kari kambing sampai nak marah2. Dah tau mereka ala2 sombong gitu masih sanggup pulak datang lagi nak makan lagi..nampak kebuloq sangat...banyak kedai lagi ada..tu pasal dea jadi sombong pasal depa tau yang dok tak puashati tu la yang rajin makan situ.

    ReplyDelete
  7. Saya jadikan restoren mamak sebagai pilihan yg paling akhir jika nk makan kt luar. Itu pn klu dh xde lngsung kedai makan yang lain. Sebolehnya x makan langsung. Pernah nampak pekerja restoren mamak di kuantan kencing kat belakang premis tepi tong sampah. Macam kat restoren tu xde tandas. Jadi diragui dia basuh tangan ke x lepas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga amalan tu, lepas ni kena jadikan amalan makan kat luar sebagai pilihan akhir. Masak sendiri lebih bagus rasanya

      Delete
  8. Saya ada dua pengalaman untuk dikongsikan.. maaf kalau tak suka

    1. Dulu ayah aku selalu cakap kau jangan selalu sangat makan kat kedai, especiali kedai mamak sbb dia org bila basuh ayam suka sangat letak kat tepi tandas jamban tu.. tapi memang betul 2, 3 kali aku nampak terutama restoran mamak yang tandas jamban nya terletak dalam kawasan ruang dapur restoran tersebut.

    2. Pengalaman aku masuk tandas utk berak di 1 restoran mamak di shah alam. Celaka, babii, anak haram betoi terus tersentap dlm hati aku apabila aku menolak pintu jamban tersebut, babii betoii, bengang aku coz ada mamat mana tah sudah berak taik sebesaq lengan atas lantai sebelah mangkuk jamban, maksud aku bukan dalam mangkuk, dah la besaq banyak pula. Apa masalah mamat ni aku tak tau wah hal jamban semua ok. Aku ingat laa..mungkin ini kes bengang dan mamat nie pulak sudah tentu bukan jenis darah pahlawan. Mampuihhh.. kelam kabut aku cari tandas lain.. hahaha

    Lepas daripada peristiwa itu seminggu lebih juga aku rasa geli nak makan kat restoran mamak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya taik besar dan banyak tu adalah keluaran dari orang yang gila... orang gila biasanya berak besar macam tu... hehehe

      Delete
  9. Mintak kuah kari tak dapat pun nak kecoh ka? rileks la bro.
    BUKAN NAK KECOH APA, KAMU TAK ADA RASA PATRIOTIK LANGSUNG LAH SAMDAL.... MAMAK NI MEMANG KEDEDUK GILER, TAK ADA HATI PERUT..

    ReplyDelete
  10. Kalau bolih elakkan makan di kedai mamak . Semua orang tahu tahap kebersihan kedai mamak. Mamak-mamak ini anggap bisnes restoran adalah satu perniagaan no. 1 yang akan mendatangkan keuntungan lumayan, kebersihan tolak tepi. Walau pun kita boikot kedai mamak , masih ramai orang Melayu memenuhi restoran mamak dan mamak ini tidak gentar pun dengan BOIKOT sebab Melayu mudah lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu! kena elakkan kedai yang pengotor...

      Delete
  11. Ok, mulai tarikh 6 Sep 14 jam 0600 pagi, marilah kita sama-sama orang-orang tanah melayu berikrar tidak akan menjejakkan kaki ke kedai mamak lagi. Tapi mesti semua sepakat, jangan langgar ikrar. Kita mesti berjemaah. Whatsapp kepada semua rakan kita. Kalau nak beli roti canai, cari sampai jumpa kedai orang melayu, kalau takde, beli burger makan kat rumah je, kalau takde juga, suruh orang rumah masak roti canai segera atau buat mee goreng kat rumah. Yang bujang kalau nak lepak dengan kawan-kawan carilah kedai melayu, takkan takde. Kita majukan dulu bisnes orang melayu barulah mereka boleh beli TV besar kat restoran mereka. Jangan tolong mamak, semakin kaya semakin berlagak. Kuasa membeli di tangan kita. Ingat jangan langgar ikrar ini. Bersamalah kita bersatu. Semoga bangsa melayu akan terus berkuasa di Tanah Melayu ini. Tk. Amin.

    ReplyDelete
  12. Mahbob bangsar memang pelik pun, aircond harga lain tk ada air cond harga murah sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kedai dia... dia buat ikut suka dia, kita ada pilihan

      Delete
  13. Mamak mmg kedekut. Minta kuah lebih pun dia x layan. Mmg celaka mamak ni. Untung saja mau

    ReplyDelete
  14. klau aku org sombong sedap macam mana pon aku tak akan makan, byk kedai lain lagi

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !