Kalau nak dinamakan negara yang sebenarnya menjadi pusat kecemerlangan ilmu dunia sekarang ini sudah tentu jatuh kepada negara Amarika Syarikat.
Negara tersebut mempunyai sejumlah 28 universiti yang tersenarai di dalam 100 universiti terbaik dunia berdasarkan ranking yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS), sebuah firma perunding dalam industri pendidikan.
Yale University |
Negara kedua yang menjadi negara terbaik sebagai pusat kecemerlangan keilmuan jatuh kepada United Kingdom. Mereka memiliki sejumlah 18 universiti dalam senarai 100 universiti terbaik dunia berdasarkan ranking QS.
Apa yang lebih menarik adalah, London sahaja, sebagai sebuah bandaraya, mempunyai sebanyak 5 universiti terbaik dalam senarai 100 universiti terbaik dunia. Banyak tu! sampai 5 universiti terbaik yang ada dalam bandaraya London saja.
Senarai terbaik universiti negara kita
Di kalangan negara asia pula, Singapura ternyata amat cemerlang dengan National University of Singapore menduduki tempat ke 22 dalam senarai 100 universiti terbaik dunia.Universiti terbaik negara kita adalah UM yang menduduki senarai ke 151 dalam senarai universiti terbaik dunia. Selainnya adalah UKM, berada di tangga ke 259 dan USM di tangga ke 309. Taklah boleh dibanggakan sangat dari segi pencapaian berdasarkan ranking QS.
Namun begitu, senarai yang dikeluarkan oleh QS sebenarnya tidak menggambarkan pencapaian dari segi prestasi keilmuan itu sendiri.
Ia lebih berat kepada pencapaian dari segi pemasaran dalam menarik tumpuan masyarakat dunia kepada universiti-universiti yang disenaraikan. Sekurangnya mereka amat bagus dari segi pemasaran.
Senarai top 10 universiti terbaik dunia 2014
Berikut saya berikan maklumat universiti terbaik dunia yang dikeluarkan oleh QS bagi tahun 2014 untuk maklumat anda kalau nak pergi sambung belajar:- Massachusetts Institute of Technology (MIT)
- University of Cambridge
- Imperial College London
- Harvard University
- University of Oxford
- University College London
- Stanford University
- The California Institute of Technology (CalTech)
- Princeton University
- Yale University
Berita baik sikit adalah UKM masuk dalam senarai 50 universiti terbaik dunia di bawah kategori universiti berusia di bawah 50 tahun. Boleh dibanggakan juga sikit dari tak ada apa-apa.
Rasanya sikap membantutkan kebebasan dalam dunia akademik di negara kita memberikan banyak sumbangan dalam membantutkan kecemerlangan universiti kita dalam dunia pendidikan.
Lihat saja kes pelajar universiti Safwan Anang dan juga kes Dr Azmi Sharom yang kena tindakan undang-undang akta hasutan baru-baru ini. Mungkin kerajaan ada sebab tertentu untuk mengekang kebebasan meuahkan pendapat atas nama kebebasan pendidikan dan keilmuan, entahlah.
Sumber maklumat - Google ler!
Anda ada pendapat tersendiri dalam kes ini? sila luahkan pendapat anda di sini. Peringatan! jangan lepas geram dan keluarkan kata-kata tak berpendidikan di sini... walaupun atas dasar kebebasan bersuara demi dunia keilmuan.
bullshit la kebebasan akademik tu, sfwan anang tu drop out punya student ,yang azmi sharom ada ke buku dia yg dapat pulitzer/nobel prize ha ha ha kajian pun mengarut, memang patut masuk jail pun, mana ada prof di Uni top kena masuk jail pasal buat good research/top books kecuali prof bangang yang suka hasut orang saja dan asik salahkan orang saja, pandangan dia sehala , tak akademik ada pro n con, asyik contra je, kena jcheck balik credential; azmi sharom, ke yg jenis dr. google jugak ha ha ha
ReplyDeleteMenarik pendapat tu... tentu lebih menarik jika dikomen dalam keadaan tenang dan berakademik. Terima kasih
Delete" mana ada prof di Uni top kena masuk jail pasal buat good research/top books kecuali prof bangang yang suka hasut orang saja dan asik salahkan orang saja, pandangan dia sehala , tak akademik ada pro n con, asyik contra je"
DeleteAnda silap. Ilmuan islam seperti Ibnu Sina, Al-Razi, Ibnu Khaldun dan ramai lagi dipenjarakan kerana tidak sebulu dengan pemerintah. Dr. Azmi berkomen perkara yang menjadi bidang bidangnya. Jadi apa masalahnya? Habis kalau benda yang tak betul takkan kita nak kata betul? Bilangan anugerah Nobel Prize terhad tapi para akademik dunia berjuta. Awak expect semua nak nak dapat Nobel Prize? Berapa ramai akademik ulung dunia yang tidak pernah merasa Nobel Prize? Prof Diraja Ungku Aziz pernah dapat Noble Prize ke? Top book plak apa benda? Top seller book adalah. Cuba bagitau saya berapa banyak buku akademik yang jadi top seller?
Berkomen tanpa ilmu dan fakta, lebih baik jangan berkomen. Dikhuatiri akan membodohkan orang lain
So what kalau betul Safwan ialah seorang dropout (eja pun tak betul ada hati nak condemn orang lain)? Ramai orang yang berjaya juga bergelar dropout. Billgates pun dropout gak. Rasullullah lagilah tak pernah masuk universiti. Buta huruf lagi. Awak tak tahu ke universiti ialah kilang yang melahirkan pekerja-pekerja (in other words, kuli-kuli) yang baik sahaja. Tak masuk universiti pun takpe sebab rezeki ada di mana-mana sahaja
DeleteDiharap pihak moderator blog sila tapis komen yang tidak membangunkan pemikiran rakyat. Amat berbahaya sekiranya komen ini dibaca oleh mereka yang tidak berilmu. Nanti bukan makin bijak jadinya, tapi makin ............. pula. Contohnya komen Anon Sep 26, 2014, 2:59:00 PM
ReplyDeleteYang baik jadikan tauladan, yang tak baik jadikan sempadan... terima kasih berikan cadangan, insyaallah akan dipertimbangkan
DeleteSaya fikir, kebebasan akademik itu bukanlah satu-satunya faktor yang membantutkan kecemerlangan institusi pengajian tinggi. Saya nampak, faktor akarnya ialah sikap kita sebagai rakyat Malaysia. Paling ketara, sikap bekerja / belajar sekadar waktu pejabat, atau sekadar nak lulus peperiksaan. Tak ramai yang bersikap memberi sesuatu lebih dari sepatutnya. Bekerja / belajar sungguh-sungguh memberi output lebih dari sepatutnya.
ReplyDeleteya setuju jugak dengan faktor tersebut sebagai penyumbang
Deleteteringin gak nak masuk salah satu universiti tu dulu. Tapi sekarang ni..memang dah tak berapa minat dah nak belajar. hehe
ReplyDelete