Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

19 November 2014

Kecewa program TnG rebate 20% lebuhraya Plus berakhir

  Ano Nyme       19 November 2014
Program TnG rebate 20% lebuhraya Plus banyak mendorong saya menggunakan jalan bertol hampir di semua lebuhraya bertol di negara kita. Biasanya kalau bergerak atas urusan perniagaan, saya tak akan lepaskan kemudahan dan keselesaan penggunaan lebuhraya bertol.

Itu istimewanya orang yang berniaga. Apa saja kos yang terpaksa dikeluarkan dalam setiap urusan bisnes, perlu dioptimumkan untuk kepentingan perniagaan. Dalam masa yang sama dapat mengurangkan kos pembayaran cukai.
Kecewa program TnG rebate 20% lebuhraya Plus berakhir

Apabila lebuhraya PLUS tawarkan rebate 20% pada pengguna lebihraya bertol yang melebihi 80 kali transaksi dalam tempoh sebulan, orang berniaga macam saya dapat 3 kali untung. Jimat kos cukai, jimat masa, kerja cekap dan seterusnya dapat lagi rebate untuk terus gunakan kemudahan lebuhraya.

Pergi tuntut rebate 20% lebuhraya Plus

Tadi pagi saya luangkan masa ke pusat TnG untuk semak kalau-kalau ada rebate untuk bulan-bulan yang lalu. Memang nak top up wang TnG pada kad yang ada. Biasanya kalau setakat nak top up lebih mudah pergi saja pada pintu masuk tol lebuhraya, tapi kalau nak dapatkan rebate kena ke pejabat terpilih lebuhraya.

Program TnG rebate 20% lebuhraya PLUS dan berakhir

Bila tanya kerani kat pejabat tu, baru tahu rupanya program tersebut dah ditamatkan sejak bulan Julai 2014 yang lalu. Alangkah kecewanya!.

Biasanya bila tuntut rebate tu akan dapat dalam lingkungan RM100 tolak campur. Jadi rasa ada sedikit keseronokan setiap kali dapat top up free dan boleh digunakan untuk berjalan lebih jauh dan kerap lagi.

Terpaksalah keluarkan duit untuk top up sendiri tanpa ada tambahan dari program TnG rebate 20% lebuhraya Plus. Apa nak buat, itu hak mereka untuk berikan apa saja keistimewaan pada pengguna dan tidak ada paksaan boleh dilakukan.

Program swasta lebuhraya PLUS

Kemudahan lebuhraya yang biasanya adalah inisiatif kerajaan untuk rakyatnya telah diserapkan ke Pasaran Bebas. Mungkin ada hujah tersendiri bila bekas PM kita Tun Mahathir merangka program menswastakan hampir semua keperluan infrastuktur di negara kita satu masa dulu.

Apa yang pastinya, program penswastakan banyak urusan pembinaan dan penyediaan infrastruktur di negara kita telah berjaya melahirkan ramai golongan korporat yang tersangat kaya jauh meninggalkan hampir kesemua orang kaya lain di negara kita khasnya orang Melayu.

Salah satu janji yang amat mengiurkan rakyat Malaysia adalah untuk mengkerajaankan hak milik lebuhraya PLUS. Jika itu dapat direalisasikan, maka akan lebih meriahlah urusan perniagaan negara kita dan sekali gus dapat menjimatkan banyak kos perniagaan.

Bila kos perniagaan dapat dijimatkan, sudah tentu banyak kos dapat dipotong dan rakyat akan mendapat manfaatnya. Kos inflasi akan turut sama diseimbangkan dalam satu tempoh yang tertentu. Mungkin negara akan lebih aman dan stabil dan rungutan rakyat akan lebih berkurangan.

Itulah luahan kecewa apabila dapat tahu program TnG rebate 20% lebuhraya Plus telah berakhir. Apa pandangan anda? ada komen?
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kecewa program TnG rebate 20% lebuhraya Plus berakhir

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Biasala, bila niaga kena pikir untung, diaorg pun pikir kira untung jugak, semua promo, diskaun, rebat tu utk menggalakkan org lbh ramai pakai kad tu. Pakai kad ni paham paham aje la, kita dah bayar dulu, guna kemudian, dan biasanya takder org yg tinggal zero kredit dlm kadnya, tak bnyk sikit berbakilah jugak 20-30 ringgit. Bayangkanlah 20-30 ringgit ni kalau ada 2-3 juta kad, berapa bnyk yg diaorg boleh guna utk pelaburan jangka pnjg diaorg. Bila dah dikira kira jumlah yg guna dah capai target, promo promo tu stop la.

    ReplyDelete
  2. dalam untung kita ada rugi
    dalam rugi kita ada untung

    kadang2 pening nak fikir yang mana kita dapat lebih banyak
    untung atau rugi

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !