Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

06 November 2014

Kisah Norhidayati Margaret yang peluk Islam

  Ano Nyme       06 November 2014


Ini satu kisah Norhidayati Margaret Binti Abdullah yang peluk Islam dan berjanji pada dirinya bahawa, Hidupku, Matiku hanya dalam Islam.

Norhidayati Margaret memeluk Islam setelah berpisah dengan suami pertamanya pada tahun 2006. Beliau mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

Norhidayati bertemu jodoh dengan seorang lelaki Melayu iaitu Zulkefli Ibrahim dan bermulalah kehidupan baru Norhidayati Margaret sebagai seorang Muslim.

Cabaran setelah Norhidayati peluk Islam

Pasangan ini bukanlah pasangan yang senang. Zulkefli mengambil Norhidayati sebagai isteri atas tanggungjawap untuk membimbing seorang saudara baru ke jalan kebenaran namun demikian pelbagai rintangan yang terpaksa dilalui.

Norhidayati yang pada mulanya berkerja sebagai jaga (security) di sebuah sekolah berdekatan mula diserang pelbagai penyakit, antara yang ketara adalah badannya akan menjadi bengkak-bengkak setiap kali beliau keluar berkerja.

Sebab keadaan semakin kritikal akhirnya Norhidayati terpaksa berhenti kerja dengan harapan suaminya dapat membantu. Tetapi malang bagi Norhidayati bukan sekali tapi dua kali apabila suaminya juga kurang sihat.

Suami juga mendapat dugaan

Zulkefli mengidap penyakit batu karang yang kritikal. Walaupun beliau telah menerima pelbagai rawatan dari hospital kerajaan terutamanya tembakan laser, batu karang ini terus juga berkumpul dalam masa 3 bulan.

Memandangkan keadaan yang sempit dimana kedua-dua pasangan ini mempunyai penyakit kritikal, survival untuk keperluan harian amat-amat diharapkan.

Perkongsian dari Zulkefli menyatakan, "sejak kahwin kami tak pernah mengharap pada sesiapa, malah kami pernah tidur berlapikkan kotak untuk beberapa tahun sebab tiada wang untuk membeli tilam. Namun demikian keadaan semakin ketara sekarang ini. Sebabnya kedua-dua kami sedang sakit." cerita Zulkefli.

"Saya gagah juga untuk berniaga kecil-kecilan dengan pendapatan RM20-25 sehari agar kami tidak kekeringan makanan. Saya tumpang berniaga hanya dari isnin hingga jumaat. Tetapi hari yang saya tak keluar niaga tak ada siapa pun yang tahu samada kami makan atau tidak untuk hari itu." sambung Zulkefli lagi.

"Selain keperluan makanan kami juga terbeban dengan bayaran ansuran bulanan rumah dan keperluan asas yang lain. Saudara sebelah saya ada membantu namun demikian mereka juga ada keperluan yang perlu dijaga. Sudah menjadi tanggungjawap saya untuk membimbing Norhidayati, InsyaALLAH saya akan lakukan selagi ada tulang empat kerat ini." antara ucapan Zulkefli.

Pastikan orang lapar diberi makan

Amat menyedihkan jika masih ada lagi manusia di bumi bertuah ini yang masih belum ada makanan secukupnya. Namun demikian, disebalik kesusahan ini ALLAH telah menghadiahkan sesuatu yang sangat bernilai.

Dua bulan yang lalu anak tunggal Norhidayati Margaret, Kenneth Roy telah pun memeluk Islam dan insyaALLAH akan bernikah hujung tahun ini.

Pengerusi myIKUT saudara Nur Azley Stanley sempat berbual dengan anak Norhidayati untuk urusan pernikahannya. Dari nada dan cara Muhammad Azroy Iskandar (nama Islam), nampaknya beliau yakin Islam agama terbaik baginya.

myIKUT ringankan beban mereka yang peluk Islam

Alhamdulillah myIKUT dengan kerjasama JHEAIPP dan beberapa NGO Islam telah mampu seadanya untuk meringankan beban pasangan ini.

Terkini myIKUT sudah pun mencadangkan agar pasangan ini mendapat bantuan bulanan dari Zakat Pulau Pinang dan seterusnya memperkenalkan pansangan ini kepada qariah Masjid terdekat untuk dilihat keperluan mereka.

Inilah rentetan kehidupan Saudara Baru, myIKUT akan cuba membawa banyak lagi kisah-kisah survival saudara baru ini untuk pengetahuan umum.

Semoga kisah ini memberi ikhtibar kepada kita. Sesungguhnya mereka ini adalah insan pilihan. Dan kitalah yang di pertanggung jawabkan untuk mereka. Aalllahuallam.

MyIKUT mengalu-alukan sumbangan anda agar usaha untuk menjejaki saudara baru yang dalam kesempitan dan bantuan ''add-hoc'' ini dapat berterusan.

Usaha ini amat penting agar mereka tidak ''disambar'' oleh keluarga mereka yang sentiasa mengharap mereka kembali ke agama asal.

Selamatkanlah Syahadah meraka. Kekalkanlah Syahadah mereka. Bangunkanlah mereka dengan Syahadah

Anda boleh menyumbang terus kepada:

Nama akaun: Infaq Kebajikan Umah Takaful (IKUT)
No Akaun: 5571 3923 0356
Bank Akaun: Maybank

Sumbangan anda amat dialu-alukan. Semoga kita berkongsi pelaburan kita di dunia ini untuk mendapat ganjarannya di sana nanti...aaaminn.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kisah Norhidayati Margaret yang peluk Islam

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !