Ujung Batu ni merupakan sebuah pusat nelayan kecil bagi penduduk di sekitar Bagan Dalam dan kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya. Masa zaman kanak-kanak dulu, ada banyak perahu kecil para nelayan berlabuh di situ.
Pemandangan Ujung Batu sekarang. Sebelah kanan adalah restoran nelayan yang popular di situ. |
Kalau nak pergi ke Ujung Batu sekarang, anda boleh naik jalan raya cantik dari stesen bas di Butterworth menuju ke Bagan Dalam. Anda akan melalui Masjid Bagan Dalam di sebelah kiri. Terus lagi ke depan, jumpa Restoran Pak Aboo, terus lagi ke depan.
Dihujung sana ada sedikit selekoh kiri. Tengok di sebelah depan anda, ada jalan kampung di sebelah kanan jalan. Di situlah jalan masuk ke pusat nelayan Ujung Batu. Sekarang ada sebuah Restoran Nelayan yang besar dan terkenal di situ.
Kali pertama naik perahu di Ujung Batu
Kenangan paling manis d Ujung Batu ketika zaman kanak-kanak adalah pengalaman kali pertama naik perahu dari jeti kecil nelayan di situ.Kebetulan salah seorang bapak saudara merupakan orang yang menghabiskan kehidupannya dengan melibatkan diri dalam aktiviti nelayan di Ujung Batu. Dia bukanlah seorang nelayan, lebih kepada seorang pembantu nelayan di situ.
Bapak saudara saya itu merupakan seorang OKU yang tidak dapat berkata-kata. Dia boleh keluarkan bunyi dari mulutnya untuk berbual. Tapi hanya mereka yang dah biasa lama dengannya sahaja yang dapat memahami pertuturannya. Para nelayan di Ujung Batu tentu kenal Jali, begitulah nama panggilannya.
Masa kanak-kanak, saya di bawa oleh Pak Njang, bapa saudara yang bisu itu menaiki basikalnya menuju ke Ujung Batu. Saya tak ingat berapa umur saya ketika itu, tapi rasanya dah bersekolah rendah ketika itu.
Bila samai ke sana, saya minta agar dia bawa saya berkayuh menaiki perahu yang ada banyak di situ. Memang dah lama sangat teringin untuk naik perahu. Jadi elok cuba nasib minta naik kalau-kalau Pak Njang sudi membawanya.
Kena marah naik perahu di Ujung Batu
Dan saya bernasib baik apabila dia tanpa bercakap banyak (sebab memang tak boleh cakappun) membawa saya menaiki salah sebah perahu di situ. Kami bersiar-siar sekeliling kawasan itu ketika air pasang. Dan sempat juga saya belajar kayuh perahu.Rasa ketika itu, pengalaman naik perahu seperti itu adalah satu pengalaman yang terlalu hebat yang tak mudah untuk dilupakan. Pak Njang berikan amaran agar jangan ceritakan pada ibu atau sesiapa saja. Tapi perkara besar sebegitu mana boleh simpan.
Akibat saya tak boleh pendamkan keseronokan pengalaman naik perahu di Ujung Batu, maka pecah juga cerita yang sepatutnya menjadi rahsia. Apa lagi, Pak Njang saya menjadi mangsa kemarahan kaum ibu kerana membawa budak kecil naik perahu.
"Nasib baik tak jadi apa-apa", begitulah luahan rasa risau ibu dan semua ibu saudara yang ada di bagan dalam ketika itu. Saya baru dapat tahu bahawa Pak Njang saya tu sebenarnya tak reti berenang walaupun dia sentiasa bermain dengan air laut di situ. Patutlah mereka amat risau.
Hampir kena liwat di Ujung Batu
Satu lagi pengalaman di Ujung Batu adalah satu pengalaman yangmengerikan. Ketika kanak-kanak saya berjalan-jalan nak ke kedai mamak di dalam kampung Bagan Dalam itu.Ketika berjalan kaki, terserempak dengan seorang pemuda yang menegur saya bertanyakan nak ke mana. Saya jawab nak ke kedai, beli gula-gula. Dia bertanya samada saya mahukan seekor burung?. Apa lagi, tentu saya mahu. Mana ada kanak-kanak yang tak mahukan seekor burung?
Kata pemuda itu, kalau mahukan burung boleh ikut dia. Nanti sampai di tempat yang ada disimpan burung itu, dia akan berikannya kepada saya. Maka saya tanpa berfikir apa-apa, terus anguk dengan laju dan mengekori pemuda itu.
Agak jauh juga berjalan dan saya perasan dia membawa saya menuju ke Ujung Batu. Di sebelah kiri ujung batu itu ada belukar dan di situlah dia membawa saya. Saya mula rasa takut dan lain macam. Pemuda itu berjalan terus dan sekali sekala memandang belakang untuk memastikan saya masih mengekorinya.
Jeti nelayan yang dah terlalu uzur dan tidak terurus sekarang |
Ada sebuah rumah kayu buruk di situ dan dia masuk sambil mengajak saya ke dalamnya. Saya mula ragu-ragu dan tiba-tiba dia peluk saya dan cuba mencium pipi dan mulut saya yang gebu dan merah itu.
Dengan pantas dia melondehkan seluar saya. Nafasnya kuat dan saya terus berikan satu pukulan maut pada mukanya, tarik seluar pendek naik dan terus buka langkah seribu menyelamatkan diri. Kurang ajar punya pemuda Bagan Dalam, rungut saya sambil lari. Nasib baik saya pernah di bawa ke Ujung Batu dan tahu nak balik.
Itulah pengalaman pahit nyaris kena liwat di Ujung Batu Bagan Dalam. Sejak itu saya fobia berjalan sendiri di Bagan Dalam. Setiap kali nampak pemuda besar, saya rasa gabra dan yang paling bagus, saya belajar untuk mengesan soalan jerat untuk memperdayakan saya. Patutlah dia tawarkan pada saya seekor burung... memang dia nak berikan saya burungnya!
Adakah anda ada pengalaman yang sama sebegitu...? berikan komen di bawah.
fuh, memang pengalaman yang mengerikan
ReplyDeletenasib juga pandai karate
muka orang tu ada macam anwar tak?
ReplyDeletetaakkk...muka dia sebijik mcm org yg bertanya tuu....
ReplyDeleteKalu muka macam anwar hang tak mungkin lepas lari,...hahaha
ReplyDeletebahaya dulu masa kecil2 tak tahu apa2 tapi masih ingat pesan ayah kalau pi kedia mesti dgn kawan2 kebetulan pak cik kedai miang ornagnya..lepas beli brang saya sedara terus cabut heeee
ReplyDeleteSeronok nak bot dalam masa yang sama menakutkan sebab macam-macam boleh terjadikan. Pengalaman yang mengerikan juga yang dialami nasib tak ada apa2x.
ReplyDeleteseram sejuk saya membaca entri ini..dahsyat sungguh!
ReplyDeleteagak agaknya najib kut...
ReplyDelete