Bila jauh di negara orang, maka semuanya kempunan nak makan masakan dari negara sendiri. Kalau nak beli memang terlalu sukar nak jumpa. Apatah lagi masa tu teringin nak makan yang bukan-bukan, tapi malangnya nak masak sendiri tak reti.
Jadi biasanya kami akan berkumpul ramai-ramai ketika waktu yang sesuai. Bila dah ada ramai kekawan, maka ada banyak kemahiran terkumpul. Saya lebih cekap masak kari penang, itu saja yang saya pandai sikit. Jadi itulah masakan saya jika berkumpul.
Kawan-kawan daripada Pantai Timur pula memang jauh lebih bijak dalam bab masakan rupanya. Mereka boleh masak serba serbi. Dari segala tok nenek kuih sampai roti canai murtabak. Termasuklah masakan ikan perik.
Dari situ saya mula kenal adanya ikan percik. Sebelum itu saya hanya kenal adanya ayam percik. Tak tahu pulak ada lagi masakan ikan percik. Itu salah satu daripada resepi atau menu masakan kawan-kawan dari negeri Pantai Timur. Rasanya sedap mak ooi!
Ikan Percik dengan santan king
Itu hanya mukadimah nak kongsikan resepi ikan percik kat sini. Saya perturunkan resepi ini dengan menggunakan santan king yang boleh anda dapati di seluruh pasaraya Giant dan Cold Storage di seantero Malaysia.Pilihlah Santan King
Kenapa Santan King? sebab ianya kaya dengan Vitamin A dan E, tersanat rendah kandunagn lemak dan paling penting bebas cholestrol.Jadi tak perlu risau jika anda jenis yang sayang jantung. Makan Santak King, anda tak perlu risau risiko cardio kerana kandungan Fatty Acid pada Santan King hanyalah dalam lingkungan 0.25% berbanding Santan Kelapa yang ada sebanyak 49.1%.
Resepi ikan percik dengan santan king
Bahan A :
- 1 ekor ikan bawal @ ikan selar ( dibersihkan & dikelar )
- 1 cawan kecil Santan King
- 1/2 cawan air asam
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil halba
- 2 sudu kecil serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
Bahan B :
- 10 tangkai cili kering
- 4 ulas b/putih
- 2 inci halia
- 3 batang serai
Cara memasak
- Lumurkan sedikit garam & serbuk kunyit pada ikan
- masukkan semua bhn kecuali ikan,sehingga pecah minyak & pekat
- bakar ikan sambil sapukan kuah yg sudah pekat tadi
- Hiaskan dengan salad & tomato semasa menghidang
Perkongsian dari Puan Khairul Nisa yang comel lote di Santan King
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !