Singapore Changi International Airport |
Bancian ini telah dibuat sejak 18 tahun yang lalu bagi memberikan maklumat kepada pengguna airport di seluruh dunia. Mereka bukan saja membuat bancian terhadap keupayaan sesebuah airport memberikan keselesaan untuk pengguna bermalam di airport, malah kesemua kemudahan perkhidmatan lain juga diambil kira.
Helsinki International Airport |
Kemudahan lain di airport yang diambil kira termasuklah seperti kemudahan pengangkutan seperti teksi, bas dan seumpamanya. Juga kemudahan tandas, kemudahan mengambil bagasi, paparan maklumat di airport dan lain-lain lagi.
Senarai 10 airport terbaik dunia 2014
Berikut adalah senarai 10 airport terbaik dunia untuk maklumat anda:- Singapore Changi International Airport, Singapore (SIN)
- Seoul Incheon International Airport, South Korea (ICN)
- Helsinki International Airport, Finland (HEL)
- Munich International Airport, Germany (MUC)
- Vancouver International Airport, Canada (YVR)
- Kuala Lumpur International Airport, Malaysia (KUL)
- Hong Kong International Airport in Hong Kong (HKG)
- Tokyo Haneda International Airport, Japan (HND)
- Amsterdam Schiphol International Airport, Netherlands (AMS)
- Zurich International Airport, Switzerland (ZRH)
Singapura punyai airport terbaik dunia
Apa yang paling menarik, negara jiran kita Singapura sejak 18 tahun yang lalu sentiasa disenaraikan sebagai airport terbaik di Asia. Bukan saja di Asia, malah Singapura juga punyai Airport terbaik di dunia.
Semua orang memberikan maklum balas hebat berkenaan airport di Singapura ini. Antara yang paling ketara adalah kemudahan tempat untuk penumpang yang berhenti untuk transit tidur melepaskan lelah yang di sediakan secukupnya dalam keadaan yang selesa.
Untuk anda yang biasa ke Singapore Changi International Airport, tentu boleh keliru samada anda sedang berada di airport ataupun di pusat membeli belah. Dengan segala memudahan dan taman-taman yang indah dan hebat sampailah kepada petugas di situ yang amat berdedikasi dan membantu.
Seoul Incheon International Airport |
Bagi negara Korea di mana terletaknya Seoul Incheon International Airport, mereka membuat kelainan yang hebat. Jika anda terpaksa menunggu di airport dan terpaksa bermalam, anda akan diberikan selimut untuk keselesaan anda tidur sebentar di dalam airport tersebut.
Walau bagaimanapun, kita boleh berbangga kerana Kuala Lumpur juga tersanarai dalam 10 airport terbaik dunia. Negara kita menduduki senarai ke-6 dalam keseluruhan airport yang ada di dunia.
10 airport terburuk dunia 2014
Dah tahu berkenaan 10 airport terbaik dunia, tentu anda tertanya-tanya bagaimana pula senarai 10 airport terburuk dunia.
Oleh itu di bawah disenaraikan pula 10 airport terburuk dunia untuk maklumat anda yang sering ke luar negara.
- Islamabad Benazir Bhutto International Airport, Pakistan (ISB)
- Jeddah King Abdulaziz International Airport, Saudi Arabia (JED)
- Kathmandu Tribhuvan International Airport, Nepal (KTM)
- Manila Ninoy Aquino International Airport, Philippines (MNL)
- Tashkent International Airport, Uzbekistan (TAS)
- Paris Beauvais-Tille International Airport, France (BVA)
- Frankfurt Hahn International Airport, Germany (HHN)
- Bergamo Orio al Serio International Airport, Italy (BGY)
- Berlin Tegel International Airport, Germany (TXL)
- New York City LaGuardia International Airport, USA (LGA)
Maklum balas daripada pengguna menyamakan Islamabad Benazir Bhutto International Airport, Pakistan sebagai sebuah penjara yang tidak ada kawalan dan keselamatan. Beradai di sana sama teruk dengan berada di dalam penjara!.
Jeddah King Abdulaziz International Airport |
Untuk tempat kedua airport terburuk di dunia, iaitu di Jeddah King Abdulaziz International Airport, Saudi Arabia, kekurangan tempat duduk serta sikap petugas di sana yang biadap dan kurang ajar membuatkan semua orang bosan berada di sana.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh melawat laman web di sini
Sepatotnya negara arab lebih baik dari negara bukan islam lain sebagai contoh.
ReplyDeletesepatutnya begitulah...
Deleteterbaik macam klia pun apa guna klau takde bisnes tarak... itupun pi buat KLIA 2... yg satu tu pun ke laut
ReplyDeletesiapa yang tak ada bisnes yang tuan anon maksudkan...? tuan anon yg tak ada bisnes atau KLIA...? rasanya KLIA ada bisnes!
Delete