Teknologi canggih daripada Kansai Coating Malaysia Sdn Bhd telah memasarkan sejenis cat rumah yang mampu menghalau nyamuk. Cat yang digunakan untuk menghias dinding rumah anda tidak akan disinggah oleh nyamuk.
Sekarang amat jarang nak bertemu dengan rumah kayu atau rumah papan. Kalau ada banyak pun, biasanya di kawasan setinggan atau kawasan yang dibina oleh para pekerja kontraktor di kawasan tapak pembinaan.
Kebanyakan daripada kita, terutamanya yang duduk di Bandar atau pinggiran Bandar tinggal di rumah yang diperbuat daripada batu bata. Semua taman perumahan menggunakan batu bata sebagai bahan utama pembinaan.
Masih tak jumpa lagi adanya taman perumahan yang menggunakan bahan kayu sebagai bahan bina utama mereka bagi membuat rumah. Kalau anda ada jumpa, tolong war-warkan kat sini, sebab teringin nak pergi tengok dan nak tahu berapa kos buatan dan jualan sebuah rumah di situ.
Gunakan cat rumah halau nyamuk
Point yang saya nak cakap di atas dalam membandingkan antara rumah kayu dan rumah batu adalah, bahawa hampir semua daripada kita menggunakan cat untuk hiasan dalaman rumah masing-masing. Sebab kebanyakan dari kita tinggal di bandar di kawasan taman perumahan.Oleh itu, bila dah guna cat, eloklah guna cat rumah yang mampu menghalau nyamuk. Bila nyamuk tak ada dalam rumah, kita tentu akan rasa lebih selesa. Telinga tak akan bingit setiap kali nyamuk datang dan 'ram' tepi telinga macam enjin kapchai pecah ekzos.
Kes denggi di negara kita juga amat merisaukan. Peningkatan yang naik tinggi melangit terhadap kes mereka yang kena demam denggi amat menakutkan. Jumlah mereka yang dah meninggal dunia akibat kes denggi juga semakin meningkat jumlah angkanya.
Macam mana cat halau nyamuk
Untuk maklumat anda, cat yang dinamakan sebagai ALES Anti-MosQ itu telah dicampur dengan bahan kimia penghalu nyamuk. Bahan tersebut adalah racun serangga pyrethroid sintetik.Menurut Kansai, bahan kimia penghalau nyamuk pada cat itu akan terkeluar secara perlahan-lahan. Ianya dapat berthan selama 2 tahun di dalam cat rumah yang ada pada dinding rumha anda. Ertinya, nak kena cat semula setiap dua tahun sekali bagi menjadikan bahan halau nyamuk berkesan semula.
Dari segi kos, saya tak ada maklumat. Tapi rasanya mungkin mahal kerana kos bahan kimia sintetik pyrethroid bukanlah murah. Tapi mungkin berbaloi jika anda usahakan resort yang berhampiran hutan yang ada banyak nyamuk. Ada kelebihan untuk membuatkan orang ramai pilih resort anda dengan adanya cat halau nyamuk.
Biasanya nyamuk akan singgah pada dinding rumah selepas penat berlumba dan tekan minyak ke sana-sini. Bila dia tak dapat singgah pada dinding rumah, maka nyamuk terpaksa berlegar-legar atas udara tak henti-henti, jadinya letih dan nyamuk tak tahan.
Nyamuk yang berlegar-legar itu samada kena tampar oleh anda, ataupun dia cabut lari tak masuk dalam rumah anda lagi. Begitulah rasanya bagaimana nyamuk akan berkurangan banyak dari masuk ke dalam rumah anda dengan menggunakan cat rumah halau nyamuk.
Kalau nak baca laporan berkenaan Cat rumah halau nyamuk tersebut boleh klik kat sini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !