Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

27 December 2014

Hasil hutan yang lesap - Sabah dari atas

  Ano Nyme       27 December 2014
Sambungan daripada perjalanan ke Sabah baru-baru ini. Selesai urusan di Kota Kinabalu, saya dan dua rakan lagi naik Kapal Terbang dari Kota Kinabalu menuju ke Lahad Datu. Kami ke sana dengan menaiki Mas Wing.

Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke Lahad Datu. Selama ini hanya mendengar berita berkenaan masalah keselamatan di sekitar kawasan tersebut melalui media massa sahaja.

Kalau ikutkan cerita media, rasa macam tak selamat untuk ke sana. Tapi daripada kenalan rakan-rakan yang tinggal di sana dan pernah ke sana, tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.

Oleh kerana kami pergi ke sana waktu siang hari, maka berpeluanglah untuk melihat pemandangan mukabumi ketika berada di atas kapal terbang. Kalau ada rezki boleh rakamkan sedikit gambar sebagai kenang-kenangan.

Pemandangan Sabah dari atas kapal terbang

Suasana pemandangan dari atas di sepanjang Perairan Sabah memang amat mengkagumkan sekali. Masih banyak rasanya kawasan kosong yang belum diisi di mukabumi Sabah untuk pendudukan manusia.

Pemandangan yang paling ketara adalah terdapat ribuan kampung air di kebanyakan Pulau yang ada di sekitar perairan Sabah. Mana-mana Pulau yang berdekatan dengan Kota Kinabalu sudah tentu akan dipenuhi oleh perkampungan air.

Sebab itulah pelabuhan kecil di Kata Kinabalu dipenuhi oleh bot-bot penumpang samada yang haram mahupun yang halal. Aktiviti pengangkutan ini wujud sebab ada ramai penduduk yang tinggal di sekitar kampung air datang ke Kota Kinablu untuk mencari makan.

Kebanyakan daripada mereka membekalkan tenaga kerja atau buruh yang murah. Kehadiran tenaga buruh murah itu merupakan satu keistimewaan pada para usahawan di Sabah terutamanya di Kota Kinabalu.

Tapi dalam masa yang sama, limpahan tenaga kerja itu juga merupakan pesaing kepada para usahawan asal Sabah. Orang kampung terapung yang kebanyakannya tiada identiti dan kerakyatan menjadi penjual hasil laut dan yang berkaitan dengannya dengan harga yang lebih murah daripada biasa.

Pemandangan Kebun Kelapa Sawit

Ketika kapal terbang Mas Wing menghampiri kawasan Lahad Datu, saya lihat saujana mata memandang kawasan hijau yang dipenuhi oleh jutaan pokok kelapa sawit. Di mana saja mata saya singgah, hanya limpahan pokok kelapa sawit yang ada.

Sudah tentu ada ratusan ribu hektar kebun kelapa sawit yang menjanjikan sumber kerja dan pendapatan pada orang-orang di Lahad Datu. Murah rezki mereka nampaknya. Dan tentulah mereka perlu berterima kasih pada para usahawan yang mengusahakan kebun kelapa sawit yang amat luas tersebut.

Cuma saya terfikirkan sebelum wujudnya hamparan kebun kelapa sawit di seluruh kawasan Lahad Datu itu, sudah tentu kawasan tersebut merupakan kawasan hutan yang amat besar. Maka sudah pasti ada terdapat jutaan kayu balak yang menghijau.

Terfikir juga siapa gerangan mereka yang berjaya melibas keseluruhan hasil kayu balak yang berharga itu sebelum menggondolkannya dan diganti dengan kebun kelapa sawit. Bukan sedikit hasil kayu balak yang telah dikebas, sudah tentu berbillion ringgit!.

Ke mana pergi hasil hutan Sabah

Melihat jumlah keluasan hasil kayu balak yang telah diangkut tersebut, saya rasa mampu membuatkan seluruh penduduk yang ada di Sabah menjadi kaya.

Sekurang-kurangnya keseluruhan kawasan yang mana kayu balak di gonddolkan mampu dimajukan dengan hebat dengan prasarana yang mengkagumkan. Maka saya bayangkan satu Bandar Lahad Datu yang berdiri megah dan maju.

Ternyata bila mendarat, tidak sebagaimana yang saya bayangkan. Pekan Lahad Datu rasanya lebih kecil saiznya berbanding Pekan Bukit Mertajam tempat saya tinggal di Pulau Pinang. Suasananya masih klasik dan tidak menggambarkan satu bandar yang pernah kaya dengan limpahan kayu balak.

Siapakah gerangan mereka yang telah berjaya menjadi billionaire hasil daripada kerja penggondolan kesemua hasil hutan yang terlalu banyak itu? anda boleh jawab?
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Hasil hutan yang lesap - Sabah dari atas

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Kalau abang nak tahu,hasil keuntungan itu semua tidak pergi ke bandar lahad datu sahaja ,tetapi untuk pembangunan kota kinabalu, kundasang,ranau,sandakan dan tawau.jadi saya yakin itu semua lebih besar daripada bukit Mertajam.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !