Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

08 December 2014

Mee Gulam Kota Damansara yang dah mahal

  Ano Nyme       08 December 2014
Anda pernah makan Mee Gulam di Kota Damansara?

Atau pernah dengar tentang mee mamak yang dipanggil Mee Gulam direstoran yang terletak di Kota Damansara?

Mee Gulam di Kota Damansara ini saya dah mula makan sejak lama dulu ketika taukehnya jalankan perniagaan mee goreng de ngan menggunakan kereta tolak beroda.

Katanya ketika itu dia terpaksa menempa kereta tolak untuk niagakan mee goreng mamak itu dari PuLau Pinang.

Masa mula-mula dulu, kalau nak makan mee goreng mamak yang sedap saya akan pergi ke Kota Damansara. Tempat mee gulam itu beroperasi dulu adalah di pekan kecil di Kota Damansara bersebelahan dengan McD.

Kalau hari berpuasa iaitu hari khamis atau hari isnin, dan terasa nak makan mee gulam atau mee mamak, saya akan ke Kota Damansara itu untuk membeli sebungkus atau dua untuk dibawa balik balik menjamu selera di kala berbuka nanti.

Mee Gulam dah berpindah

Tak lama selepas itu, saya dah tak jumpa lagi mee gulam atau mee mamak di Kota Damansara tersebut. Puas kekadang saya cari kat mana kereta tolak yang jual mee goreng mamak di situ tapi tak jumpa.

Kemudiannya baru dapat tahu bahawa rupanya dia dah berhijrah tak jauh daripada tempat asal. Tapi bukan lagi berniaga atas kereta tolak seperti sebelum ini. Sebaliknya dia dah ada sebuah restoran besar yang menjalankan perniagaan mee berkonsepkan mee mamak. Maka saya berpindah makan mee gulam kat restoran itu pulak.

Mee Gulam semakin membesar

Sejak itu saya lihat restoran mee gulam itu semakin lama semakin membesar. Habis keseluruhan kawasan besar di bangunan dua tingkat pusat perniagaan itu telah diubah suai menjadi restoran di bawah mee gulam.

Orang ramai berpusu-pusu pergi makan mee gulam. Bukan saja da mee, malah apa saja makanan yang popular yang anda rasa nak makan ada di restoran tersebut. Layanan nya juga pantas dan suasana tempat restoran itu santai dan bersih.

Mee gulam dah mahal sangat

Apa yang lebih menarik sekarang adalah tentang harga mee gulam yang dikenakan pada para pelanggan ke sana. Harganya punyalah mahal !, jauh lebih bahal berbanding harga masa lalau dan juga berbanding dengan mana-mana mee mamak yang ada dijual di sekitar lembah kelang.

Kalau anda makan mee gulam atau mee mamak biasa, harganya adalah RM7 sepinggan. Kalau anda ikut cadangan atau pertanyaan pelayan samada nak mee mamak special atau biasa, anda pilih special, anda akan disembelih dengan lebih kejam lagi.

Rata-rata harga makanan yang dipersembahkan oleh restoran mee gulam dah teramat mahal sekarang. Semalam saya bawa keluarga balik singgah ke situ setelah penat memandu dari utara tanh air. Anak-anak makan maggi goreng saja dan harganya sepinggan adalah RM6, perghhhh! boleh tahan.

Jadi kalau anda nak makan sekali sekala bolehlah pergi ke Mee GUlam tu, sebab makanan mee goreng mamaknya memang special dan susah nak jumpa di sekitar kawasan lain di Lembah Kelang. Tapi dengan harganya yang terlalu mahal, elok fikirkan dua kali ler. Elok makan mee mamak Che Wan di Puchong saja.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Mee Gulam Kota Damansara yang dah mahal

Previous
« Prev Post

10 comments:

  1. elok pun di paparkan kat media. Sebenarnya gulam mee nie memang mahal, cuba tengok resit masa bayar. Kami sekeluarga yang duduk di Kota Damansara nie pun dah lama boikot...! Dulu masa mula2 berniaga di seksyen 6, pelanggan sangat puas hati...buat taukeh gulam, dengar2 lah sikit cakap pelanggan sebelum terlambat...

    Apapun kuasa ditangan pelanggan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kos perniagaan jadi tinggi, terpaksa naikkan harga untuk tampung kos tersebut.., selagi pelanggan boleh rasionalkan tak apa..! kalu majoriti tak boleh, alamat bungkus

      Delete
  2. Terkejut saya baca harga mee Ghulam dah RM7... kali terakhir saya makan tahun 2008 pun RM5... dah sewel gamaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sewel yang sewelnya diri tu..yang ketagih makanan mamak...belajarlah buat sendiri...kos sepinggan cuma $1.20 sen je

      Delete
    2. Tak salah heh makan kat kedai atau makan makanan mamak... tak gitu?

      Delete
  3. semua makan kat kedai mamak, bila mamak kaya mesti sombong punya lah kasi harga naik, rm 7 kalau buat sendiri boleh lima orang makan.

    ReplyDelete
  4. Td kali pertama saya mencuba makan di gulam mee...sepinggan mi gulam mee semangkuk kuetiaw sup dgg dan 2cendol...dh rm24...mahai nya...

    ReplyDelete
  5. Tenguk wallet.. Baru tanya selera

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !