Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

25 December 2014

Pengalaman Makan rusa di tepi jalan di Kunak, Sabah

  Ano Nyme       25 December 2014
Dah berhabuk blog ini sebab dah agak lama tertinggal tidak dikemaskini dengan sebarang artikel baru. Kesuntukan masa untuk buat macam-macam membuatkan beberapa aktiviti bukan pilihan terpaksa dikorbankan.
Pengalaman Makan rusa di tepi jalan di Kunak, Sabah

Salah satu sebab kesuntukan masa adalah disebabkan perjalanan merentas Sabah dari Kota Kinabalu sampai ke Sandakan. Dari situ jugalah berpeluangnya merasai pengalaman makan rusa di tepi jalan.

Kalau baca tajuk artikel memang gempaq sikit. Tapi bukan cerita bohong, malah benar-benar berlaku. Cuma mungkin tak sebagaimana yang anda sedang bayangkan sekarang, keadaaan makan rusa di tepi jalan tersebut.

Tentu anda bayangkan saya sedang duduk bertinggung, sambil kedua-dua belah tangan memegang seketul daging atau peha rusa yang sudah siap dipanggang.

Daging rusa yang dah dilumur segala garam dan rempah terpilih turun temurun dan diperap, yang sudah siap dipanggang selama 3 jam perlahan-lahan. Gigit dan koyakkan daging halus berperisa itu sambil menahan nafas. Kunyah perlahan-lahan dan pejamkan mata menikmati rasa lazat daging rusa...

Makan Rusa di Restoran Payau, Kunak

Sebenarnya, saya singgah makan masakan daging rusa di sebuah restoran yang terletak di tepi jalan utama di kawasan Kunak. Terpampang besar perkataan 'Restoran Payau' di atas restoran yang cantik itu.

Nasib baik dah dapat tahu bahawa Payau itu bermaksud Rusa. Kalau payau yang saya fahami di sebelah utara semenanjung Malaysia, maknanya adalah rasa yang tak sedap. Biasanya orang utara akan menyebut rasa air payau. Kalau minum air payau, saya akan sembur keluar semula air payau itu dek tak sedapnya.

Jadi kalau orang utara yang lalu kat tepi jalan tersebut dan terbaca Restoran Payau, maka terus lidahnya akan rasa kelat dan pahit, tak lalu nak makan. Siapa nak singgah pada restoran yang menyediakan segala masakan yang payau...?

Dalam perjalanan saya beserta 2 orang lagi kawan dari Lahad Datu menuju ke Tawau, di situlah bertemu Restoran Payau yang amat terkenal itu di Kunak. Saya akata amat terkenal sebab dekat dinding restoran itu kata macam macam tu.

Masakan daging rusa sahaja di restoran Payau

Istimewanya restoran tersebut adalah kesemua masakannya berasaskan daging rusa. Masak kicap, masak black peper, masakan halia dan masakan sup daging rusa. Semua menu itu dihidangkan dengan semangkuk nasi putih.

Daging rusa diletakkan dalam 6 ke 7 ketul hirisan kecil dan dicampurkan dengan bawang yang amat banyak. Makanlah dengan nasi dan jangan ratah daging saja sebab sedikit. Masukkan bawang yang banyak tu sebagai perisa dan kunyah perlahan-lahan. Walaupun sedikit begitu, berbaloi buat mereka yang tak pernah rasa daging rusa.

Macam mana rasa daging rusa?

Rasanya lembut. Teksturnya tak macam daging lembu biasa. Tapi kalau anda pernah makan daging lembu yang orang tua panggil daging rimau menangis, macam tulah rasanya.

Masakan yang taukeh restoran Payau sediakan pula boleh tahan. Saya ambil Daging Rusa Masak Halia. Sedap oklah juga. Saua rasa masakan sup payau yang kawan ambil, juga rasanya ok.
Daging rusa dah licin. Dapat rasa kuahpun jadilah!

Harga kami makan 4 orang campur dengan minuman adalah RM48 sahaja. Ertinya dalam bajet seorang RM12 untuk masakan daging rusa sudah tentu adalah sesuatu yang amat berbaloi.

Untuk gambaran jelas, saya paparkan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan ketika di Restoran Payau, Kunak Sabah.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Pengalaman Makan rusa di tepi jalan di Kunak, Sabah

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. orang sabah memangil rusa sebagai payau

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !