Bila dinamakan Malam Cinta Rasul maka tak beranilah orang nak komen yang bukan-bukan. Takut nanti dituduh tidak cintakan Rasulullah pulak. Sedangkan bukan bermakna anda tidak cintakan Rasulullah jika berselawat secara sederhana kecil-kecilan dan bukannya secara beramai-ramai ratusan ribu orang dengan belanja Jutaan Ringgit.
Tapi nampaknya ada juga yang sanggup berikan pandangan menarik. Baca kat sini. Bukannya menentang aktiviti selawat secara beramai-ramai di dataran sambil menunggu datangnya tahun baru, tapi mencadangkan agar semua peruntukan yang diperlukan bagi menjayakan aktiviti berselawat itu disalurkan pada mangsa banjir yang teruk melanda negara kita.
Program selawat sempena banjir
Saya tulis tajuk begitu bukan nak cucuk program Malam Cinta Rasul. Bukan nak tuduh mereka anjurkan program selawat sempena kejadian banjir teruk yang melanda negara kita.Tapi nak cadangkan agar semua yang nak terlibat dalam anjuran program selawat tersebut agar teruskan selawat. Tapi berselawatlah di tempat masing-masing. Lagi baik kalau hulurkan bantuan berupa tenaga atau harta sambil berselawat. Tak semestinya berselawat di dataran merdeka dan dipimpin oleh pendakawah besar seperti Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf.
Oleh kerana kos membawa Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf adalah terlalu mahal, maka adalah lebih baik jika beliau tak payah datang. Biarkanlah Syech Habib berselawat saja dirumahnya. Begitu juga dengan kesemua pengiring serta para pengasuhnya, berselawatlah di kediaman masing-masing.
Serba tak kena jadinya
Tentu ada juga yang akan kata, serba tak kena jadinya. Sambutan tahun baru dengan mercun, mabuk, pesta, seks bebas, konsert lalai ditentang habis. Lalu ditukar pula dengan selawat, juga dikritik tak sesuai... buat apapun tak betul nih!.Memanglah begitu !. Buatlah apapun, tentu ada yang akan kritik. Itulah lumrah masyarakat dari dulu sampai sekarang. Tak akan habis-habis sampai bila-bila. Itu tandanya orang ramai prihatin.
Apa yang kita perlu buat adalah mendengar, pertimbangkan dan pilih yang mana bersesuaian berdasarkan keadaan semasa. Begitu juga dalam bab sambutan tahun baru kali ini. Ramai yang dah umumkan pembatalan.
Yang paling menarik adalah pengumuman Sultan Perak agar tiada sebarang sambutan atau pesta tahun baru. Sebaliknya salurkan segala bajet kepada mangsa banjir. Itu hebat !, semua kena ikut.
Apa pendapat anda dalam bab selawat sempena sambutan tahun baru ini? apakah ianya perlu diteruskan atau anda ada cadangan atau sudut pandang lain yang berbeza dan tersendiri. Sila komen kat bawah.
Tak perlu dan membazir, bantuan utk mangsa banjir lagi penting. Yg ada kudrat tu pergi bantu mereka dlm kesusahan...
ReplyDeleteMohd Asri
Keutamaan perlu diutamakan
DeleteIslam itu sederhana...apa2 bentuk hiburan, keraian, sambutan dan apa juga program, sekalipun atas nama agama islam yang berlebih2 dan membazir adalah haram di sisi Islam...Apakah program selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW secara besar-besaran ini sesuatu yang perlu diutamakan dibandingkan dengan musibah yang menimpa ummat di negara ini dan tidak membazir mengikut pandangan Islam? Kalau jawapannya tidak membazir dan lebih utama daripada usaha menyelamat nyawa ummat yg sedang ditimpa musibah ini,ayuh teruskan...tapi kalau sebaliknya, tolong hentikan agar ummat kita tidak ditimpa musibah yang lebih besar oleh Allah Azzawajalla..
ReplyDeletemoga dijauhkan dari musibah hendaknya
Deletetak bestla, tok shekh tak masyuuuuk
ReplyDeleteTak masyuuukpun tak apalah
Deleterakyat Kelantan tak perlukan selawat ala syekh itu...Nabi dah ajar cara selawat untuknya dan bila mana dilakukan, tentu tak ada selawat yang lebih mulia selain yang rasulullah sendiri ajar...ingat besar mana pun serban tok syekh selawat tu....tak akan semulia dengan kahak sahabat nabi.....
ReplyDeleteapalah umat sekarang kalau nak dibandingkan dengan para sahabat
Delete"bala" diturunkan oleh Allah SWT kerana terlalu banyak "kemungkaran" dilakukan ... dan "bala" itu bukan kena ke atas yang melakukan "kemungkaran" sahaja, ia kena ke atas orang lain yang tidak melakukannya ... selagi tidak mahu mengakui banyak melakukan "kemungkaran" dan ada usaha untuk menghalangnya, selagi itulah "bala" akan terus diturunkan .........
ReplyDeletesamalah kita cegah mungkar dan galakkan kebaikan
DeleteMajlis selawat cinta nabi ni dah macam perbuatan bidaah pulak. Setahu saya puak syiah gemar majlis seperti ini dalam menyampaikan cinta mereka kpd Ali.
ReplyDeletememang ada yang fanatik berlebihan pada 'Ali...
DeleteDalam beribadah tiada bidaah samada hasanah atupun tidak semenjak zaman RASULLULLAH hingga para Shahabat..menjalani kehidupan perlu ada bidaah hasanah! jika x reti sila belajar..jika tidak selamat menjadi JAHIL MURAQAB yg TEGAR dan TONGONG!!
ReplyDeleteTerima kasih sebarkan ilmu pada yang tonggong
DeleteSaya terpanggil ingin berkongsi pendapat bukan sahaja tentang Mlm Cinta Rasul yg sedari awal tak pernah saya gemar. Seolah olah mempermainkan agama. Yg pergi berubah menjadi alam warak chipsmore sekejap alim bila balik selawat menjalani kehidupan yg kebaratan. Bukankah bila menunjuk nunjuk itu menjadikan kita riak dan takbur lebih lebih lg bila kita sibuk update di tweet di IG ttg kita hadiri majils sebegini. Bila org mula memuji terkdg jd lain bukan ikhlas jwbya.
ReplyDeleteSaya ingin menambah sudah masanya 1. Pelajaran Renang jd matapelajaran wajib bukan sampingan 2. Pelajaran CPR juga hendaknya.
terima kasih sudi berikan pendapat tuan. 2 cadangan tu akan cuba diketengahkan pada pihak kementerian...
DeleteDr blog Sisi Bukit. Gembira da syukur bila Sdr Azmin dan Bro Lim Kit Siang menderma. Saya minta tuan menulis sesuatu ttg menderma kepada bangsa lain yakni Cina dan India. Sejujurnya sekiranya wang di dalam poket saya ada tak kira bangsa apa yg dtg minta derma saya hulur. Cumanya bila jelas berteraskan tabung keagamaan saya tolak dgn baik. Dan sebenarnya mereka pun arif ttg perkara ini. Tp saya rasa termalu bila bangsa Melayu ramai yg tak sudi menderma bila bangsa lain meminta derma kemanusiaan cth org kelainan upaya, org uzur dan miskin. Lihatlah hari ini duit bangsa asing itu jugalah yg akan jadi darah daging mereka bukan itu sahaja entah entah itulah duit yg menyelamatkan nyawa mereka. Bagaimana kita nak menarik org bukan Islam sedangkan sedari awal sikap cuak kita telah menendang mereka jauh dari kita. Mungkin saudara boleh membuka ruang utk warga maya berbicara ttg topik ini.
ReplyDeletemendermalah pada yang susah dan memerlukannya tak kira apa bangsa sekalipun... saya setuju. Insyaallah akan cuba diketengahkan
DeleteSelawat tu bila2 masa boleh buat. 24 jam sehari boleh buat. Kat mana2 boleh buat. Tak payah nak tunggu pesta2. Tak yah nak tunggu ada pak seikh. Selawat tu mak bapak dah ajar, ustaz dah ajar. Hari2 kita pun berselawat. Tak yah buat pesta2 cam tu pon tak apa. Tempat lain tak ada, Kat Mesia ni aje yang lebih2. Nak selawat pun kena pakai henjut2, hangguk2 kepala, gendang2....
ReplyDeleteBaik guna duit tu bantu mangsa banjir.
32 juta kali lebih baik
sambil bantu mangsa banjir tu kita berselawat
sambil tolong masak ker mangsa banjir tu kita berselawat
sambil tolong basuh lumpur kat rumah mangsa tu kita berselawat
sambil rehat2 lepas penat tolong buat kerja tu kita berselawat
apa gunalah sangat pendapat saya ni. setakat jadi keyboard warrior je.
ReplyDeleteSelawat tu patut tiap tiap malam minggu buat..biar meriah sikit dekat dataran merdeka..mangsa banjir kita bantu jugak selawat perdana kita buat juga...tak payah persoal la duit belanja tu..dua dua benda baik tu...orang yang nak berselawat sambil tulong masa banjir pun boleh, nak selawat kat rumah pun boleh...tak payah persoal lah peruntukan selawat tu..persoal duit sendiri lagi bagus..guna dekat mana..buat beli rokok ke.bayar yuran sekolah anak ke,bagi mak bapak ke,buat makan angin ke,bagi sikit mangsa banjir ke.dan banyak lagi .yang tu kita perlu persoal juga.....dengar ke saripudin memang la.....persoal benda pelik pelik...kalau persoal ke disko dengan ladang babi banyak kat malaysia ni logik gak.
ReplyDeleteApa motif dia persoal gitu...?entah diia pegi ke tidak tempat mangsa banjir atau tempat selawat...dua dua tempat berpahala tu...