Itu merupakan gambar Hotel Cititel, Kota Kinabalu, Sabah yang saya tinggal selama 2 hari ketika berada di Kota Kinabalu. Biasanya saya tinggal di Hotel Kinabalu Daya. Tapi hotel itu dah penuh, maka tak dapat bilik untuk saya tinggal.
Pada mulanya, saya agak teruja jugak nak cuba hotel baru. Apatah lagi bila lihat Hotel Cititel tu besar dan berada di kawasan yang tak sama dengan hotel yang biasa saya tinggal sebelum ini. Bagus juga, kata hati. Boleh merasa tempat baru.
Bilik Cititel Kota Kinabalu yang amat sempit
Bila sampai ke Hotel Cititel dengan menaiki teksi dari Lapamgan Terbang, saya terus ambil kunci dan naik ke bilik. Sebaik saja saya masuk dalam bilik hotel, amat kecewalah rasanya hati melihatkan saiz dan susunan perabut dan katil dalam hotel Cititel Kota Kinabalu itu.Tak pernah lagi dalam sejarah hidup saya bertemu dengan bilik hotel yang begitu kecil. Ada dua katil single dalam bilik tersebut dan disusun rapat sehingga tak ada ruang untuk lalu di celah dua katil tersebut.
Ruang dari pintu masuk ke katil pula hanya muat untuk satu orang sahaja. Terpaksalah letakkan beg pakaian di celah dinding supaya ada ruang sedikit. Tapi memang amat sempit bilik itu. Kalau nak tidur saja dan kemudiannya keluar dari bilik memang amat sesuai. Tapi kalau nak melepak kat dalam bilik tu, memang membosankan sekali.
Naik teksi makan malam di Grace Point
Seperti biasa, kalau tak pergi makan Ikan segar dan masakan lazat dari salah sebuah gerai di Grace Point, rasa macam tak pergi ke Kota Kinabalu. Jadi saya rancang dengan kawan-kawan lain untuk pergi makan malam di sana. Lagipun ada yang masih tak biasa lagi pergi ke Grace Point tu.Saya ambil sebuah teksi dan kami naik empat orang pergi ke sana. Sampai di sana kami makan malam dengan hidangan ikan masak sambal. Telur dadar, sayur dan nasi serta minuman ala kadar. Saya belanja semua makanan tersebut dengan harga yang amat berpatutan. Kami makan 5 orang hanya dikenakan harga RM58 sahaja. Oklah tu berbaloi dengan kelazatannya.
Selepas makan, semua kenyang dan kami balik ke hotel masing-masing untuk rehatkan diri. Saya balik ke bilik dan tiba-tiba baru perasan yang beg duit kulit saya tiada. Puas mencari dengan menggeledah semua bilik dan beg, tapi tak jumpa. Saya mula risau...
Banyak barang penting ada dalam beg tersebut. Duit tak ada banyak sangat sebab saya masukkan duit cash dalam satu lagi beg duit yang ada dalam poket seluar saya. Tapi ada kad kredit dan kad-kad penting lain yang kalau hilang akan menyusahkan saya.
Cari dompet yang hilang
Saya tenangkan diri dan mula ingatkan semula bila kali akhir saya pegang beg duit itu. Dan saya yakin dari mengingati semula segala peristiwa, beg itu mesti tertinggal samada di Grace Point atau di dalam teksi yang kami tumpang untuk pergi ke Grace Point tadi.Saya turun ke bawah dan pergi cari semula teksi yang membawa kami tadi. Malangnya pemandu teksi yang kami tumpang dah habis bertugas. Terfikir kalau-kalau pemandu mungkin terjumpa dompet dan kembalikan pada hotel, saya pergi laporkan pada receptionist Hotel Cititel. Kalau ada mungkin mereka boleh tolong simpan untuk saya. Mereka minta saya tinggalkan no untuk mereka semak.
Tak berapa lama, saya mendapat panggilan dari seorang lelaki. Dia merupakan penyelia kepada semua pemandu teksi yang berkhidmat untuk pelanggan hotel tersebut. Saya pergi bertemu dengannya dan minta maklumat terperinci berkenaan teksi dan pemandu yang saya tumpang.
Bila dah jelas dia dapat tahu mana satu pemandu teksi tersebut dan mengajak saya pergi melihat dalam teksi. Kebetulan pemandu itu tinggal tak jauh dari hotel dan dia simpan keretanya di depan kawasan parking rumahnya. Dengan perasaan berdebar saya pergi ke teksi dan menyuluh di tempat belakang di mana saya duduk tadi.
Jeng jeng jeng!
Nah! kelihatan dompet saya berwarna kelabu gelap diperbuat dari kulit jelas terdampar di belakang kerusi teksi. Lega rasa hati!. Penyelia menelefon pemandu dan nasib baik dia belum tidur lagi. Pemandu itu membuka teksi dari atas rumahnya dengan menggunakan remote dan saya buka dan ambil dompet.
Saya semak atas permintaan penyelia itu dan mengesahkan semuanya seperti keadaan asal. Tak ada apa-apa yang hilang dan sebenarnya ia kelihatan tidak langsung disentuh atau dibuka. Saya berterima kasih banyak-banyak pada penyelia itu yang amat baik hati bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah saya.
Kenapa Hotel Cititel Kota Kinabalu hebat pada saya
Nah! itulah saya katakan kenapa Hotel Cititel Kota Kinabalu hebat pada saya. Mereka ambil tindakan segera dan tak tunggu siang untuk cuba selesaikan masalah pelanggan mereka.Saya dapat tahu memang itulah kelebihan hotel Cititel tersebut. Mereka sediakan teksi untuk kemudahan para pelanggan hasil dari kerjasama mereka dengan kumpulan pemandu teksi persendirian. Dan para pemandu semuanya amat jujur dan sentiasa bekerjasama dengan pihak hotel bagi memastikan pelanggan sara selesa dan dilindungi.
Baru saya faham kenapa mereka tak kisah untuk elokkan lagi bilik hotel. Sebabnya adalah kerana mereka ada fokus lain untuk membezakan hotel mereka berbanding hotel lain. Lepas ini, kalau anda nak yakin dengan kemudahan lain yang boleh diberikan oleh hotel, dan anda tak kisah walaupun bilik hotel sempit, pilihlah Hotel Cititel Kota Kinabalu.
Saya paparkan beberapa keping gambar yang saya rakamkan di sekitar kawasan hotel ketika saya meronda di waktu pagi selepas subuh. Memang suasana persekitaran pasar basah dan pasar filipino di situ tak pernah jemu untuk dironda dan dirakamkan gambar.
hehe, saya mulanya saya ingatkan tuan nak bersikap sarkastik atas servis dan kemudahan yang teruk kat hotel ni. rupanya memang nak puji.
ReplyDeletekalau saya yang jenis tak kisah pasal saiz bilik ni, mungkin akan cuba menginap kat sini satu hari nanti.
Hahaha, memang nak puji sungguh...
Delete