Saya berpeluang menginap di sebuah hotel yang diberi nama Hotel Ibis yang terletak di Pekan Baru. Hotel tersebut amat menarik dengan konsep ringkas digabungkan dengan warna-warna menarik terutamanya warna hijau.
Tapi tak pula saya paparkan gambar hotel itu kat sini berserta dengan perhiasan dalamannya. Tak mau nak tolong promosi sangat secara percuma. Kalau pembaca nak merasa sendiri bagaimana layanan dan suasana hotel tersebut boleh buat carian di google dan pergi cuba sendiri.
Apa yang menarik adalah kedudukan hotel itu betul-betul berada di dalam pekan Ipoh. Jadi senang nak merayap melihat keadaan pekan Ipoh samada di waktu pagi ataupun di waktu malam. Bagi saya waktu pagi adalah waktu yang paling best untuk merayau di mana-mana saja tempat samada di dalam pekan ataupun di kawasan pendalaman.
Waktu pagi ini segar. Semua masih dalam keadaan tulis dan belum disolek dengan kosmetik tipuan. Sebab itu waktu pagi biasanya menggambarkan keadaan sebenar di sesuatu kawasan. Kalau di pekan, hanya segelintir manusia sahaja yang akan keluar memulakan aktiviti harian mereka. Saya suka melihat suasana tersebut.
Kalau sebelum ini saya biasa tinggal di hotel Riverfront, suasana pagi di sekitar kawasan tersebut dimeriahkan oleh warga Ipoh yang menjaga kesihatan. Sekitar hotel di Riverfront dipenuhi dengan pusat riadah yang berupa taman yang amat indah dan segar sekali.
Tapi suasana sebegitu tak ada di sekitar Hotel Ibis. Apa yang ada hanyalah sebuah padang bolasepak tak jauh daripada Hotel. Itupun sudah cukup untuk melihat beberapa orang warga tua Ipoh yang menggunakan kemudahan tersebut untuk melakukan senaman di waktu pagi. Semuanya orang Cina dan tak ada Melayu.
Mungkin sebab tak ada langsung sebuahpun rumah orang Melayu yang tinggal di tengah pekan Ipoh itu maka tak ada orang Melayu berpagi-pagi di sekitar pekan Ipoh. Bila saya merayau di waktu pagi itu, maka saya dan seorang lagi kawan menjadi antara Melayu unik yang sedang berjalan kaki dengan pakain sukan sekeliling Hotel Ibis.
Maka tak hairanlah kami disergah oleh lebih dari 5 ekor anjing yang menunjukkan taring mereka mahu supaya kami lari. Saya buat tak tahu saja dan hanya menyediakan diri untuk bertindak seandainya mereka main kasar nak tokak kaki.
Nasib baik tuan punya anjing yang pada mulanya buat tak tahu saja dengan aksi anjing mereka sergah semula anjingnya dan mereka lalu kurangkan ancaman terhadap kami berdua. Petua saya dari kecil adalah bila anjing datang sergah, jangan lari. kalau laripun tak guna sebab mereka jauh lebih pantas dari kita.
Jadi buat tak tahu saja, samada anjing itu besar atau kecil, garang atau tidak garang. Kalau anjing jenis yang merbahaya, pastikan anda ada senjata dan jangan biarkan anjing itu buat sesuka hati anjingnya. Anda tentu dah pernah dengan ramai orang yang mati kena baham dengan anjing ganas. Jadi jangan tambah statistik tersebut.
Ok! celoteh berhenti setakat ini sahaja dulu sebab kalau nak dikutkan perangai saya nak menulis cerita, akan jadi bersangkut-sangkut tak habis. Sedar-sedar dah melebihi seribu perkataan sampai orang naik bosan.
Tujuan kat sini sekadar nak kongsikan beberapa keping gambar yang sempat saya rakamkan ketika berjalan kaki di sekitar Hotel Ibis, Ipoh. Ada banyak lagi gambar terutamanya gambar kedai lama yang ada kat situ, tapi saya tak masukkan. Kawasan itu saya lihat ada banyak kedai yang buat aktiviti pengedaran bahan percetakan seperti akhbar dan sebagainya dalam berbagai bahasa.... ha tengok tu!, dah nak sambung lagi pulak dah. Ok selamat bertugas.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !