Memang Pekan Lahad Datu itu dikelilingi oleh ribuan hektar Ladang Kelapa Sawit yang sudah tentu menjadi sumber pendapatan para penduduk di sana. Selain daripada itu ada perlancongan merupakan antara tarikan di Lahad Datu, tapi semuanya menjadi malap teruk sejak kejadian Tentera Sulu yang dikatakan cuba menawan Sabah melalui Lahad Datu.
Lahad Datu jadi sasaran serangan
Lahad Datu juga menjadi sasaran serangan pada tahun 1985. Pada ketika itu, sekumpulan pengganas yang dikatakan lanun datang menyerang Lahad Datu dan telah membuat pembunuhan. Seramai 21 orang terbunuh dan 11 orang lagi cedera dalam serangan lanun tersebut. Nampaknya memang Lahad Datu ni dah ada sejarah kena serang lebih dari sekali.Berdasarkan sejarah, Lahad Datu sebenarnya sudah lama menjadi salah satu penempatan orang ramai. Ada penemuan tembikar yang berasal daripada Dinasti Ming di temui di sekitar Lahad Datu. Itu membuktikan bahawa penempatan telah wujud di sana sejak abad ke 15 lagi.
Lahad Datu macam pekan lama
Macam yang saya sebut sebelum ini, saya suka suasana Lahad Datu yang membuat kan kita mengimbau nostalgia keadaan bandar di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur pada satu ketika dahulu. Susunannya yang kompak dan meriah membuatkan kita rasa terhibur.Bila saya lihat bangunan Pejabat Pos di Pekan Lahad Datu, saya teringatkan bangunan Pejabat Pos di Bukit Mertajam dan juga di Butterworth. Mungkin itu menunjukkan Pejabat Pos berjaya membawa satu identiti yang sama di mana saja mereka berada. Itu satu kelebihan untuk Pejabat Pos sebenarnya.
Teringin nak ke lahad Datu lagi
Saya ada pergi ke Pasar yang ada di Lahad Datu. Ia taklah semeriah keadaan Pasar di Tawau. Sempat juga saya rakamkan aksi kanak-kanak sedang bermain di atas pelantar kecil di laut berhampiran Pekan Lahad Datu. Ada kelihatan banyak juga kapal yang berlabuh di situ.Tak banyak yang saya sempat korek daripada pengalaman berada di Lahad Datu tersebut disebabkan kesuntukan masa. Kami sampai waktu pagi dan terus ke Pejabat Mara di Lahad Datu. Ada program di pejabat Mara tersebut dan bila habis, kami terpaksa bertolak ke Tawau pula dengan menaiki kereta.
Mungkin jika ada rezki satu masa nanti, boleh tingal sehari atau dua hari di Lahad Datu. Dapatlah saya menerokai lagi keunikan suasana persekitaran dan keadaan penduduk di sana. Saya lampirkan sedikit gambar yang ada di rakamkan ketika berada sekejap di Lahad Datu baru-baru ini.
betul la
ReplyDeletebaru perasan
bangunan pejabat pos sama je kat mana2