Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

29 January 2015

Tak sangka apa yang ditemui di Muar, Johor !

  Ano Nyme       29 January 2015
Pernah pergi ke Muar, Johor?. Bagi diri saya, ini merupakan kali pertama pergi ke Muar dan berpeluang untuk tinggal bermalam lebih daripada dua malam di sana. Sebelum ini memang ada pernah ke Muar, Johor, tapi sekadar lalu dan kalau singgahpun sekadar minum dan makan mee di tepi jalan sahaja.

Bila bermalam di Muar, Johor baru-baru ini, tak sangka pulak akan bertemu dengan satu masakan hebat menu pilihan. Menu yang tak boleh tidak mesti kena pekena kalau berkesempatan pergi ke sana nanti sekali lagi.

Dari Tune Hotel ke Muar, Johor

Saya dan beberapa orang rakan keluar meninggalkan Tune Hotel yang saya ceritakan sebelum ini, yang pandai ajar orang bagaimana nak tinggal hotel bajet. Kami keluar pada hari rabu pagi dari tune hotel dalam keadaan perut lapar tak bersarapan.

Kebetulan ada beberapa buah restoran Melayu di depan Tune Hotel yang menyediakan sarapan pagi (kena bayar la!). Kami singgah makan di salah sebuah restoran yang ada dan saya ambil nasi lemak. Tak payah saya nyatakan nama restoran itu sebab nak mengata sikit kat sini.
Apa yang saya nak kata adalah berkenaan nasi lemak yang dijual yang paling tak sedap yang pernah saya makan. Kuah sambalnya terasa seperti sedang makan air gula merah. Punyalah manis melecas sampai rasa nak meloya.

Terpaksa habiskan nasi bersama telur dan bilis saja sebab sayang nak buang. Para pekerja dan tukang masaknya adalah Indon (berdasarkan nada cakap), mungkin sebab itu tak reti masak nasi lemak dan tak sedap agaknya?.

Habis makan terus keluar meninggalkan Danga Bay menuju ke Muar. Dalam lebih kurang dua jam saya dan kawan sampai ke Tangkak dan selesaikan kerja di sekitar kawasan Ledang sampai petang. Dari Tangkak pula, kami bergerak pergi ke Muar.

Sampai ke Pekan Muar, wow! amat meriah. Kenderaan punyalah banyak kebetulan kami sampai waktu orang balik kerja, maka penuh sesak pekan Muar itu dengan kenderaan bersimpang siur.

Perut lapar teringin nak makan petang. Jadi kami singgah minum dan makan petang dulu sebelum pergi daftarkan diri di Traders Hotel yang telah ditempah.

Surau sejak 1907 masih kekal di Muar

Ada kedai Melayu tepi jalan yang menjual berbagai jenis makanan petang. Mee, mehun, kuih muih dan macam-macam ada. Itu memang kegemaran saya. Walaupun bila makan hanya ambil 3 atau 4 jenis kuih saja, kuih yang banyak tetap menjadi daya tarikan utama untuk singgah. 

Ketika lalu nak ke kedai tepi jalan itu, terlihat sebuh surau. Terpampang tahun ia dibina, 1907. Pergh! punyalah lama dan masih teguh kekal ada di situ. Memang terasa kagum dengan keadaan tersebut.

Kalau kat kebanyakan tempat lain, rasanya dah habis kena runtuh dan dirombak dengan pembangunan lain yang lebih sesak.

Hotel Traders Di Muar, Johor

Habis pekena kuih dan hirup nescafe sampai licin, kami bergegas ke hotel. Ambil kunci bilik dan terus naik ke atas. Dapat duduk bilik ditingkat 9 dan bila masuk saja ke dalam bilik itu, saya terkejut! Punyalah besar yang amat!. Mula terasa rugi duduk berseorangan dalam bilik sebesar itu. 

Rasanya boleh muat lebih dari 10 orang. Nasib baik, ada seorang lagi kawan akan sampai dan akan duduk sekali nanti. Kalau tidak rasa nak menangis sebab teringin nak bawa anak bini datang sekali duduk dalam bilik sebegitu.

Setakat ini, bilik hotel itu adalah yang paling besar saiznya yang pernah saya tinggal. Harganya murah daripada harga Tu** Hotel tapi ada segalanya. Internet, katil besar, sofa lengkap, meja buat kerja, karpet, pendingin hawa, pemandangan indah dan lain-lain...

Pemandangan indah berdepan dengan Sungai yang besar bersebelahan dengan pekan Muar amat mengujakan. Saya boleh duduk di balkoni yang siap ada kerusi dan meja (siap ada balkoni lagi tu!) sambil menghirup udara senja dan pegang kamera merakamkan kecantikan pemandangan di situ. Tempat itu jadi pot saya wak tu senja dan waktu subuh... damai rasanya.

Sup Kambing power di Muar Johor

Bila malam, selepas selesai solat dengan sempurna, saya dengan kawan sorang lagi tu bersiap untuk pergi cari makan. Terfikir nak makan Nasi Briani Gam Muar, kalau ada. Bila tanya, memang ada dan malangnya kedai Makcik tu hanya dibuka pada waktu siang.
Jadi terpaksa cari alternatif lain. Mulanya saya ada tanya pekerja di Hotel di mana ada tempat maan yang bagus di Pekan Muar. Dia terus syorkan Soup House. Dia tunjukkan jalan yang terletak tak berapa jauh daripada hotel yang kami tinggal.

Katanya itu kedai mamak yang amat popular di Muar dan sentiasa ramai orang. Sup Kambingnya amat Power dan boleh mengigigl jika dimakan.

Tapi saya terus reject awal-awal sebab tak ada kedai makak yang boleh lawan para mamak di Pulau Pinang. Saya tak percaya ada kedai mamak yang mampu sediakan makanan yang lebih sedap daripada para mamak di Pulau Pinang. Jadi kalau ada orang mendakwa ada kedai mamak yang sedap selain di Pulau Pinang, saya tak akan percaya.

Tapi memandangkan rancangan nak makan nasi briani johor tak dapat, maka saya melencong juga cari Soup House. Senang saja untuk bertemu dengan kedai tersebut. Sebab mejanya punyalah banyak. Dia menguasai banyak lot kedai di semua kawasan itu dan semua orang sedang asyik makan dan berbual. Semua bangsa ada kat situ.

Saya duduk dan minta satu sup kambing. Sepinggan nasi, sepinggan roti dan secawan air nescafe. Lalu datanglah sup kambing mamak diletakkan di depan saya. Mulanya saya hirup sedikit kuahnya, terasa tekak saya basah dan rasanya lazatnya mula menyerap dari tekak naik ke otak. Pergh! lazatnya, saya berkata pada kawan di depan.

Saya cubit roti dan cicah kuah sup. Cubit sedikit daging kambing dan ngap masukkan dalam mulut, sedap!, memang sedap!. Saya ngap tanpa henti. Tapi hanya cicah sedikit demi sedikit sebab takut kuah habis. Nanti nak makan dengan nasi pulak.

Akhirnya habis licin semua nasi, kuah sup serta dengan semua isi yang ada di dalamnya. Kalau tulang kambing tu boleh makan dah tentu saya kunyah dan telan kesemuanya. Rasa macam nak tambah lagi, tapi memandangkan esok nak puasa, saya tahan keinginan itu. Lain kalilah saya akan datang lagi.

Ha! itulah perkara yang tak sangka yang saya temui di Muar, Johor. Pekan lama yang sibuk. Meriah sungguh. Hotel yang tak berkira besar dan selesa dengan pemandangan yang cantik. Dan paling best adalah sup power daging kambing.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Tak sangka apa yang ditemui di Muar, Johor !

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. Aku rasa yg hang nampak mcm surau tu, 1907 tu stesen keretapi lama, bukan surau tu, dlm tu adalah agaknya surau kecik. Last aku tahu dah jadi pejabat kastam. La ni tak tau la pulak.
    Beriani gam biasanya aku gi kat Batu Pahat, lbh kurang 50 km dr Muar, kat Tmn Soga, kedai Beriani Power.
    Kat Muar tu popularnya, mee bandung Muar.

    Org JB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas maklumat. Ya! mungkin saya tersilap pandang dan tersalah tafsir... tq tuan

      Delete
    2. beriani gam muar yg bukak dr ptg smpi 12tghmlm kat dpn masjid kg tengah tak jauh dr sg abong.....klu siang pak mail bariani gam dpn hotel traders tu ada sblh ngan kwsp.....

      Delete
    3. Terima kasih along holiday, insyaallah akan pergi cuba bila ke sana lagi nanti

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !