Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

18 February 2015

Kenapa anda perlu pindah jauh daripada tapak binaan

  Ano Nyme       18 February 2015
Kenapa anda perlu pindah jauh daripada tapak binaan
Saya ada pergi ke Ipoh baru-baru ini dan menginap di Hotel Casuarina di Jelapang. Hotel tersebut berada di kawasan Pasaraya Mydin yang terkenal dengan barang murah dan berpatutan. Dengan tinggal di Casuarinamudahlah saya nak beli buah epal di Mydin dan paling penting dekat dengan site kerja. (sumber gambar)

Biasanya setiap waktu pagi seawal pukul 7 atau 7.30 pagi, saya akan berjalan kaki secara pantas untuk melakukan aktiviti senaman rutin harian. Tapi ketika menginap di Hotel Casuarina Jelapang tersebut saya tak jadi nak bersenam di awal pagi seperti biasa.

Punca saya tak jadi nak keluar bersenam di awal pagi sekitar kawasan sekeliling hotel Casuarina itu adalah disebabkan saya melihat ada banyak tapak binaan di situ. Seperti biasa, tapak binaan yang ada di negara kita menjadi pusat membiak nyamuk aedes.

Tapak binaan pusat membiak nyamuk

Itulah persepsi saya selama ini dan saya yakin ramai orang yang dah sedar perkara ini tapi tak mampu nak buat apa-apa kerana biasanya para developper yang terlibat dalam kerja-kerja membina rpojek besar-besar adalah terdiri daripada syarikat yang besar.

Bila syarikat dah besar, maka para taukeh adalah daripada kalangan mereka yang kaya raya dan mempunyai status yang tinggi dalam masyarakat. Ertinya mereka terlalu sukar untuk dihubingi dan bergaul dengan orang biasa.

Apatah lagi untuk memperdulikan pada orang ramai yang mendiami di sekitar tapak projek mereka. Itu bukan urusan para taukeh dan mereka tak mahu mencemarkan taraf tinggi mereka untuk perduli masalah penduduk sekitar. Yang mereka nak tahu hanyalah keuntungan ratusan juta yang boleh mereka kaut.

Oleh itu, jika tapak binaan jadi pusat membiak nyamuk aedes dan membuatkan ramai orang matu kena jankitan demam denggi, ia bukanlah menjadi masalah para taukeh besar dari syarikat raksaksa developper. Tahap kebersihan dan keselamatan tapak binaan agar bebas dari pembikan nyamuk bukan jadi proriti mereka.

Ops Gempur Tapak Binaan

Semua yang saya katakan di atas dibuktikan dalam Gerakan Ops Gempur tapak binaan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan baru-baru ini. Dalam ops gempur itu, sebanyak 39 tapak binaan telah diberikan kata putus untuk berhenti secara serta merta dan diberikan tempoh sebanyak 7 hari bagi membersihkan tapak binaan.

Jika selama 7 hari tapak binaan tersebut masih kotor dan menjadi pusat pembiakan nyamuk aedes, maka arahan untuk berhenti terus akan dikeluarkan selagi mereka tidak mengikuti arahan bebas dari pembikan nyamuk aedes.

Sebantak 45 kes telah dibuka bagi tindakan undang-undang kerana membiarkan pembikan nyamuk aedes di tapak binaan mereka. Jika bersalah denda sebanyak RM10 ribu atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan pada pesalah kali pertama.

Jika pesalah itu melakukan kesalahan kedua atau lebih, dendanya adalah RM50 ribu atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Itu rasanya satu pengajaran yang baik untuk para developper dan kontraktor. Tapi macam tak cukp saja jumlah yang bagi mereka seumpama kacang goreng saja.

Bayangkan daripada 10hb Februari 2015 sehingga 14hb Februari 2015 ops gempur tapak binaan dijalankan secara mengejut, daripada 46 tapak binaan yang diperiksa, mereka telah menemui sejumlah 45 tapak binaan yang menjadi pusat pembiakan nyamuk aedes.

Rumusannya adalah lebih kurang 98% daripada tapak binaan yang digempur menjadi pusat pembiakan nyamuk aedes. Ini satu bukti kenapa kita perlu curiga setiap kali adanya tapak binaan di sekitar tempat tinggal anda.

Kerja Fogging sekitar tapak binaan

Untuk pastikan tapak binaan tidak menjadi pusat membiat nyamuk aedes, anda perlu lakukan beberapa perkara tersebut di bawah:

  • Pastikan sampah sarap dan bekas makanan dan minuman tidak dicampak merata tempat di sekitar tapak binaan. Walaupun tapak binaan masih berselerak dan bangunan belum siap, itu bukan alasan untuk campak sampah merata tempat ikut suka hati.
  • Musnahkan segala punca yang membolehkan air bertakung terutamanya di kawasan teduh. Ini boleh menjadi pusat pembiakan nyamuk aedes.
  • Ambil perkhidmatan kawalan nyamuk dari syarikat bertauliah dan berlesen untuk kerja-kerja fogging sekurang-kurangnya 10 hari sekali. Lakukan juga aktiviti meletakkan bahan membunuh jentik-jentik pada tempat takungan air.
  • Syarikat yang dilantik perlu diminta untuk membuat pemeriksaan tahap kebersihan tapak binaan dan status kedudukan pembiakan nyamuk di situ. Mereka perlulah memberikan laporan pada pihak kontraktor untuk tindakan susulan pembersihan.

Apapun, kerjasama antara syarikat pest control dan juga kontraktor serta developper amat penting untuk menjayakan aktiviti kawalan nyamuk di sekitar tapak binaan.

Jika anda perlukan perkhidmatan kawalan nyamuk dari syarikat pest control bertauliah dan berlesen, anda boleh hubungi En Izam di 012-2067 357
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kenapa anda perlu pindah jauh daripada tapak binaan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !