Ada juga yang bertanya berkenaan pengalaman bawa atau guna Pickup Nissan Frontier ini kat ruang komen sebelum ini, tapi nampaknya tak ada sambutan. Mungkin tak ramai yang ada pengalaman menggunakan Nissan Frontier. Atau mungkin juga ada yang pernah pakai tapi tak berminat nak kongsikan dengan orang lain.
Pengalaman naik Nissan Frontier baru
Saya ada pengalaman pakai Nissan Frontier. Malah sebelum inipun ada kawan-kawan yang beli dan guna Nissan Frontier ini. Ada seorang kawan di Pulau Pinang yang beli Nissan Frontier ini baru keluar dari Show Room dan memakainya selama beberapa tahun.Untuk Nissan Frontier baru, pengalaman memandunya memang best. Memang lumrah mana-mana kereta yang baru sedap di pandu, samada kancil, proton, toyota sampai yang mahal-mahal, kereta baru keluar dari kedai biasanya sedap di pandu.
Pengalaman duduk di belakang Nissan Frontier Double Cap juga memang sedap Tak berapa menggeletar terhinjut-hinjut macam nak di belakang Toyota Hilux. Rasanya spring untuk Nissan Frontier lebih empuk lembut dan tidak memberikan alunan sekuat Toyota Hilux.
Perubahan Nissan Frontier setelah lama
Setelah beberapa lama kereta Nissan Frontier ini dipakai, ada berbagai masalah yang mula timbul. Terutamanya dari segi trim parts dalaman kereta. Kita mula mendengar berbagai irama yang tak sedap didengar keluar hasil daripada vibrasi kereta dan parts yang mungkin longgar.Bunyi pendingin hawa juga mula dah jadi tak sedap didengar. Kedengaran bunyi kuat dari saluran pendingin hawa. Rasanya bunyi kuat itu dihasilkan oleh kompressor pendingin hawa di bahagain enjin. Kuatnya makin ketara setiap kali termo-start berfungsi.
Bahagian pintu keseluruhannya tidak tahan lama. Anda boleh perhatikan dan dengar semasa membuka dan tutup pintu Nissan Frontier setelah lama di pakai. Kalau nak dibandingkan dengan Ford Ranger atau Toyota Hilux, memang jauh berbeza. Nissan Frontier rasanya agak tidak lasak dan tahan berbanding yang lain.
Untuk bahagian luar terutamanya bahagian absorber depan pula banyak mendatangkan masalah. Tayar asyik makan sebelah walaupun setelah dibuat alingment banyak kali. Tak pasti samada mekanik yang tak reti buat alignment tayar Nissan Frontier atau memang kereta pickup itu yang bermasalah.
Kalau tukar absorber lama kepada barupun tak ada perubahan sangat. Malah bahagian getah yang menutup sambungan antara absorber juga mudah pecah dan tak tahan lama membuatkan minyak grease habis terkeluar. Kalau tak diperhatikan bakal mendatangkan banyak lagi masalah.
Masalah pada Enjin Nissan Frontier
Kereta pickup Nissan Frontier yang saya beli untuk digunakan oleh staff kerja sekarang sedang tersadai di bengkel. Enjin Nissan Frontier itu perlu ditukar kepada enjin yang baru dan kosnya tak kurang dari RM7 ribu.Baru setahun saya dah tukar dan buat balik berbagai pembaikan pada enjin dan juga gearbox nissan Frontier tersebut. Dah habiskan lebih kurang RM16 ribu untuk baiki kesemuanya sampai boleh digunakan semuala untuk cari duit buat kerja.
Tapi malangnya kereta yang dibeli dan diberikan pada para pekerja memang selalu dijadikan seperti jalang. Mereka lenjan ikut suka hati dan sekarang enjin dah hancur sekali lagi. Alasannya adalah disebabkan minyak enjin bocor dan enjin kereta terlebih panas sampai meletup dan bengkok habis bahagian dalaman enjin.
Nak marahpun tak guna sebab semuanya dah berlaku. Daripada maklumat orang yang dah biasa pakai Nissan Frontier ini, enjin Nissan itu tak berapa ada masalah asalkan sentiasa dijaga penyelenggaraan dengan istiqamah.
Nampaknya punca sebenar yang saya rasa buat Nissan Frontier itu hancur enjinnya adalah disebabkan tak buat servis ikut jadual. Mungkin tak buat servis langsung. Tapi apapaun semua itu adalah salah taukeh sebenarnya... terima sajalah dan belajar daeri kesilapan.
Sedang repair Nissan Frontier
Sekarang Nissan Frontier saya tersadai di Meru Klang. Dibawa berjumpa dengan seorang mekanik kawan kepada salah seorang pekerja saya. Cadangan asal pekerja adalah untuk repair lebih kurang dan menjualnya.Tapi saya rasa itu tak patut sebab kalau repair lebih kurang dan jual pada orang lain, teraniayalah bakal pembelinya. Enteh bila kerosakan itu akan mengecewakan pembeli baru pula nanti. Selepas itu dia akan sumpah saya dah akan datang berbagai bala lagi hasil sikap tak betul sebegitu.
Jadi saya buat keputusan untuk tukar seketul enjin Nissan Frontier tersebut dengan yang baru. Buat semula bagi elok sampai sedap dipandu dan layak digunakan semula dengan tenang, baru difikirkan samada nak jual atau terus pakai. Yang pastinya, buat yang terbaik dan elakkan pembaziran dan kerosakan selepas ini dengan selengaraan yang mantap.
Jika pembaca ada kenal mana-mana workshop persendirian yang specialize Nissan Frontier, boleh tolong kongsikan kat bawah ruang komen di sini. Saya nak pergi jumpa dengannya dan dapatkan nasihat kedua atau ketiga supaya ada maklumat yang secukupnya.
Bro cuba try En.Ajiz..016-3845079.
ReplyDeleteUlu kelang
Terima kasih bro... akan dihubungi !
Deletebawa aje ke sempadan thailand kalau betul betul nak baiki sampai puas hati.kos murah dan terjamin quality
ReplyDeleteSaya baru je rebuild engine frontier tahun 2004, keluar workshop 8 Sept 2015.. mmg puas hati, engine smooth mcm baru.xyah beli kete baru, mengabiskan duit je. kos dlm RM8,500 all-in. Workshop Hanif Auto di Subang 2, U5.
ReplyDelete- Upah labour sekali upah tukar clucth RM1550
- Total Barang2 Spare parts RM6,950
Senarai Barang2
- Rebore engine block
- Piston 100 Toto Assy
- Service & Calibrate Nozzle
- Rebuild Turbo Charger
- Repair & Change Shaft Bush
- Temperature switch
- Alternator belt
- Compressor belt
- Power steering belt
- Radiator Hose
- Gasket Set with Head Cylinder & Gum
- Engine Mounting
- Clutch Kit Set
- Oil Filter
- Fuel Filter x2
- Bushing Crank / Main Bearing
- Conrod Bearing
- Thermostat
- Timing Chain Upper & Lower
- Time Chain Tensioner
- Washer Thrust
- Plug Glow
- Engine Oil Fully Synthetic
- Engine Treatment
- Coolant
- Power Steering Fluid
0 1 6 2 0 6 6 6 5 1 a h m a d (whatsapp)
Salam..sy ada soalan...apakah punca frontier mula mnjadi lmbt pick up paling jelas trasa gear 2,3 bnyi enjin sgt kuat..
ReplyDeleteApakah masalah bla frontier lost power..?dan apakah simtom bla last gear 5 still trsa less power enjin triak nak mntak gear up lg..dan bagai manakah cara tahu turbo tdk bfungsi dan baga mana juga cara kesan lining clutch mula haus.?
ReplyDeleteapakah sebab injin semput semasa tekan paddle myk dalamgear 3 dan 4.dlm keadaan gear 5 ok pula
ReplyDeleteApa masaalah klu missan Frontier tiada power tekan pedal minyak sampai bawah pun meter hanya 80 saja dan kelajuan pun tidak bertambah lagi.
ReplyDeleteDah buat ke bro . Boleh tau apa masalah nya?
Delete