Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

10 February 2015

Perhatian pada para Mekanik - Peluang jadi trainer

  Ano Nyme       10 February 2015

Anda seorang Mekanik ?

Anda ada pengalaman dan sedang berkerja tapi mahukan perubahan?

Anda nak beralih angin tukar karier?

Kalau anda memang seorang mekanik dan mahu beralih angin nak jadi seorang trainer, tawaran di bawah mungkin menarik minat anda.

Saya terbaca posting seorang kawan di TAJ International College yang sedang mencari trainer berpengalaman bagi mengisi kekosongan di Kolej kendaliannya. Berikut yang kawan saya update:

Saya sedang mencari berberapa Trainer tambahan yang berpengalaman melatih Mekanik atau technician bagi Kenderaan Berat (Bus, Truck).

Sila hubungi saya dengan menghantar resume dengan memberikan penerangan kepada pengalaman anda dan jenis kenderaan berat tersebut.

Sila email ke: azad@taj.edu.my

Sila email dan hantar:


  1. Resume
  2. Salinan Kelayakan (Qualifications)
  3. Gambar Terbaru
  4. Kepakaran anda (contohnya kepakaran bidang transmisi, suspensi, atau yang berkenaan dengan automotif dan berikan salinan kursus-kursus tambahan jika ada).

Permintaan pada mekanik amat tinggi

Rata-rata saya berkawan dengan para usahawan bengkel kenderaan di seluruh Malaysia, salah satu masalah paling besar yang mereka hadapi adalah kekurangan pekerja yang ada kemahiran menjadi mekanik.

Bayangkan setiap tahu ada lebih dari 600 ribu kenderaan baru keluar naik atas jalan sedangkan jumlah kenderaan yang lalu tetap kekal tidak susut. Betapa banyaknya jumlah kenderaan yang perlukan penyelenggaraan bila tiba masanya.

Kalau tak silap saya, nilai pasaran terhadap industri after sales di dalam dunia automotif ini adalah dalam lingkungan RM3 billion setahun. Betapa tingginya nilai pasaran yang boleh anda ambil jika kena gaya, kena tempatnya dengan sedikit usaha yang konsisten.

Sekadar maklumat untuk anda yang ada kemahiran dan ada keinginan untuk menceburi bidang mekanik automotif...
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Perhatian pada para Mekanik - Peluang jadi trainer

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. di sabah bila nak buka,,kalau ada tentu bnayak permohonan masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kena tanya owner TIC... nanti saya tanya

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !