Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

07 February 2015

Perkara penting paling mudah, tapi ramai tak buat ketika memandu

  Ano Nyme       07 February 2015
bagi singnal kiri
Ini perkara yang amat penting dan amat mudah untuk dilakukan ketika memandu, tetapi malangnya terlalu ramai sangat pemandu yang tidak melakukannya. Anda sendiri mungkin salah seorang daripada mereka yang sering tak buat perkarav yang akan saya sebutkan ini.

Punyalah terlalu ramai yang tak buat perkara penting tetapi mudah ini sampai ada satu bancian berkenaan pemanduan di jalan raya yang saya terbaca (tak ingat bila dan daripada mana sumbernya), perkara yang akan saya sebut ini adalah antara punca penyebab, dimana paling tinggi orang sakit hati dan menghadapi tekanan ketika memandu.

Senario Perkara penting paling mudah

Untuk nak faham perkara penting paling mudah ini, anda boleh bayangkan sekarang yang anda sedang memegang steering kereta dengan penuh sopan santun. Anda baru saja keluar dari rumah nak ke pusat bandar dan sedang berhenti di depan simpang nak masuk ke jalan utama.

Untuk ke Pusat Bandar anda perlu belok ke kanan. Oleh itu anda dengan penuh sabar menunggu ketika yang sesuai untuk melintas ke depan belok kanan masuk jalan utama. Anda sedang tunggu kereta lapang. Sebelah kanan ada kereta sedang datang dengan laju, jadi anda perlu tunggu walaupun jalan di sebelah kiri sudah lapang kosong.

Anda tunggu dan tunggu dengan setia sampai kereta dari kanan itu berlalu untuk membolehkan anda keluar ke kanan. Jalan sebelah kiri masih kosong, tapi kelihatan ada kereta tengah datang, namun masih jauh, selepas kereta kanan itu berlalu, anda tentu boleh keluar.

Tapi sebaik saja rapat ke simpang yang anda sedang tunggu itu, kereta dari kanan itu terus perlahan dan masuk kiri dengan selamba. Kereta tersebut langsung tak berikan isyarat, tak pasang singnal nak masuk kiri, dan membiarkan anda tunggu seperti tunggul kat situ walaupun sebelah kanan dan kosong terang benderang.

Anda pandang pada pemandu dari kanan tadi, seorang lelaki yang bermuka selamba. Dia buat tak tahu saja pada jelingan anda (sebab tak perasan lansung yang anda sedang pandang dirinya dan dia sedikitpun tak rasa bersalah, macam kebanyakan daripada kita bila buat begitu). Oleh kerana melayan semua itu dan tak puas hati, kereta dari kiri dah hampir dan anda terpaksa tunggu lagi sebelum dapat melintas.

Darah anda mula mendidih, dari keadaan sejuk sopan santun tadi anda rasa macam ada gas panas dengan kelajuan laju sedang keluar dari kedua-dua lubang telinga anda. Betapa tidak patutnya pemandu itu lakukan sedemikian pada anda yang tidak berdosa... lalu anda tekan minyak bila ada peluang nipis untuk leuar. Dan sejak dari situ perjalanan anda sampai ke Pusat Bandar hari itu menjadi satu perjalanan yang tidak menggembirakan...

Penting paling mudah tapi tak buat

Semuanya disebabkan ada manusia pemandu kereta yang tak buat perkara paling penting tetapi paling mudah untuk dilakukan ketika memandu kereta. Iaitu, berikan lampu isyarat ke kiri kalau anda nak masuk mana-mana simpang kiri dari jalan utama.

Saya selalu sangat hadapi senario sedemikian, tapi oleh kerana kerap sangat menghadapinya, telah berjaya mengabaikan rasa marah yang boleh membuatkan pengalaman tak menyeronokkan selepas itu. Tak guna marah sedangkan pemandu yang menganiaya anda tadi sedikitpun tak rasa apa-apa kesalahan atau kebiadaban telah dilakukan.

Dalam sepuluh kali keluar simpang dalam keadaan seperti yang saya gambarkan tadi, rasanya akan ada lebih dari 7 kali pemandu yang nak masuk kiri tak akan berikan signal. Ertinya perkara itu sudah jadi lumrah dan ia menggambarkan ramai pemandu tak ada perasaan simpati dan prihatin pada siapa saja pemandu lain selain dari dirinya.

Tolong amalkan perkara penting paling mudah

Oleh itu saya menyeru diri saya dan semua pembaca, marilah kita amalkan budaya memberikan lampu isyarat belok ke kiri setiap kali kita nak masuk ke simpang kiri dari mana-mana jalan. Samada ada kereta atau tidak ada kenderaan lain bukanlah satu alasan untuk meyalakan lampu singanl kereta anda.

Anda ada pengalaman menghadapi masalah yang sama? bagaimana reaksi anda setiap kali ada orang buat begitu pada anda? boleh kongsikan kat ruang komen di bawah...
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Perkara penting paling mudah, tapi ramai tak buat ketika memandu

Previous
« Prev Post

7 comments:

  1. ye betul tu, bukanlah nak kata apa, kalau kereta 'besar' tak kiralah kereta import ke, atau kereta local, pengilang lupa buat lampu signal pada kenderaan keluaran mereka agaknya.....,

    entahlah, kekadang tu, berleter sorang-sorang dalam kereta, tgk gelagat pengguna kenderaan motor yang tidak menggunakan lampu signal kalau nak belok kekiri atau kekanan, ataupun nak masuk lane kiri atau lane kanan. Ada pula tu, bagi signal ke kanan, tapi belok kekiri. Stress memandu kereta ni. Kalau motorsikal pulak, side mirror dicabutnya. lepas tu, tahu tahu jerlah....

    Untuk hilangkan perasaan marah tu, berleterlah seorang diri dalam kereta.

    Perlukan di adakan ujian sebelum memperbaharui lesen kenderaan?

    Banyak sangat kerenah tidak berhemah pemandu di atas jalan raya ni... fikir fikirkanlah....

    ReplyDelete
  2. Walaupun kereta yang pasang lampu signal utk belok pun masih bahaya sebab kadang2 dia bukan nak belok pun dia hentam jalan terus je. Atau dia belok utk simpang yg seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, saya setuju jugak, sya sendiri pun tak berani sgt nak keluar, sekalipun ada pemandu yg baik hati beri signal nak belok, kdg2 ada pemandu telupa nak padam signal (atau signal tu tak off sendiri) lepas mereka keluar dari simpang sebelumnya... Wallahu A'lam...

      Delete
  3. sekurang kurangnya dia ada bagi kita amaran akan ada satu tindakan dari nya
    kekiri ka kekanan ka terus ka
    kiat boleh berjaga jaga

    ReplyDelete
  4. Sabor aje le. Marah pun bukan dpt ape, buat hilang mood baik aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun sabor jelah dapat juga pahala.. Lagi satu tabiat malas pasang lampu waktu senja atau awal pagi ..dia fikir boleh nampak jalan tapi dia tak fikir bukan semua orang cerah bijik mata macan dia. Macam la pasang lampu tu kena bil TNB.

      Delete
  5. Kerajaan patut buat kempen adap memandu dan keselamatan dijalanraya dimedia TV. Pastikan syarikat penyiaran sediakan masa siaran iklan itu sbg khidmat sosial. Rakyat perlu didik tentang adap dan hidup bermasyarakat jika tidak makin maju makin hancur akhlak rakyat. Sikit hari lagi jadi macam kat China pulak, langgar org terus belah dan org sekeliling buat tak tahu aje.

    Budaya dan displin rakyat perlu dibentuk semula.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !