“Sebenarnya saudara baru kita ini sudah mempunyai minat untuk mengenai keindahan Islam, tetapi, ada beberapa masalah membelenggu perasaannya.
“Apabila saya menyusun semula cara berfikir beliau mengenai masalah-masalah yang dikongsikan itu, saya tidak sangka bahawa beliau ingin melafazkan syahadatain.
“Tanpa lengah, proses melafaz dua kalimah syahadah dilakukan melalui telefon, dan Saya sebak dan terharu kerana mudahnya hidayah Allah memujuk hati hambanya,” jelas Azley menerusi telefon.
(Dari kiri) AZRAN Chan, Zolkifly Md. Lazim, Eva @ Esley Anak Tikin, Firdaus Wong dan Azley Stanleydi Pusat Multiracial Reverted Muslim (MRM) dekat Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini. |
Dua hari kemudian, Azley Stanley bersama-sama Penaung myIKUT, Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim dan Sdr. Azran Chan ('pemudah cara' lantikan Jabatan Agama Islan Negeri Pulau Pinang, JAINPP) bergegas kepada Pusat Multiracial Reverted Muslims (MRM) dekat Wangsa Maju, Kuala Lumpur untuk majlis lanjut.
“Islam agama mudah, sebab itu nak menjadi muslim cukup dengan melafazkan dua kalimah syahadah sahaja, selepas kita benar-benar yakin dan rela untuk memeluk agama Islam.
“Soal pendaftaran dan isi borang yang disediakan oleh jabatan agama Islam itu adalah proses teknikal untuk kesempurnaan pendaftaran sebagai seorang 'Saudara Kita' (muallaf) sahaja, bukanlah syarat kesempurnaan untuk peluk agama Islam.
“Sebab itu, saya sendiri permudahkan proses 'Saudara Kita' ini, iaitu lafaz dua kalimah syahadah menerusi telefon sahaja,” jelas Nor Azley lagi, penerima Anugerah Tokoh Saudara Baru Sempena Sambutan Maal Hijrah 1436H/2014 Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Dulu Felixia Yeap, sekarang Eva
Zolkifly yang juga Pengerusi NGO Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang berkata, pengalamannya mengikuti perkongsian 'Saudara Kita' berkenaan baru-baru ini mengingatkan kepada kehebatan Islam mengubah peribadi seorang model cantik bernama Felixia Yeap Chin Yee atau nama Islamnya, Raisyyah Rania Yeap tidak lama dahulu.“Yang masuk Islam ini pun model cantik macam Felixia, hebat...Alhamdulillah semoga Allah memberi kekuatan kepada 'Saudara Kita' ini,” seloroh Zolkifly kepada wartawan, dalam majlis perkongsian dakwah non-Muslim pada malam tadi di Permatang Pauh.
Tentu ramai yang tertanya-tanya, siapakan gadis jelita yang digambarkan memeluk Islam seperti jelitawan Felixia itu?
Daripada rekod myIKUT, 'Saudara Kita' tersebut dikenali sebagai Eva atau nama sebenarnya Elsey Anak Tikin, 29 tahun, yang merupakan gadis peranakan Kadazan dari wilayah Keningau dekat Sabah.
Eva merupakan model profesional sepenuh masa, dan kini mula berjinak-jinak dengan dunia fotografi selepas terbuka hatinya untuk memeluk Islam. Eva masih belum berteman, tetapi tinggal di Puchong.
“Sebenarnya saya telah lama berminat untuk mengenali Islam dengan lebih dekat, tetapi tidak ada yang membantu.
“Saya cuba mencari keluarga angkat, tetapi mungkin semasa itu belum berjumpa, kerana saya sendiri bimbang akan mendapat pendapat berbeza daripada keluarga kandung saya nanti. Kawan-kawan memang ada yang tahu mengenai minat saya ini, tetapi, tidak berani untuk mengambil risiko.”
Itu, antara perkongsian Eva dengan myIKUT selepas selesai majlis pendaftaran dan syahadatain di MRM baru-baru ini.
“Saya hanya memberi respons yang rasional untuk beberapa masalah yang dibangkitkan Eva sahaja, sehingga beliau sendiri terbuka untuk memeluk Islam,” kata Azley Stanley lagi.
Kini, Eva akan mengikuti kelas pendidikan agama secara anjal di MRM, di bawah kendalian Firdaus Wong.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik...” [Surah An-Nahl: 125]
MyIKUT akan terus istiqomah dalam usaha dakwah menyampaikan pada yg belum Islam sesungguhnya hidayah ALLAH itu sudah pun sampai kepada mereka cuma kita yang masih belum menyempurnakannya
MyIKUT mengalu-alukan sumbangan tuan/puan agar usaha dakwah belum Islam & sokongan saudara baru yang dalam kesempitan & memerlukan bantuan ''add-hoc'' ini dapat berterusan.
Usaha ini amat penting agar mereka tidak ''disambar'' oleh keluarga mereka yang sentiasa mengharap mereka kembali ke agama asal.
Islam 4 all All 4 Islam Selamatkanlah Syahadah meraka Kekalkanlah Syahadah mereka Bangunkanlah mereka dengan Syahadah
Kini anda boleh menyumbang terus kepada:
Nama akaun: Infaq Kebajikan Umah Takaful (IKUT)
No Akaun : 5571 3923 0356
Bank Akaun : Maybank
Sumbangan anda amat dialu-alukan. Semoga kita berkongsi pelaburan kita di 'sini' untuk mendapat ganjarannya di 'sana' nanti...aaaminn.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !