Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

05 February 2015

Susah nak percaya pada bengkel kenderaan - apa kata anda?

  Ano Nyme       05 February 2015
Susah nak percaya pada bengkel kenderaan - apa kata anda?
Minggu lepas saya naik kereta isteri. Ketika memandu kereta Nissan itu di atas jalan terasa kereta bergoyang-goyang dan bergetar keseluruhan kereta. Semakin ditekan minyak untuk melajukan lagi kereta itu, semakin bergetar keseluruhan kereta.

Sebelum ini dah berlaku perkara yang sama. Sebabnya adalah kerana tayar kereta depan membonjol keluar. Tayar membengkak walaupun bunga yang ada pada tayar masih tebal. Disebabkan tayar bengkak itu, maka perjalanan kereta jadi tak seimbang. Tak ada pilihan lagi, selain daripada terpaksa menukar kesemua tayar yang ada dengan tayar baru.

Kejadian itu membuatkan saya belajar satu maklumat baru. Kalau sebelum ini, cara nak tahu samada kena tukar tayar atau tidak hanya terletak pada tebalnya bunga pada tayar, sekarang saya dapati ada jenis tayar yang bunga masih tebal tapi menggelembung juga disebabkan kualiti pembuatan yang tidak memberansangkan.

Hasil daripada maklumat dengan pengguna lain dan juga kedai-kedai tayar, baru saya tahu itu merupakan salah satu daripada keburukan tayar buatan China. Kebiasaannya tayar buatan China murah berbanding yang lain, tapi ada risiko tayar buncit sebelum masanya. Dalam kes tayar kereta saya, baru masuk setahun dah kena tukar yang baru.

Pergi bengkel kenderaan tukar tayar

Ketika membawa kereta dan berada di bengkel kenderaan saya biarkan mekanik mencuba terlebih dahulu keadaan kereta dan dia mengesahkan bahawa memang masalah ada pada tayar yang dah buncit itu. Dia sendiri berkata itu adalah trade mark tayar buatan negara China.

Oleh itu, bagi anda yang belum lagi ada pengalaman pakai tayar buatan negara China, elok berfikir terlebih dahulu sebelum menukarkan tayar anda yang dah botak dengan tayar buatan China. Biarlah mahal sedikit dengan menggunakan tayar yang dah terbukti kualitinya seperti Goodyear, Michelin, Bridgestone, Continental, Silverstone dan seumpamanya yang dah biasa kita gunakan.

Para pekerja kedai itu buat kerja dengan pantas buka tayar lama, tukar tayar baru dan pasang semula dan siap. Saya pergi tengok mereka tak ubah letakkan tayar baru ke depan kereta dan tayar lama yang masih elok ke bahagian belakang kereta. Saya hanya tukar dua buah tayar belakang sahaja sebab sebelum ini dah tukar bahagian depan.

Malangnya para pekerja tidak diberitahu oleh taukeh yang berbincang dengan saya pada mula tadi. Pelik juga sebab taukeh itu begitu lemah komunikasinya dengan pekerja dan asyik duduk bersandar dalam bilik kedai saja buat tak tahu. Saya arahkan mereka buka dan buat apa yang saya suruh dari awal tadi. Dan mereka buat sekali lagi dengan pantas.

Tak percaya pada bengkel kenderaan

Bila semuanya dah selesai, pekerja kedai itu yang berbangsa Cina datang memberitahu pada saya semuanya dah siap. Dia berikan satu maklumat tambahan bahawa ada masalah pada cover absorber kereta tersebut. Dia lihat cover pecah ketika angkat kereta untuk menukar tayar.

Dia cadangkan untuk tukar supaya tidak berlaku kerosakan dengan lebih teruk lagi. Absorber juga katanya dah kena tukar. Ada bunyi liut-liut bila ditekan. Alang-alang banyak yang rosak, elok buat semuanya sekali, baru kereta itu selamat dan sedap di bawa.

Saya agak musykil sebab baru saja tukar absorber di pusat servis Nissan. Semua ok sejak dah buat penukaran itu. Apakah pekerja cina itu bohong saya atau apakah pusat servis Nissan yang bohong, tidak tukar tetapi katakan tukar. Tetapi saya lebih percaya pada pusat servis Nissan dan mengabaikan usaha menakut-nakutkan saya oleh pekerja cina itu.

Bengkel kenderaan suka menipu

Itu cuma salah satu contoh betapa saya memang tak percaya pada mana-mana kedai, mana-mana mekanik yang tidak saya kenali secara rapat. Persepsi saya sejak mula pada para mekanik yang tidak dikenali ini adalah mereka akan cuba menipu untuk dapat buat kerja lebih.

Mereka akan buat kerja yang disuruh terlebih dahulu. Kemudiannya mereka mereka cerita masalah berkaitan dan buat cadangan untuk tukar barang dengan yang baru. Bila kita setuju, mereka dapat barang lama yang masih elok dan boleh dijual secondhand dan mereka untuk boleh jual barang baru pada kita.

Saya pernah kena tipu lama dulu bila berlaku kerosakan enjin di Lebuhraya Utara Selatan. Ada pakatan antara bengkel dengan para penarik kereta rosak termasuklah pada pekerja  peronda lebuhraya yang membuatkan kereta saya berakhir sampai di bengkel penipu itu.

Saya kata jangan buat apa-apa sebelum saya buat beberapa panggilan dan keluar sekejap untuk jumpa orang. Tak berapa lama sampai balik ke bengkel kenderaan itu, semua engin kereta saya dah terburai. Saya terpaksa suruh mereka pasang semula dan angkap kereta pergi ke bengkel kepunyaan mekanik yang saya kenal.

Untuk mengelakkan pergaduhan saya bayar saja wang penat buat kerja pada bengkel penipu itu untuk diamkan mulut mereka. Yang paling best, taukeh bengel penipu itu yang saya berurusan dengannya adalah seorang wanita!, dasar penipu yang hidupnya mengambil kesempatan daripada kesukaran hidup orang.

Langkah kawal bengkel kenderaan

Dari pengalaman saya di atas. Juga dari pengalaman ramai lagi pemilik kenderaan yang lain di negara kita, saya yakin perlu ada satu usaha untuk memulihkan persepsi para pengusaha bengkel kenderaan yang dah jadi buruk ini.

Oleh itu saya amat setuju dengan usaha yang sedang dijalankan oleh kerajaan dalam melaksanakan Dasar Automotif Negara atau NAP 2014 yang mana salah satunya adalah untuk membuat transformasi bengkel kenderaan.

Malaysia Automotif Institute sedang merangka polisi dalam industri aftersales kenderaan supaya bengkel lebih boleh dipercayai dengan kos baiki yang jelas, kualiti baiki yang mantap, mekanik yang berkelayakan dan cukup latihan dan sebagainya. Boleh baca laporannya di sini.

Harap-harap akan ada perubahan dalam cara berniaga majoriti pengusaha bengkel kenderaan di negara kita. Biarlah semuanya telus dan tiada unsur penipuan agar imej penipu segera hilang. Jika anda ada pengalaman kena tipu dengan bengkel kenderaan, apa kata kongsikan di ruang komen di bawah. Boleh berikan maklumat bengkel kat mana supaya yang lain boleh berjaga-jaga.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Susah nak percaya pada bengkel kenderaan - apa kata anda?

Previous
« Prev Post

8 comments:

  1. memang kebanyakan bengkel tak boleh dipercayai walau pun berdekatan dengan rumah kita. hendaklah kita juga tahu serbasikit perkara asas injin kereta
    jangan malas membaca dan dapatkan ilmu dari yang tahu.

    ReplyDelete
  2. bengkel siapa...... cina la tu yg kaki tipu & kencing. Nasib mata sepet kalu tidak lagi tipu sebab mata besar duit lagi clear kan.

    ReplyDelete
  3. Lari topik sat..mak mrtua jatuh mlmnkelmarin...tulang tapak tgn kat jari kelingking patah...dah xray.... tuan tau ka mana2 bomoh tulang yg terer belah utara nie?... kami dok bkt kecik bm. Ibgat nK bw mak g hari nie... kalau tau mohon kasitau

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada bomoh patah belah sedim sana. Tak pasti sedim kanan atau sedim kiri. Kena pergi check dan tanya orang kat belah sana atau tanya yang tahu. Nanti saya semak maklumat untuk dapat lokasi sebenar...

      Delete
  4. Bengkel cina mmg camtu. Hujung tahun lepas kereta wira aku ada masalah suspension ngan absorber. Aku tanya kat bengkel belakang opis aku tukar absorber, 2 pair short arm, 1pair long arm total RM900. aku senyum je. dalam hati aku ckp "nak sembelih aku yer" Aku balik kampung aku sabak bernam hantar kat DIN TURBO hanya ganti absorber ngn 2 pair short arm baru RM350. long arm elok lg. tp kat bengkel cina Kian hoe USJ 19 bg tau long arm dah goyang. byk beza woooo 900 ngn 350.

    ReplyDelete
  5. kira murah lagi tu, aku kena baru ni, RM1,100.00 terbang, bengkel cina jugak, tak tipu tak kayaaa mereka!

    ReplyDelete
  6. Nak cari tayar? Cuba website saya http://mytayar.com

    Ada > 50 kedai yang feed harga kat website. Harga dipaparkan secara jelas. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    ReplyDelete
  7. Kawasan Bidor bengkel Batang Padang Auto Service milik India (pn shanty) elakkan!! Pernah ditipu, sudahlah after accident. Sampai skrg sudah dekat 4 bulan masih blm settle.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !